OH! ARTIS:.(Panas) Iqram Dinzly melamar Fouziah Gous di Twitter

Oh! Krai Utara

Share

Buat peminat kepada dua orang pelakon berbakat yang sedang hangat bercinta, tak lama lagi pasti akan ada berita gembira untuk korang di mana telah kelihatan Iqram Dinzly cuba melamar Fouziah Gous secara terbuka di Twitter READ MORE
Read More - OH! ARTIS:.(Panas) Iqram Dinzly melamar Fouziah Gous di Twitter

Oh! Setan:.Adegan bogel jatuhkan imej negara

Oh! Krai Utara

Share

KUALA TAHAN – Penggambaran filem sebuah syarikat luar negara yang dilakukan di sebuah lokasi Taman Negara Kuala Tahan dekat sini dilihat melanggar tatasusila budaya Melayu Islam khususnya dan mencemarkan imej negara. 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, Pemuda UMNO kesal dengan syarikat perfileman itu yang dilihat tidak peka dan sensitif terhadap budaya di negara ini, yang dilakonkan dalam beberapa adegan penggambaran itu. 

Menurutnya, penggambaran terbaru dilakukan di Dedari berdekatan Kuala Tahan di sini membabitkan pelakonnya tidak berpakaian dan cuma menutup di bahagian alat sulit sahaja, yang jelas menunjukkan produksi filem itu mengambil mudah isu sensitiviti penduduk Melayu Islam termasuklah Orang Asli Taman Negara. 

“Saya tidak bersetuju adegan yang melanggar tatasusila itu diadakan, kerana pusat pelancongan ini dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa yang inginkan ketenangan, dengan pelancong tempatan pula terdiri daripada pelbagai kaum yang kuat berpegang kepada agama, adat dan budaya masing-masing.

“Saya juga kecewa mengapa pihak berkaitan meluluskan penggambaran adegan itu dilakukan di sini, kerana sepatutnya skrip filem itu dilihat dahulu, dikaji dan ditapis supaya tidak melanggar etika dan meragukan semua pihak,” katanya ketika ditemui menyertai gotong-royong perdana di Jerantut Feri semalam. 

Wan Amizan berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kerajaan Negeri perlulah tampil menyiasat perkara itu seterusnya menimbang semula permit kebenaran syarikat filem berkenaan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan berkata, apa yang dikesalkan ialah syarikat berkenaan membawa Orang Asli dari negara lain, melakonkan adegan tanpa pakaian di dalam kawasan berkenaan. 

Menurutnya, adegan oleh pelakon tambahan itu hanya menutup di bahagian alat sulit masing-masing boleh dilihat oleh penduduk yang menaiki bot penambang, yang berulang alik ke perkampungan di Hulu Tembeling ketika penggambaran berlangsung di beberapa rumah Orang Asli yang dibina khas berdekatan Sungai Tembeling. 

“Adegan atau babak itu berdekatan sungai yang mudah dilihat orang awam, dan tentu lebih teruk serta memalukan jika berlaku di dalam hutan membabitkan pelakon wanita pula bersama pelakon utama yang dirakam krew filem itu,” katanya. 

Wan Amizan berkata, jangan kerana sikap ambil mudah dan terlepas pandang membuatkan apa yang pernah menggemparkan negara dahulu berulang lagi, yang akhirnya memberi kesan dan imej buruk kepada Malaysia, yang digambarkan oleh filem dari luar negara. 

Menurutnya, apabila adegan seumpama itu dibiarkan dirakam, pastinya apabila ia ditayangkan kelak penonton negara luar secara tidak langsung beranggapan bahawa itulah realiti sebenar sikap dan budaya di negara ini, sedangkan hakikat sebenarnya salah dan menjejaskan imej di sini. 

“Pemuda UMNO melihat peraturan terhadap syarikat filem luar negeri yang memilih lokasi di negeri ini untuk penggambaran, perlu meneliti skrip atau perjalanan cerita termasuk dokumentari supaya bersih daripada unsur maksiat dan mematuhi tatasusila orang Melayu. 

“Ini penting kerana adegan yang dirakam seharusnya berkaitan keindahan flora, fauna dan pemandangan persekitaran Taman Negara Kuala Tahan, sebaliknya bukanlah babak tidak senonoh yang dikaburi oleh alam semula jadi,” katanya. 

Wan Amizan berkata berkata, beberapa hari lalu beliau turun menyiasat di lokasi penggambaran apabila menerima aduan, seterusnya bertemu dengan krew filem berkenaan untuk melihat sendiri apa yang berlaku. 

