Bila pula Orang Asli itu “Bumiputra” -ZI

Oh! Krai Utara

Share

Lebih 2,000 Orang Asli (kepada saya ungkapan Orang Asal adalah lebih tepat) telah berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka. Memorandun ini mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka. Perarakan ini berupa perarakan menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli terhadap kaum yang terpinggir dan tertindas. Saya sungguh bangga dengan kebangkitan dan keberanian mereka. Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN.
Terkenang saya zaman sekolah di Kelantan dulu di mana saya duduk dalam satu kelas dengan Ajong dan Ahim, dua anak Orang Asal yang hebat sekali dalam sukan olahraga. Saya tak tahu di mana mereka sekarang tapi saya harap mereka telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa. Orang Asal yang berjaya inilah yang mungkin dapat terus membela nasib Orang Asal yang terbiar dan terpinggir dari arus pembangunan negara. Alangkah malangnya kalau kawan-kawan saya ini juga terbiar
Tetapi masa depan mereka di bawah BN tidaklah cerah. Kegiatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli tidak pun mengambil kira atau menerima maklum balas dari golongan ini. Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka. Bila ditanya oleh Billy Abit Joo (BN-Hulu Rajang) sama ada pengiktirafan status Bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan, Nazri terus menjawab “tidak perlu”. Kata menteri itu, status Bumiputera telah pun diseleraskan dan digolongkan dalam 3 kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan. Tiga kategori itu ialah Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan “Bumiputera”? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera. Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya “Malays and the Natives of Sabah and Sarawak” dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini. Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya “pendatang” yang terpilih oleh UMNO sahaja mendapat keistemewaan.
Saya harap rakyat Malaysia dapat “bangkit” bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya,. Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpingtgir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kapada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka.
Read More - Bila pula Orang Asli itu “Bumiputra” -ZI

Mangsa liwat masuk lokap, Biasalah Malaysia

Oh! Krai Utara

Share

Metro: Malang berganda bagi seorang lelaki berusia awal 20-an apabila dia bukan sajadiliwat kenalan barunya empat kali, malah terpaksa meringkuk dalam lokap gara-gara melarikan kereta milik suspek ketika cuba menyelamatkan diri.
Lebih kejam apabila suspek mengikat kaki dan tangannya sebelum memuaskan nafsu songsangnya itu.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari pertengahan Februari lalu apabila mangsa mula berkenalan dengan suspek di sebuah pusat beli-belah.
Keesokan harinya, suspek menghubungi mangsa sebelum mempelawa untuk keluar bersiar-siar di sekitar ibu kota.
Biarpun keberatan, mangsa menurut kehendak lelaki terbabit kerana dia juga mahu keluar untuk mencari pekerjaan.
Menurut sumber, suspek menjemput mangsa ke rumahnya sebelum membawa mangsa keluar mencari kerja.
Difahamkan, selepas gagal mendapatkan pekerjaan sesuai, mangsa dibawa melepak di sekitar ibu kota sehingga lewat malam.
“Suspek mempelawa mangsa bermalam di rumahnya dan berjanji akan membawanya keluar semula mencari pekerjaan keesokan harinya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku bersetuju bermalam di rumah suspek di Pandan Indah di sini.
“Mangsa yang keletihan diarahkan suspek untuk tidur di sebuah bilik di rumah itu,” katanya.
Akibat terlalu letih, mangsa terus terlelap.
Sumber berkata, kesempatan itu digunakan suspek mengikat kaki dan tangan mangsa.
“Suspek menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum mengejutkannya dari tidur.
“Biarpun terjaga, mangsa yang berada dalam keadaan terikat tidak mampu berbuat apa-apa. Mangsa hanya merayu berulang kali supaya dikasihani, namun tidak diendahkan suspek,” katanya.
Suspek membaringkan mangsa sebelum meliwatnya berulang kali.
Sumber berkata, suspek melakukan perbuatan kejinya itu sebanyak empat kali manakala mangsa hanya mampu menangis menahan kesakitan.
“Selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek berbaring di sebelah mangsa, namun masih tidak melepaskan ikatannya itu.
“Ikatan pada kaki dan tangan mangsa hanya dilepaskan keesokan harinya sebelum suspek mengugut akan mencederakannya sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.
Mangsa yang ketakutan hanya mengangguk menandakan patuh arahan suspek.
Sumber berkata, mangsa melarikan diri keluar dari rumah berkenaan ketika suspek mandi.
“Mangsa menggunakan kereta milik suspek ketika melarikan diri,” katanya.
Namun, nasib malang terus menghantui mangsa apabila dia ditahan pihak berkuasa di Seremban, dekat sini, atas tuduhan mencuri kereta.
Mangsa diserahkan semula kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya di sini, untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang ditahan sejak beberapa hari lalu membuat laporan polis berhubung perbuatan keji suspek terhadapnya.
Difahamkan, mangsa kini masih meringkuk dalam lokap dan siasatan mengenai dakwaannya itu dijalankan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.
Read More - Mangsa liwat masuk lokap, Biasalah Malaysia

