PR Bela nasib Rakyat: Saluran longkang elak hakisan

Oh! Krai Utara

Share

KAMPUNG CHENIS – Akibat ketiadaan saluran longkang yang sempurna, kawasan kediaman penduduk dekat sini hampir terhakis sejak beberapa bulan lalu disebabkan aliran air hujan yang mengalir me-lalui tepi kediaman rumah mereka.

Seorang penduduk, Kamarudin Ismail, 52, sebelum ini bahagian tepi kediamannya hampir runtuh akibat hakisan air hujan yang mengalir di bahagian dapur rumahnya.

Menurutnya, aliran air hujan itu menghakis tanah dan menyebabkan terdapat alur di bahagian tepi rumah dan boleh menyebabkan bahagian itu runtuh jika dibiarkan.

“Masalah ini berlarutan beberapa bulan dan kami tidak tahu ke mana hendak mengadu. Jika hendak di-tanggung sendiri, kosnya bukan sedikit.

“Justeru, saya membuat aduan dan memohon bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria melalui ketua cawangan Kampung Chenis, Mohd Nawawi Mamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Tuan Zamri Ariff yang ditemui berkata, beliau mendapati kawasan itu mengalami limpahan air setiap kali hujan.

“Tinjauan di kawasan ini mendapati, terdapat aliran air yang melalui kawasan rumah penduduk dan ia memerlukan satu saluran untuk mengalirkan air secara sistematik tanpa melibatkan hakisan.

“Justeru, saya memberikan sedikit bantuan dalam bentuk pasir dan longkang untuk menyalurkan air hujan secara lebih selamat ke kawasan rendah,” katanya.

Tuan Zamri berkata, semua kerja pembinaan long-kang dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk untuk membina saluran bagi kemudahan mereka bersama.-sinar harian
Read More - PR Bela nasib Rakyat: Saluran longkang elak hakisan

ADUN ADUN kunjungi OKU terlantar

Oh! Krai Utara

Share
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul - begitulah gambaran yang boleh diberikan kepada seorang bapa Orang Kurang Upaya (OKU) di sini selepas diserang strok hampir seminggu lalu.

Ab Rahman Abdullah, 57, yang mengalami masalah penglihatan kini terlantar sakit dan tidak dapat bergerak ke mana-mana sebagaimana sebelumnya.

Isterinya, Kamariah Ismail, 40, berkata, sebelum ini suaminya adalah seorang pesakit darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika kejadian, suami hendak menunaikan solat Zohor. Bagaimanapun semasa mengangkat takbir, dia menjadi lembik dan jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamariah yang juga warga OKU berkata, doktor yang merawat Ab Rahman memaklumkan suaminya mengalami tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak sehingga menyebabkannya lumpuh separuh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Ab Azziz Kadir yang mengunjungi keluarga 13 orang anak itu berkata, beliau terkejut mendengar berita tentang kesihatan Ab Rahman dan segera melawatnya bagi meringankan penderitaan dialami.

Menurutnya, Ab Rahman adalah seorang yang selalu mengerjakan sembahyang berjemaah walaupun bagi sesetengah orang, ia agak sukar untuknya sampai ke masjid akibat masalah penglihatan.

“Namun dia dapat berjalan ke masjid tanpa perlu dihantar sesiapa, walaupun matanya tidak Nampak tetapi mata hatinya terang untuk menerangi perjalanannya ke rumah Allah,” katanya.

Sementara itu, difahamkan keluarga itu hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menampung keperluan harian dan menyara lima anak yang masih belajar.
Read More - ADUN ADUN kunjungi OKU terlantar

Ini Sengsara Warisan: drmaza

Oh! Krai Utara

Share

Read More - Ini Sengsara Warisan: drmaza

Terkini 10.00 am : sambutan luarbiasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Oh! Krai Utara

Share
Pada masa ini Presiden PAS, Ds. Tg. Hj. Abdul hadi Awang sedang menyampaikan ucapan setelah wakil dari PKR' Ds. Anwar ibrahim dan wakil DAP, YAB Lim Guang Eng menyampaikan ucapan masing masing.

konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang julung julung kali diadakan itu bermula pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di Audioterium MBSA. Semua pimpinan Pakatan Rakyat berada di sini untuk mengukuhkan Pakatan Fakyat -http://idhamlim.blogspot.com/
Read More - Terkini 10.00 am : sambutan luarbiasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Keluhan Suami dan Isteri

Oh! Krai Utara

Share
Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain…….
Read More - Keluhan Suami dan Isteri

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...