Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat

Oh! Krai Utara

Share
Salam.


Satu sahaja alasan yang diberikan SU Agung Pas mengapa Ustaz Ahmad Awang tidak dilantik semula kerana:

"Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama"
Juga Mustapha memberi kriteria lain, ahli Majlis Syura dipilh daripada kalangan terbaik.

Betul ke tu? Atau ada sebab lain?

Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!

Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik disini.

Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!

Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!

Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas. 

Kepada ustaz Ahmad Awang, ruang perjuangan lain masih luas. Teruskan komitmen ustaz untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan menentang apa-apa sahaja anasir yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan.

Read More - Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat

“Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas” Pun Jadilah…..alahai

Oh! Krai Utara

Share

Dari Al-Brangi
Ternyata kehadiran DS Anwar dalam Dewan Rakyat sentiasa menjadi ‘duri dalam daging’ kepada UMNO khasnya dan BN amnya.
UMNO/BN sudah mati dengan hujah. Mereka kekeringan idea. Mereka terpaku dengan fakta. Mereka gagap serta gugup untuk ber’auta’. Mereka memang tidak layak berada di situ.
Mereka berkuasa di atas ’segala-gala’nya konon. Mereka telah membawa usul kepada Speaker dan akan dibahaskan pada Isnin depan untuk merujukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perkara 18 (2) Peraturan Mesyuarat.
Dengan itu besar kemungkinan DS Anwar akan menghadapi tindakan disiplin berhubung kenyataannya bahawa konsep 1 Malaysia ada kaitan dengan kempen “One Israel” dan juga berkaitan dengan isu APCO.
al-brangi;
Orang-orang tua ada berkata “tidak dapat tanduk, telinga dipulas” pun jadilah…..alahai……
Read More - “Tidak Dapat Tanduk, Telinga Dipulas” Pun Jadilah…..alahai

Forum Pencabulan Amalan Federalisme

Oh! Krai Utara

Share

Kalau tak dapat hadir, boleh layari http://tvselangor.com/v2/ untuk menonton siaran langsung.
Read More - Forum Pencabulan Amalan Federalisme

Bekas Setiausaha Mahadir kena Penjara...dia bila?

Oh! Krai Utara

Share

Matthias Chang Mula Jalani Hukuman Penjara Sebulan Di Penjara Kajang
KUALA LUMPUR: Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dibawa ke penjara hari ini bagi menjalani hukuman penjara sebulan selepas beliau enggan membayar denda RM20,000 kerana menghina mahkamah.
Peguam berusia 60 tahun itu, yang memakai sut kelabu, dibawa ke Penjara Kajang selepas perintah komital daripada Mahkamah Tinggi diserahkan kepadanya.
Terdahulu, beliau tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 9.30 pagi bersama kira-kira 30 penyokong dan anggota keluarga.
Beliau dikenakan tindakan menghina mahkamah pada 25 Mac apabila enggan memohon maaf ekoran satu pertengkaran dengan hakim dan seorang peguam semasa disoal balas dalam prosiding saman fitnah yang dikemukakannya terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd.
Chang menyaman American Express kerana memungkiri kontrak dan fitnah apabila kad beliau digantung sementara.
Mahkamah yang sama turut menolak saman itu pada hari berikutnya selepas mendengar keterangan saksi daripada kedua-dua pihak. - BERNAMA
Read More - Bekas Setiausaha Mahadir kena Penjara...dia bila?

Oh Artis::Majlis Peguam bantah tahanan Benjy

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 31 MacMajlis Peguam hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Polis Diraja Malaysia kerana mendakwa seorang peguam dihalang melakukan tugas dan ditahan dalam insiden penahanan semula pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lepas.

Peguam terbabit, Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, mendakwa insiden itu berlaku di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran sejurus sahaja ibu Benjy, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

“Kira-kira 10 orang berpakaian biasa mengerumuni saya dan anak guam saya dan mengarahkan beliau mengikut mereka.

“Mereka ini berkata mereka anggota polis tetapi tidak menunjukkan dokumen pengenalan atau bukti lain semasa menemui Benjy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amer Hamzah berkata seorang lelaki kemudian menunjukkan satu kad menyerupai kad pengenalan polis sambil memberitahu bahawa dia akan menahan Benjy semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Amer Hamzah turut mendakwa beberapa orang lelaki kemudian memegang tangannya dan menahannya supaya diasingkan daripada Benjy dan selepas itu barulah beliau dilepaskan setelah lelaki terbabit membawa Benjy ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya ekoran itu beberapa orang lelaki terbabit telah menahan dan menghalangnya daripada melakukan tugas sebagai peguam.

Seramai 50 orang peguam serta adik Benjy, Elza Irdalyna, berhimpun di perkarangan masuk ke Bukit Aman selama satu jam sejak 12 tengah hari bagi menyerahkan memorandum bantahan itu.

Memorandum itu kemudian diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, ASP Anuwal Abdul Wahab. — Bernama
Read More - Oh Artis::Majlis Peguam bantah tahanan Benjy

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...