Tukar 2 Link Dengan Kami

Oh! Krai Utara

Share
Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Bertukar-tukar link adalah salah satu aktiviti yang amat popular bagi menambah trafik percuma ke blog anda dengan memperkenalkan blog anda kepada bloggers dan pembaca.

Tak dapat dinafikan lagi ia merupakan teknik paling mudah untuk di buat tanpa kos, Jadi disini kami ingin memberi peluang tersebut kepada anda dengan memperkenalkan blog anda kepada pembaca kami! jadi jangan lepaskan peluang ini.

Mungkin blog anda mempunyai niche yang menarik tetapi tidak diketengahkan, inilah peluang memberitahu khalayak kehebatan anda dalam berblog, semoga blog anda mencapai sasaran yang anda mahukan! seiring dengan kami.

Para blogger yang dihormati,

Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog dari seluruh Malaysia dan Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.


1. Nama Blog anda.
2. url blog anda. 


terima kasih, diatas sokongan.

http://kraiutara.blogspot.com/

I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here,  Krai Utara Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

1. Your blog's name.
2. Your blog's url.

Thanks for support.

http://kraiutara.blogspot.com/

Syarat Mudah 

saya memohon semua blogger yang blognya telah tersenarai di link blog ini mempamerkan lambang "http://kraiutara.blogspot.com/" di blog tuan-tuan atau letak pautan/link kami. terima kasih atau  salin/ copy kod di bawah dan tampal di blog anda. terima kasih.






kraiutara.blogspot.com

e-mail: amkbg@yahoo.com
Read More - Tukar 2 Link Dengan Kami

Zul Nordin, Terheret dalam kovensyen Al Kataki?

Oh! Krai Utara

Share

Zul Noordin, Kita Ikut Konvensyen Mana?
Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.
Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.
Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.
Ketua Pembangkang Parlimen
Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan. Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya. Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.
Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja? Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan? Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan? Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?
Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.
Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut? Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.
Kes MB kembar Perak
Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun. Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!
Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol. Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen? Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam. Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.
Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul. Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan). Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?
Lembaga Disiplin Parti
Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu. Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut. Konvensyen mana yang saudara pakai?
Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia. Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah. Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana? Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?
Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya! Zul Noordin pun tahu tentang ini. Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan). Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana? Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya? Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?
Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali? Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…
Read More - Zul Nordin, Terheret dalam kovensyen Al Kataki?

KedahLanie..!!: Apa Peliknya Kalau Kontrak Musa Ditamat Awal!

Oh! Krai Utara

Share

Oleh Mohd Sayuti Omar
KADANG-KADANG melucukan apa yang berlaku dalam negara ini. Macam-macam hal. Semalam bukan main lagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dengan memberi surat tunjuk sebab kepada editor kanan akhbar berbahsa Cina, China Press ekoran penyiaran berita kononnya KPN, Musa Hassan akan berhenti sempena hari polis 25 Mac ini dan diganti dengan timbalannya, Ismail Omar. Musa begitu marah dengan laporan berkenaan.

