Home
>
Politik
> Pegawai Khas Datuk Husam Musa, Dr Rosli:: nafikan semua tuduhan dalam blog
Share
KOTA BHARU - Pegawai Khas Datuk Husam Musa, Dr Rosli Alani Abdul Kadir menafikan semua tuduhan yang dilemparkan dalam blog mengenai pemberhentian beliau sebagai PA Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri itu.
Menurutnya, semua dakwaan dan spekulasi yang disebarkan dalam blog mengenai beliau tidak benar seperti tuduhan dipecat, tidak tahan kerja dengan Husam atau tidak senang dengan misi royalti minyak yang turut disertai media sebelum ini bersama rombongan kerajaan negeri.
“Saya mengambil keputusan berhenti kerja dengan Datuk kerana sebab peribadi dan bagi memberikan sepenuh komitmen kepada klinik heamodalisis milik saya di Wakaf Cik Yeh, Kota Bharu dan juga parti (Pemuda Pas).
“Sehingga kini saya masih berkhidmat dengan Datuk Husam dan perkhidmatan saya sebagai PA hanya akan tamat selepas Aidilfitri nanti. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan lagi memandangkan ini bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyebaran pelbagai dakwaan dalam blog mengenai isu pemberhentian beliau termasuk tuduhan dipecat, dibaling fail oleh Husam dan sebagainya.
Menurutnya, semua pihak tidak seharusnya mempersoalkan keputusan beliau berhenti berkhidmat sebagai PA Husam kerana ia bersifat peribadi tambahan pula beliau tidak menghadapi masalah sepanjang bekerja selama lebih setahun.
Katanya, ketika berkhidmat beliau perlu membahagikan masa antara tanggungjawab PA dan doktor di kliniknya selama ini dan apabila menamatkan perkhidmatan kelak akan dapat memberikan sepenuh perhatian kepada kliniknya itu.
Dr Rosli berkata, portfolio Husam yang merangkumi aspek kebajikan dan kewangan memang besar dan sebab itu beliau memerlukan lebih ramai pembantu untuk melancarkan tugasnya.
“Selama ini pun ramai pembantu lain yang membantu Datuk Husam dan sebelum ini memang ada perancangan untuk menambah bilangan pembantunya selain saya.-sinarharian.com.my
“Namun saya berhenti kerana ingin lebih menumpukan kerja di klinik dan juga dalam parti khususnya dalam Pemuda Pas, bukan seperti yang didakwa dalam blog sebelum ini,” katanya.
Difahamkan, sebelum ini dua orang yang pernah menjadi PA kepada Husam tidak lagi bekerja dengannya manakala dua orang yang pernah menjadi pemandu peribadinya juga turut sama tidak bekerja dengannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan