Home
>
Politik
> kontroversi Gedung Kartun: Zunar mahu jumpa pembesar dalam negeri
Share
Gedung Kartun ingin jumpa Hisham
kemaskini 4.22pm Pemimpin majalah humor kontroversi
Gedung Kartun, yang banyak memperli perdana menteri dalam karikaturnya, ingin bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan penjelasan berhubung status permit penerbitannya.
"(Oleh) kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan menteri dalam negeri untuk mendapatkan penjelasan, apakah benar beliau tidak pernah pada, atau sebelum 14 Ogos, meluluskan permit dengan nombor PP8541/ 08/ 2010 (0282145) untuk majalah
Gedung Kartun?" kata ketua editornya Zulkiflee Anwar Ulhaque.
Menafikan majalah satira politik itu diterbitkan menggunakan nombor permit penerbitan palsu, Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata telah mematuhi semua syarat ketika memohon permit 30 Jun lalu.
Awal minggu lalu
Malaysiakini melaporkan, pejabat majalah itu diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan
bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. lagi baca kat
mkini laa
0 ulasan:
Catat Ulasan