Akhirnya Khairy Jadi Menteri...

Oh! Krai Utara

Share
Semalam saya dihubungi oleh "orang penting" dari putrajaya - sama ada berita ini benar-benar betul atau shahih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Menurut sumber tersebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Kahiry Jamaluddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di sebuah kementerian. Hal ini adalah disebabkan desakan daripada beberapa pihak - khususnya salah seorang daripada menteri kanan. Saya tidak mahu komen banyak. Biarlah rakyat yang menilainya. Lagi pun dasar DS Najib sekarang adalah mendahului kehendak rakyat. Jika rakyat mahukan KJ sebagai Timbalan Menteri, apa yang boleh DS Najib lakukan lagi? Bukankah hal yang sama berlaku ke atas TS Isa Samad? Sekarang rakyat sudah boleh terima sesiapa sahaja sebagai pemimpin. Perasuah, Peliwat, Penzina, semuanya boleh diterima. Walau berbuih mulut kita menegur - jika rakyat mahukan sebegitu - kita terima aje la. Kesimpulannya hanya satu : Mungkin Khairy terpaksa dilantik menjadi Timbalan Menteri bagi tujuan mendapatkan sokongan daripada kumpulan beliau. Atau mungkin juga DS Najib berfikiran bahawa untuk menyatukan UMNO semula, Khairy terpaksa dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dalam politik - apa-apa pun boleh terjadi. Namun demikian, saya tetap berpendirian, bahawa buat masa sekarang Khairy tidak sesuai dilantik apa-apa jawatan - paling sesuai adalah selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika beliau berjaya menyatukan Pemuda UMNO. Nak kecewa pun tiada gunanya lagi. Jika DS Najib mahukan Khairy - apa kita boleh buat? Wallahualam. Mohon komen daripada sahabat blogger sekalian. - azlishukri.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...