Menurutnya, memang ada babak tidak sesuai yang tidak sepatutnya ditonjolkan dan bercanggah dengan budaya tempatan, namun cuba ditepis pengarah produksi berkenaan dengan bertegas mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagiannya adalah babak arahannya. 

“Beberapa pengawal juga diupah syarikat itu supaya tidak membenarkan orang luar memasuki ke lokasi di Dedari ketika penggambaran dibuat terutamanya melibatkan adegan dalam hutan. 

“Saya kesal dengan kegiatan syarikat perfileman luar yang membuat penggambaran di sini menjatuhkan imej budaya Melayu tempatan dan menggambarkan seolah-olah masih ada hutan Malaysia didiami oleh Orang Asli yang tidak bertamadun dan berbogel,” katanya. 

Menurutnya, kajian dan penelitian mendalam perlu diberikan, supaya mana-mana syarikat penggambaran tidak sewenang-wenangnya mengeksploitasi kawasan pelancongan di sini untuk tujuan dan kepentingan mereka. 

“Kita tidak mahu promosi menerusi filem akan menimbulkan tanggapan negatif bahawa negara ini masih ada masyarakat yang ketinggalan, dengan masih tidak berpakaian, tinggal di hutan dan menjadi bahan tontonan umum dengan tanggapan yang salah,” katanya.

Katanya, sebelum ini sudah ada dua syarikat filem luar negeri pernah membuat penggambaran di Tabung berdekatan Taman Negara, tetapi mereka mematuhi etika dan memahami sensitiviti masyarakat di sini.

Read More - Oh! Setan:.Adegan bogel jatuhkan imej negara

Oh Artis:.(Gossip) Fauzi Nawawi ajak Zarina Ann Julie buat seks?

Oh! Krai Utara

Share

Baru-baru ni Zarina Ann Julie ada membuat pendedahan ekslusif kat Pancaindera yang ada seorang pelakon lelaki ni, juga suami kepada artis wanita popular cuba nak menggatal dengannya. Sape yang baca Pancaindera tu tahulah kot.


Menurut Zarina, pelakon lelaki tersebut sering menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepadanya malah Zarina juga mengatakan yang pelakon tersebut pernah menghantar SMS mengajak Zarina untuk melakukan seks. Woot!



Walau bagaimanapun, Zarina masih enggan mendedahkan nama pelakon tersebut walaupun dia mempunyai bukti kukuh untuk melakukannya. Mungkin Zarina tak sampai hati kot dan mahu menjaga perasaan isteri si pelakon ni READ MORE
Read More - Oh Artis:.(Gossip) Fauzi Nawawi ajak Zarina Ann Julie buat seks?

Bibit Perpecahan Umno Perlis:.Shahidan Kasim Kutuk MB Perlis

Oh! Krai Utara

Share


KUALA LUMPUR : Umno Perlis terus dilanda krisis berterusan apabila mantan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengutuk Pengerusi Umno Perlis ketika ini iaitu Mohd Isa Sabu.

Shahidan Kasim bukan sahaja mengutuk bosnya di negeri itu sebagai penipu, tetapi turut melabelkannya sebagai penzalim dan Otak Sedut kerana mensabotaj kehadirannya sempena lawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam.

Berikut ialah antara kenyataan Shahidan yang boleh dilihat secara jelas di laman sosial facebook.com. di sini.

1. "Depa (mereka), kerajaan negeri suruh saya tunggu disimpang 4, untuk menyambut tpm (Muhyiddin Yassin) .Tiba2 mereka ubah laluan dan tpm turun ditempat lain..saya tak tau arahan siapa..tak mungkin tpm, tak mungkin polis..tapi bertanggung jawab..rakyat benci penipuan dan mungkir janji macam ini..Tapi benda besar mereka bolih tipu,tentula benda yg kecil ini perkara biasa saja..PENIPU" READ MORE
Read More - Bibit Perpecahan Umno Perlis:.Shahidan Kasim Kutuk MB Perlis

Oh! YB:.Dalam Panas Hulu Sealangor...Isa Samad Nikah lagi

Oh! Krai Utara

Share


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang juga bekas Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Mohamad Isa yang kehilangan isteri tercinta akibat kanser lima tahun lalu melangsungkan pernikahan dengan bakal surinya di rumah datuk Bibi Sharliza, 40, di Gentam, Kuala Pilah dekat sini semalam pukul 3 petang. READ MORE
Read More - Oh! YB:.Dalam Panas Hulu Sealangor...Isa Samad Nikah lagi

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...