ADUN ADUN kunjungi OKU terlantar
Oh! Krai Utara
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul - begitulah gambaran yang boleh diberikan kepada seorang bapa Orang Kurang Upaya (OKU) di sini selepas diserang strok hampir seminggu lalu.
Ab Rahman Abdullah, 57, yang mengalami masalah penglihatan kini terlantar sakit dan tidak dapat bergerak ke mana-mana sebagaimana sebelumnya.
Isterinya, Kamariah Ismail, 40, berkata, sebelum ini suaminya adalah seorang pesakit darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.
“Ketika kejadian, suami hendak menunaikan solat Zohor. Bagaimanapun semasa mengangkat takbir, dia menjadi lembik dan jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamariah yang juga warga OKU berkata, doktor yang merawat Ab Rahman memaklumkan suaminya mengalami tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak sehingga menyebabkannya lumpuh separuh.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Ab Azziz Kadir yang mengunjungi keluarga 13 orang anak itu berkata, beliau terkejut mendengar berita tentang kesihatan Ab Rahman dan segera melawatnya bagi meringankan penderitaan dialami.
Menurutnya, Ab Rahman adalah seorang yang selalu mengerjakan sembahyang berjemaah walaupun bagi sesetengah orang, ia agak sukar untuknya sampai ke masjid akibat masalah penglihatan.
“Namun dia dapat berjalan ke masjid tanpa perlu dihantar sesiapa, walaupun matanya tidak Nampak tetapi mata hatinya terang untuk menerangi perjalanannya ke rumah Allah,” katanya.
Sementara itu, difahamkan keluarga itu hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menampung keperluan harian dan menyara lima anak yang masih belajar.

0 ulasan:
Catat Ulasan