Dewan Ulama Pas Kelantan pertahankan tindakan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Kelantan mempertahankan tindakan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang mahu berdakwah di pusat hiburan. 


Ketuanya, Datuk Muham-mad Daud Iraqi berkata, perubahan yang ingin dilakukan oleh Dr Asri itu adalah tepat dengan keadaan semasa yang menuntut golongan pendakwah lebih kreatif untuk bertemu dengan golongan sasaran.

“Kita jangan menyempitkan dakwah dengan mengadakan ceramah di masjid sahaja. Malah pada zaman ulama terdahulu, mereka menggunakan pelbagai medan untuk menyebarkan agama Islam.

“Jadi apa salahnya untuk berdakwa kelab malam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Muhammad Tamyes Abdul Wahid yang menyifatkan hasrat Dr Asri untuk menyebarkan dakwah di pusat hiburan adalah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Tamyes berkata, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Muhammad berkata, Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menyebarkan agama Islam di mana sahaja asalkan ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Oleh itu, saya sarankan mana-mana individu yang mahu berdakwah dengan cara tersebut meneruskan hajatnya tanpa takut dengan kenyataan pihak-pihak lain,” katanya

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Tamyes yang dikatakan sentiasa bertentangan dengan Dr Asri, Muhammad berkata, pemimpin agama janganlah berfikiran cetek dan perlu berfikiran terbuka. - Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...