Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi selamat dikebumi
Oh! Krai Utara
Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.
Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle dan Zul Yahya.
Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin. Mstar Online
Din Beramboi Meninggal Kerana Seekor Nyamuk
Oh! Krai Utara
syukran.wordpress.com
Jam 1.30 malam tadi, pelawak yang juga penyampai radio Era FM, Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri 44, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang. Beliau dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan selepas disahkan menghidap penyakit demam denggi berdarah.
Memang sedikit mengejutkan kerana kali terakhir beliau dilihat sihat adalah pada awal minggu lepas, dan malam Jumaat semalam Allah memanggil beliau. Tiada siapa yang dapat menolak takdir Allah. Saya ucapkan takziah kepada Isteri dan keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham.
Namun, kes Din Beramboi ini menarik untuk kita fikirkan. Apalah kudrat seekor nyamuk berbanding manusia seperti Allahyarham yang jelas lebih besar dari segi fizikal. Kita pun kalau tengok perlawanan gusti atau tinju antara orang badan kecik dengan orang badan besar. Awal-awal lagi kita sudah fikir, yang kecik tu akan kena belasah teruk.
Tapi Allah itu maha kuasa, kecik itu bukan maknanya tiada kekuatan dan kelebihan. Begitulah nyamuk aedes. Walaupun ia kecik, tapi sengatannya boleh membunuh kita. Dah Allah nak panggil, apa kita boleh…macam-macam cara Allah boleh guna.
kita biasa terima jemputan kahwin atau kenduri. Macam-macam cara jemputan kita terima. Kalau kat kampung, tuan rumah datang sendiri jemput kita. Zaman sekarang nie, pakai kad jemputan sahaja. Kad pula banyak jenis, ada yang bagi kad dengan kotak berhias macam Dato’ Siti dulu….ada juga yang pakai sms dan email sahaja. Hari ini pula, pakai Facebook jer kalau nak menjemput.
Gitulah kalau manusia. Tapi kalau Allah, memang kita tak boleh nak fikir….Sebagai manusia kita kena redha dengan panggilan Allah. Macam-macam cara Allah nak panggil kita. Ada yang melalui kemalangan, sakit, peperangan dan macam-macam lagi.
Kita jangan ingat hari ini kita sihat kita akan hidup sampai petang nanti. Siapa tahu? Jadi beringat-ingatlah. Allah boleh jadikan apa sahaja sebagai penyebab kematian kita. Tapi kita berharap dan berdoalah supaya panggil atau jemputan Allah itu datang dalam keadaan yang baik dan mudah. Tidak terlalu menyiksakan seperti kemalangan atau sakit yang panjang….Allahuakhbar….Astaghfirulah Al-Azim….
Info tentang Demam Denggi dan nyamuk Aedes (Dari Wikipedia Bahasa Melayu):
Demam Denggi
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotypeyang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala olehAedes albopictus).Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).Tanda dan gejala
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai polabiphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Epidemiologi
Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinangdan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.Pencegahan
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.Wabak terkini
Di Asia Tenggara:
- Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.
- Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.
- Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.
- Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.
- Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.
- Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.
- Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.
- Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.
Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
Bagaimana demam denggi berjangkit
- Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
- Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
- Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
- Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
Nyamuk AedesNyamuk Aedes merupakan sejenis nyamukyang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih.Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.Tabiat nyamuk aedes
- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
Tempat pembiakan nyamuk aedes
- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Tempayan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)
Pencegahan pembiakan nyamuk aedes
- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
- Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
malaysiakini::Ibrahim Ali berang lagi
Oh! Krai Utara
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.
Read More - malaysiakini::Ibrahim Ali berang lagi
Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.
Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.
Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”
Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.
"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.
Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.
Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.
“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.
Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.
Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.
punca - www.malaysiakini.com
Kartika dan beza antara Malaysia dan Brunei
Oh! Krai Utara
Salam,
tahniah aku ucapkan buat saudari kerana telah mencuba untuk mendapatkan hukum yang paling baik, semoga anda mendapat rahmat di atas usaha saudari...dan lebih jauh dari itu cerita sedari untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar telah memberi pengajaran kepada seluruh umat manusia di negeri kita ini.
dan semakin jelaslah perangai mereka, cuba anda perhatikan
tahniah aku ucapkan buat saudari kerana telah mencuba untuk mendapatkan hukum yang paling baik, semoga anda mendapat rahmat di atas usaha saudari...dan lebih jauh dari itu cerita sedari untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar telah memberi pengajaran kepada seluruh umat manusia di negeri kita ini.
dan semakin jelaslah perangai mereka, cuba anda perhatikan
KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat, atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.salin dari cacamarba
"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.
"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan," titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, pada Khamis.
Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.
Pada 24 Ogos, 2009, dia sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman sebatan yang dijatuhkan itu sebelum ia dibatalkan pada saat-saat akhir.
Pada 3 Mac lepas, Kartika Sari Dewi turut mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) berhubung pelaksanaan
hukuman sebat itu.
Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada Kartika Sari Dewi.
-- BERNAMA
pemerintah brunei
http://kabilahmerdeka.blogspot.com/
Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP salin dari ijoks
Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP salin dari ijoks
jelaslah beza antara mereka, patutkah kita menilai mereka....
Takziah::Din Beramboi Meninggal Dunia
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.







