UG: Mungkin inilah solusi yang dicari!

Oh! Krai Utara

Share

TGNA ‘dah marah, melenting sampai terhambur nama ‘Timbalan Presiden PAS’: “Jangan buat sampah!” Aduh…bisa sekali ungkapan itu. Jika saya sendiri yang kena herdik dengan orang yang mulutnya ‘masin’ macam TGNA…menangis saya…sungguh!

Jika anda meneliti isu UG, anda dapati hanya ada SEGELINTIR pemimpin tertinggi PAS yang nampak positif. Setengah penulis kata mereka ini ‘Tiga Abdul’…iaitu Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung. Selain mereka, kita tidak nampak ghairahnya memperkatakan isu UG. Lebih menarik, mereka jugalah yang pernah mengeluarkan ‘arahan’ agar isu ini dihentikan. Tapi, mereka sendiri jugalah yang membukanya kembali.

Cuba anda lihat Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik, hari ini keluar ‘statement’ melarang semua pihak dalam PAS memperkatakan isu UG…esok lusa, dia jugalah yang buat ‘Press Conference’ untuk ‘menyambut’ lontaran idea ‘keikhlasan PAS’ oleh Presiden Umno. Ni apa ni…cakap berbelit-belit macam ular…jika ular kita ketuk je…ni manusia…SU Agung pulak tu! Fikirlah sendiri!

Terus-terang, mengaku ajalah kesilapan yang sudah dibuat. Siapa yang silap? Saya hanya nak bagi tau, isu UG ini timbul dek lontaran idea ‘bernas’ oleh Pak Presiden PAS. Bernaskah? Iya, memang bernas. Mengajak perpaduan memang bagus pun. Saya tak menolak idea ini, cuma saya berani kata, kesilapan berlaku apabila Pak Presiden PAS gagal…diulang GAGAL memurnikan idea ini terlebih dahulu dalam lingkungan tertinggi PAS.

Sepatutnya, idea UG ini dibincang, dikupas, dibelah dan dimurnikan dahulu di peringkat Syura, AJK PAS pusat dan badan-badan berautoriti lain dalam PAS, misalnya dalam JK Politik PAS Pusat. Apabila sudah dibincang dan dibahas semasak-masaknya, sudah dimurnikan, maka apa sahaja yang terkeluar selepas itu kita terima. Jika ditakdirkan majoriti kepimpinan tertinggi PAS menerima idea UG ini, maka Mursyid Am PAS pun ‘angkat tangan.’ Ia sudah jadi satu kesepakatan, sudah jadi satu keputusan ‘bersama.’

Masalah berlaku bila ia tidak dimurnikan. Maka, bila Presiden PAS melontarkan idea ini ke tengah-tengah publik, ia masih dalam keadaan ‘mentah’. Bila namanya ‘bahan mentah’, maka masing-masing orang cuba ‘memasaknya’ mengikut ‘citarasa’ sendiri-sendiri. Itulah yang jadinya pelbagai tafsiran. Jadinya pelbagai telahan. Jadinya pelbagai versi UG yang diciptakan.

Habis tu, nak marah siapa? Nak marahkan ahli-ahli bawahan? Nak marahkan wartawan dan media? Nak marahkan kucing yang gongong ikan temenung atas meja, sedang tuan rumah biarkan ikan tidak ditudung terlebih dahulu, biarkan kucing-kucingnya kelaparan dan dibiarkan sahaja bila nampak ada yang berkeliaran atas meja. Salah kucing ke salah tuannya?

Inilah yang ditegur oleh Mursyid Am. Inilah yang ditegur oleh segelintir pimpinan pakatan, sehinggakan SU Agung DAP yang mengaji seerah Umar Abdul Aziz pun tegur sama. Malu kita…Presiden PAS kena tegur dengan seorang pemimpin yang belum Islam. Tapi bagi saya, itulah namanya ‘teguran yang ikhlas’ bukannya berlapik-beralas demi kepentingan sesuatu yang tak ‘jelas’. Teguran yang lebih ‘jujur’ berbanding teguran MT Umno bila mengulas isu ‘Amanat Hj Hadi’ satu waktu dahulu. Atau teguran si mufti di negeri ‘sang MB haram’ demi Melayu bersatu. Atau teguran menteri BN bahawa TGNA ‘tidak wajar’ menolak idea UG dengan Umno.

Saya berkeyakinan, jika Presiden PAS membawa idea bernasnya ini lebih awal ke dalam lingkungan kepimpinan tertinggi PAS, maka semua yang terjadi hari ini dapat dielakkan. Saya senaraikan, ada 10 kesilapan Presiden PAS semasa tahap awal sehingga kini dalam melontarkan idea ini kepada publik, iaitu:

1. Idea peribadi bukan jamaah 2. Tidak dimusyawarahkan terlebih dahulu 3. Meminggirkan teguran ketua (mursyid al-am) dari tahap awal 4. Meminggirkan ketetapan musyawarah agung (Muktamar) 5. Keegoan untuk ‘enggan mengalah dan mohon maaf’ 6. Membuka ruang perbalahan dalaman (wujud dua kumpulan pro dan kontra) 7. Menimbulkan wasangka negatif kepada ‘rakan’ (PR) 8. Membuka ruang diserang ‘musuh’ (Umno and the geng) 9. Tida usaha memahamkan maksud sebenar (mana ada proposal bertulis pun) 10. Suka bermain ‘slogan’ (samalah dengan idea Negara Islam; walhal dalam Perlembagaan PAS pun tak sebut)

Oleh itu, cadangan saya, demi kepentingan jamaah dan Islam juga rakyat Malaysia, maka Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS kena dan WAJIB kembali bemuhasabah dan memohon maaf kepada semua ahli PAS, pakatan dan rakyat Malaysia. Tindakan ini tidak akan mengurangi apa-apa melainkan tampak ‘HEBAT’ dan ‘HORMAT’ di kaca mata rakyat. Ia juga akan ‘mengunci mati’ mulut dan lidah musuh-musuh jamaah, khususnya Umno.

Jika mereka yang berkenaan masih degil…tunggulah, mungkin ini TAPISAN Allah kepada PAS yang selalu mendabik dada sebagai HARAKAH ISLAMIYYAH. Bukankah dalam perjuangan selalu ada TAPISAN. Tapisan yang akan memastikan, hanya mereka yang benar-benar jujur dan betul berada dalam saff jamaah. Sama ada mereka yang betul atau tidak…sama-samalah kita tunggu keputusan daripada Allah. Wallahua’lam.

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani (PerakExpress)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...