Share
Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah
Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi.
"Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."
Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.
Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.
Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.
Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain yang kesemuanya berjumlah 82 orang.
Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.
Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.
Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang. dipetik drp Kelab Greenboc
0 ulasan:
Catat Ulasan