Khidmat Nik Aziz diperlukan: Pemuda Pas
Oh! Krai Utara
| KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Negeri menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am Pas. Ketuanya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz bukan sahaja diperlukan di Kelantan, malah kepada Pas di peringkat pusat bagi meneruskan kecemerlangan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. “Tok Guru memiliki aura dan kehebatannya sendiri bukan setakat orang Islam, malah orang bukan Islam yang mempunyai persepsi yang sangat baik kepada beliau. “Oleh itu tiada sebab untuk Tok Guru tidak mempertahankan jawatan beliau ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa beliau sedia tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas oleh Majlis Syura yang akan bermesyuarat dan memutuskan jawatan itu hari ini. Nik Aziz berkata, rekod kehadiran beliau untuk menghadiri program di luar Kelantan tidak memuaskan termasuk menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang lebih banyak diwakilkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din. Abd Latif yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Mengkebang berkata, sokongan kepada rakyat kepada kepimpinan Nik Aziz kini tidak boleh dipertikai malah ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam berhadapan dengan UMNO. “Ke mana Tok Guru pergi, beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa, malah Orang Cina dan India sudah mula menyokong perjuangan Pas atas inisiatif yang diambil Tok Guru yang memberi keadilan kepada semua pihak semasa memerintah Kelantan,” katanya. Sehubungan dengan itu katanya, adalah amat wajar bagi Nik Aziz meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan sebagaimana yang dikehendaki ahli Pas sendiri. |
Kenyataan Media Tok Guru Nik Aziz Setelah Dilantik Semula Ke Jawatan Mursyidul Am Pas
Oh! Krai Utara

YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS
• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
http://malaysiaberih.blogspot.com/
Nik Aziz kekal Mursyidul Am Pas
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian.
Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai timbalan Mursyidul Am.
Kesemua pelantikan itu ialah untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Presiden Pas itu turut menyifatkan, pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi kerana beliau tidak mahukan jawatan itu sebaliknya dikekalkan jawatan.-SH
Read More - Nik Aziz kekal Mursyidul Am Pas
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian.
Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai timbalan Mursyidul Am.
Kesemua pelantikan itu ialah untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Presiden Pas itu turut menyifatkan, pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi kerana beliau tidak mahukan jawatan itu sebaliknya dikekalkan jawatan.-SH
Nik Aziz Bukan Lagi Mursyidul Am PAS Sejak 3 Bulan Lalu
Oh! Krai Utara
PETALING JAYA: Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.
Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat semalam.
"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini semalam.
Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu.
Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.
"Ia juga sejarah bagi parti apabila wakil Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda turut dilantik sebagai ahli dalam majlis syura yang merupakan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.
“Sebelum ini, anggota majlis hanya di kalangan ulama dan ahli jawatankuasa pusat," jelasnya.
Selain itu, bilangan anggota majlis juga ditambah dari 15 kepada 17 orang.
Mohd. Khairol berkata, Majlis Syura terdiri daripada empat anggota jawatankuasa pusat, empat ulama dari jawatankuasa pusat, empat dari Dewan Pemuda dan empat ahli Dewan Muslimat.
Dewan Ulama sebelum ini memilih semula Nik Aziz dan Haron sebagai anggota Majlis Syura.
"12 ahli baru telah bermesyuarat Isnin lalu dan telah melantik lima lagi anggota baru," ujarnya.
Kesemua anggota majlis bermesyuarat hari ini untuk memilih Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan setiausaha.
Sementara itu, Nik Aziz memberitahu, beliau tidak kisah jika tidak dipilih semula sebagai Murshyidul Am.
Kebanyakan anggota majlis adalah dari Kelantan. -mstar
Jenayah Oh Artis: Polis cari pelakon hilangkan diri selepas pukul isteri
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejaki seorang pelakon filem dan drama popular sekitar awal 90-an berhubung kes memukul isterinya hingga mengakibatkan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dan muka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian itu berlaku di rumah artis berusia 41 tahun itu di Kampung Cheras Baru, Ampang di sini, Rabu lalu, kira-kira jam 7 pagi.
"Insiden itu berlaku kerana ada perselisihan faham dan isteri pelakon itu juga mendakwa bahawa beliau sering dipukul suaminya. Isteri pelakon itu juga mengesyaki suaminya turut terlibat dalam penagihan dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain," katanya.






