Home
>
Politik
> inkues Kematian Teoh Beng Hock:Polis Dan SPRM Perlu Siasat Secara Menyeluruh Surat Misteri
Share
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Transparency International Malaysia (TI-M) meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan segera berhubung surat misteri yang timbul semasa inkues mengenai kematian Teoh Beng Hock, Rabu lepas.
Setiausaha Agungnya Dr Loi Kheng Min berkata polis dan SPRM perlu mendedahkan kebenaran dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Beliau juga menggesa kerajaan supaya menggunakan kekuatan politik bagi membanteras rasuah sebagai satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Ia merupakan permulaan yang baik bagi meletakkan SPRM di landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC)," katanya.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan