Oh! Politik: Rasuah Seks, Gadis 18 tahun lacur diri untuk rawat bapa
Oh! Krai Utara
ZHAO guna wang untuk rawat bapa.BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini. Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei. Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.“Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya,” kata Zhao.Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini. Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai. Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah. Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu. Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei. Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali. Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT
Oh! Kejamnya: Penggal kepala gadis 15 tahun kerana tolak lamaran
Oh! Krai Utara
KABUL - Seorang lelaki di timur laut Wilayah Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak keselamatan kerana dipercayai memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya.Dia ditangkap oleh polis bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu di hari Isnin 26/1/2012 , waktu setempat.Keduanya membunuh gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika gadis itu tengah pergi mengambil air.Menurut Ketua Daerah Imam Sahib, Quraishi, tertuduh meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya.Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah tertuduh dan seorang rakannya tersebut merupakan kerabat atau tidak.Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhi hukuman penjara lantaran memperkosa seorang perempuan.
13 Mei berulang, jika umno hilang kuasa ugutan dayus dari shahrizat
Oh! Krai Utara
TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya."Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu."Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu."Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.
Orang utan blasteran lahir di tpkyo, bapak dari singapore, ibu indonesia,
Oh! Krai Utara
TRIBUNNEWS.COM - Bukan hanya manusia saja bisa kawin campur, orangutan pun bisa kawin campur dan anaknya jadi campuran bahkan lahir di tempat lain. Bayangkan ayahnya, orangutan dari kebun binatang di Singapura. Ibunya dari Taman Safari yang terletak di Cisarua, dan Rabu 14 November lalu anaknya baru lahir di kebun binatang Tama, Tokyo. Kalau orangutan punya warga negara, diperkenankan menggunakan warga negara Jepang karena siapa pun yang lahir di Jepang, berhak memiliki warga negara Jepang. Itulah hukum Jepang bagi manusia.Kelahiran anak orangutan ini di kebun binatang Tama, pertama kali sejak 6 tahun lalu juga ada kelahiran orangutan di sana, tulis majalah Tokyo Walker yang terbit, Selasa (27/11/2012). Bayi orangutan laki-laki itu adalah bayi pertama yang ke luar dari ibu asal Indonesia bernama Kiki yang tiba di Tokyo 11 Juni 2007 saat itu berusia 12 tahun.Sedangkan ayahnya kelahiran Singapura, bernama Borneo, yang tiba di Tokyo 24 September 1998 saat itu berusia 27 tahun. Jadi perbedaan 15 tahun antara ibu dan ayah."Saat melahirkan kita semua agak tegang juga takut gagal takut ada masalah arena bayi itu pertama kali dilahirkan. Kami menantikan selama dua jam untuk kelahiran tersebut dan setelah lahir sehat tentu sangat senang. Kini setelah lahir kami juga harus memikirkan bagaimana hubungan si bayi atau anak dengan orangtua nantinya. Berbagai hal harus kami persiapkan dan tata lebih lanjut bagi kehidupan anak baru tersebut," papar petugas kebun binatang Tama, perjalanan 52 menit berkereta api dari Tokyo dengan biaya 620 yen (Rp 72 ribu) sekali jalan. Biaya masuk kebun binatang Tama 600 yen per orang atau sekitar Rp 70 ribu (kurs Rp 117 per yen). Sedangkan anak-anak hanya 200 yen (Rp 23 ribu) per orang.Nama bayi itu sudah ada lima calon nama dan pengunjung diminta memilih mana yang terbaik dan terbanyak dipilih akan dijadikan namanya. Karena itu pihak pengurus kebun binatang menghimbau agar sebanyak mungkin masyarakat datang ke sana melihat dan memilih sendiri nama buat sang bayi. Pengumpulan suara terbanyak untuk nama bayi itu sampai dengan 4 Desember 2012. Setelah itu akan diumumkan pihak kebun binatang.Menarik sekali nama bayi yang benar-benar dipilih dari masyarakat, bukan dari perorangan atau dari kelompok tertentu.
Oh! Arab Saudi penggal kepala tiga lelaki
Oh! Krai Utara
RIYADH - Kerajaan Arab Saudi memenggal kepala tiga lelaki disabitkan kesalahan membunuh di negara itu, semalam.Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, Mubarak Al-Harithi dan Obaidallah Al-Harithi didapati bersalah di Makkah kerana mengelar dan menembak mati seorang mangsa bernama Ayedh Al-Harithi.Seorang lagi pesalah, Majed Al-Dosari juga dipenggal kepalanya di Riyadh kerana menembak mati rakannya dari Arab Saudi, Mehmas Al-Dosari.Berdasarkan laporan rasmi, hukuman penggal kepala itu adalah kes ke-70 di negara tersebut sepanjang tahun ini.Kes rogol, pembunuhan, murtad, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah adalah tertakluk di bawah undang-undang syariah di mana pesalah berhadapan hukuman mati. -AP




