PAS konsisten :Bukan Serangan Karakter, Tetapi Soal Memilih Pemimpin

Oh! Krai Utara

Share PAS sehingga ke hari terakhir kempen mereka hari ini, konsisten dengan pendirian bahawa isu pecah amanah calon BN, Rohaizat Othman bukan isu peribadi sebaliknya isu kredibiliti sebagai bakal wakil rakyat. Kes ini lebih jelas apabila bekas rakan kongsi firma Rohaizat, Yusri Ishak berkali-kali menyatakan pediriannya bahawa beliau tampil membuat penjelasan untuk membersihkan nama baik beliau dan keluarganya. Pengarah Pilihanraya PAS Pengkalan Pasir, Dato' Mahfuz berkata, keengganan Rohaizat dan pimpinan Umno menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan kepada YUsri membuktikan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah parti itu. Sambil menyifatkan Rohaizat sebagai orang yang tidak tahu menghargai kejujuran seorang rakan, beliau berkata Rohaizat dan pimpinan Umno tidak seharusnyamenjadikan Yusri sebagai kambing hitam. Beliau turut menafikan dakwaan Rohaizat bahawa penjelasan Yusri sebelum ini telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya PAS. PAS tegasnya hanya memberikan tempat untuk Yusri membuat penjelasan bagi membersihkan namanya dari tuduhan Rohaizat dan Umno. Tegasnya juga, Yusri sendiri yang tampil menafikan tuduhan Rohaizat dan meminta Pakatan Rakyat memberikan ruang untuknya menjelaskan kedudukan sebenar. Beliau menegaskan dakwaan terhadap Rohaizat tidak harus dipandang ringan kerana Majlis peguam tetap memutuskan Rohaizat yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes pecah amanah yang dilakukan. Keputusan itu dibuat lembaga disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh ahli lembaga disiplin Umno, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman. Ini sekaligus katanya membuktikan isu ini bukan sengaja ditimbulkan PAS seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu. Tindakan Rohaizat yang mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan juga terus menimbulkan keraguan banyak pihak. Yusri telah menggunakan platform PAS pada Khamis dan Jumaat lalu untuk menjelaskan pendiriannya dalam isu pecah amanah Rohaizat selepas sidang medianya Khamis lalu. Malam tadi Yusri sepatutnya muncul di pentas ceramah PAS di Kubang Semang, Permatang Pasir untuk 'berdebat' dengan Rohaizat. Bagaimanapun kedua-dua Yusri dan Rohaizat tidak muncul. -harakahdaily

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...