'OPS BUBAR DUN': Polis berniat jahat?

Oh! Krai Utara

Share Oleh : Nashita Md Noor Ketika kes tersebut mula dibicarakan pada hari Isnin 17hb Ogos, jurugambar polis yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan berdasarkan gambar sebagai bukti telah mendedahkan bahawa operasi polis pada hari itu, 6hb Februari 09 dipanggil sebagai 'OPS BUBAR DUN'. Menarik bukan?. Maka benarlah tanggapan kita bahawa polis memang telah ada niat jahat untuk menjalankan operasi tangkapan walaupun perhimpunan belum terbukti akan berlaku 'huru-hara'. Ketika saya dan 44 orang yang lain ditangkap di perhimpunan aman Protes Januari 2008, polis telah menamakan operasi mereka sebagai 'OPS PADAM 3', dan ketika 589 orang ditangkap di Himpunan Mansuh 1 Ogos, ianya juga dinamakan sebagai 'OPS PADAM', tapi saya tidak jelas ops padam yang ke berapa pula. Selama 3 hari kes dibicarakan 4 orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan berdasarkan gambar. Saksi kedua telah gagal untuk hadir. Mereka semuanya terdiri dari jurugambar polis yang berpengalaman sebagai jurugambar lebih dari 10 tahun dan ada yang hingga 22 tahun lamanya. Setiap orang dari mereka bila ditanya, mendapat arahan dari siapa telah mengaku bahawa mereka menerima arahan dari Cif Inspektor Ghazali dari Unit Cawangan Khas (SB) Bukit Aman untuk bersedia berkhidmat di sekitar kawasan Istana dan Masjid Ubudiyyah. Mereka telah berada di sekitar jalan menuju ke Masjid sejak jam 8 pagi lagi.

OKT khusyuk mendengar penjelasan dari peguam sebaik mahkamah menangguhkan kes pada hari terakhir 19 Ogos 2009 ke 27-30hb Oktober. Mereka telah mendapat arahan supaya mengambil gambar orang awam yang berkumpul dan yang nampak aggressive, ganas dan menimbulkan huru-hura. Oleh kerana mereka-saksi-saksi ini terlalu menrut arahan, mereka menghadapi masalah apabila disoal balas oleh peguambela OKT. Mereka dapat menjawab semua soalan yang ditujukan oleh TPR dengan mudah, tenang, faham dan pasti untuk setiap soalan. Peguambela mencadangkan kepada saksi bahawa mereka sebenarnya lansung tidak faham dan tidak tahu apa yang OKT lakukan di dalam gambar-gambar yang dikemukakan sebagai bukti. Saksi menjawab bahawa "saya hanya mengambil gambar sahaja." Peguambela bertanyakan kepada saksi "apakah encik tahu bahawa OKT yang di dalam gambar ini memakai apa?" Saksi :" berbaju melayu hitam dan berkain pelekat" Peguambela: "Apakah kamu tahu dan nampak bahawa polis telah melondehkan kain OKT ini?" Saksi : "tidak tahu, saya hanya mengambil gambar" Salah seorang OKT ketika ditangkap dan dikepung oleh polis telah tertanggal kain pelikat yang dipakainya kerana dilondehkan oleh polis. Soalan dan jawapan yang menarik yang ditanyakan kepada saksi oleh Timbalan Pendakwaraya, Othman, akan dikongsikan di bawah. Namun kadangkala cara persoalan yang dikemukakan oleh TPR kepada saksi membuat kami tertanya apakah motifnya.

Setiap seorang saksi ditanya apakah tujuan mereka dihantar ke sana. Mereka mendapat arahan untuk ke kawasan masjid dan istana untuk merakam perhimpunan dan 'standby'. Saksi pertama yang merakam gambar beberapa orang yang disebutnya sebagai mahasiswa. Gambar mahasiswa memegang banner yang tertulis "MAHASISWA TOLAK KERAJAAN ALTANTUYA" TPR bertanya kepada saksi "Altantuya ada hadir?" Saksi dengan betulnya menjawab "Tak ada". Untuk saksi ketiga pula TPR telah bertanyakan soalan mengenai kehadiran FRU dan posisi mereka, samada mereka berkumpulan dan kedudukan mereka adakah di kedua-dua hujung jalan. Saksi menjawab; "kedudukan FRU di tengah dan di hujung jalan" Saksi mengakui bahawa beliau tiba di perkarangan kawasan masjid pada jam 12.30 tghari. TPR bertanyakan kepadanya "bagaimana keadaan masjid ketika itu" Saksi menjawab dengan selamba: "HURU-HARA" (tak logik betul...belumpun masuk waktu solat Jumaat) Saksi yang seterusnya pula mengakui mula bertugas jam 12 tengahari di depan Masjid Ubudiyyah dan mula mengambil gambar jam 2.15 petang. Dia membuat keterangan bahawa suasana jalan keluar masjid menuju ke istana menunjukkan suasana kecoh dan bertolak-tolak. "Suasana kelam-kabut, FRU menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai yang menuju ke Istana." Peguambela mencadangkan kepada saksi bahwa mereka hanya menerima arahan untuk mengambil gambar suasana orang-ramai yang kecoh dan huru hara tetapi tidak mengambil gambar, tidak merakam gambar suasana kekecohan di pihak polis dan FRU sebab tidak mendapat arahan tersebut. Peguambela: "Apa-apa tindakan aggressive polis. FRU dan sebagainya tidak diambil, only the aggressiveness of the people. Ada tidak gambar aggressive polis, jawab soalan." Saksi : "Tidak ada" Peguambela mencadangkan bahawa sebenarnya gambar-gambar yang ditonjolkan adalah suasana yang tenang apabila ketiadaan polis dan FRU. "Polis tak ada semua happy, polis datang ada masalah" Inilah hakikat yang ingin kita bongkarkan di dalam kes 'OPS BUBAR DUN' ini dan kesemua kes operasi polis untuk semua perhimpunan aman yang dilakukan oleh rakyat. Seperti kes Peacewalk bersama Peguam pada Dec 2007, beberapa orang peguam dan orang awam telah ditangkap polis, didakwa di mahkamah. Apabila kes dibicarakan Hakim telah membebaskan mereka kerana tidak ada bukti yang kukuh bahawa mereka engkar perintah polis untuk bersurai dan mereka juga berhimpun dan berjalan dengan aman. Polis yang telah mengakibatkan suasana menjadi bising dan hura-hura.-http://idhamlim.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...