Tidak tutup aurat, 15 peniaga dan pekerja wanita kena kompaun RM500
Oh! Krai Utara
Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
21 Disember 2009 pada 5:32 PTG
baru betul....langgar undang undang pasti dapat hukuman....
500 tu baru hukuman dunia...
hukuman akhirat belum lepas lagi tu.....
kecuali bertaubat nasuha......
sebab itu wanita ramai di neraker....
ingat senang ker jadi wanita.....
wanita ni ibarat injin kenderaan...
baik injin..baiklah kenderaan tu...
bila jadi injin mesti ditutup...kecuali masa servis..itu pun bagi orang tertentu jer boleh bukak........
hahahahaha.....ada logik ka?...pikirla sendiri wahai wanita beriman.....