PRK Permatang Pasir :Gesaan Rohaizat perjelas isu pecah amanah

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub melahirkan rasa dukacitanya terhadap Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Rohaizat Othman sebagai calon dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir meskipun calon itu didapati pecah amanah milik Koperasi pekebun Kecil Getah. Beliau turut menyatakan bahawa Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum yang menafikan penglibat beliau dalam isu berkenaan walaupun setelah masuk hari kedua berkempen ini. "Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini," ujarnya merujuk media-pro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu. Calon Umno, Rohaizat Othman itu kelmarin memberitahu berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar. Dalam perkembangan yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin. Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man, walaupun di kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Sehubungan itu, Salahuddin menggelarkan calon Umno itu sebagai ‘padi basah’, kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat dalam memilih calon.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...