Menteri KDN, Hishamuddin Hussein juga turut berang dan mengatakan akhbar berkenaan bohong. Walaupun tidak ada siapa membuat spekulasi berhubung kenapa Musa akan berhenti, Hishamuddin menjelaskan hubungan beliau dengan Musa Hassan dan timbalannya Ismail Omar dan pegawai tinggi lain baik dan rapat.
Ekoran itu editor akhbar berkenaan juga akan dipanggil polis untuk direkod keterangan. Keterangan apa dan untuk apa? Mungkin berlaku salah lapor oleh akhbar berkenaan tetapi ia tidak nampak memberi implikasi besar kepada negara berhubung laporan itu kecuali kepada pihak tertentu.

Kedudukan indeks di brusa saham tidak jatuh merudum dengan laporan itu. Perletakan Musa sebagai KPN tidak menjejaskan prestasi negara baik politik dan keselamatan. Lainlah kalau dengan laporan itu menyebabkan indeks bursa saham, keadaan keselamatan negara terganggu, ada munasabahnya kalau pihak KDN atau Musa sendiri perlu bertindak ada laporan berkenaan.

Logiknya kalau tidak ada sumber dalaman yang memberi tahu laporan itu tidak akan keluar. Dalam hubungan ini pepatah yang berbunyi tidak ada angin masakan pokok bergoyang boleh diterima pakai. Cuma kalau pun berlaku kesilapan ialah mengenai tarikh pemberhentian itu saja.

Sesebuah surat khabar tahu tanggungjawab dan peranannya. Para editor juga tahu risiko yang bakal diterimanya sekiranya mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Makanya apa-apa laporan yang bersifat sensitif bukan sengaja dilakukan kalau tanpa sumber yang tepat dan kuat.

Yang menarik diri sini ialah laporan yang dikatakan bohong itu keluar selepas sehari Pesuruhjaya Polis Ramli Yusuf dibebas dan dilepaskan dari tuduhan rasuah. Apakah pembebasan Ramli itu memberi ilham kepada editor akhbar berkenaan untuk membuat spekulasi? Bahawa dengan pembebasan Ramli itu perlu diambil tanggungjawab oleh Musa Hassan yang dikaitkan ada peranan menyebabkan Ramli dihadap ke mahkamah.

Dan hari ini ternyata perkara ini terjawab. Hari ini Hishamuddin Hussein tidak semena-mena mengakui bahawa pengganti Musa akan dilantik pada September ini apabila tempoh kontrak Musa akan tamat. Nah bukan itu menunjukkan spekulasi laporan Chian Press itu benar, cuma bezanya tarikh saja? Bahawa Musa akan diberhentikan juga.

Kata Hishmuddin, dia sudah tahu siapa yang akan mengambil alih tempat Musa Hassan itu. Jadi apakah erti dan maknanya cemuhan dan kekesalan kepada Chian Press semalam. Inilah yang saya katakan pelik dan anih dan macam-macam. Semacam ada sesuatu yang sudah mula berbau yang cuba hendak diselindungkan di sini.

Sebenarnya Musa bernasib baik dengan salah laporan itu menyebabkan Hishamuddin melanjutkan tempoh penamatan sehingga penamatan kontrak berakhir September ini.

Laporan China Press itu tidak menjadi gempar dan menyusahkan Editor akhbar berkenaan kalau Musa Hassan dapat menahan diri tidak memberi komen. Tetapi kerana beliau beriya mempertahankan diri menyebabkan isu pemberhentiannya menjadi sebutan dan persoalan umum.

Dalam politik makin dinafi makin menjadi. Penafian dalam politik hukumnya ya. Dengan penjelasan berkali Hishamuddin yang mengatakan hirerki tertinggi polis akan disusun maka umum boleh mengesahkan bahawa Musa akan bersara dalam masa terdekat. Spekulasi itu walaupun bersifat spekulatif tetapi ternyata ia cukup menekan jiwa Musa. Sebab-sebab kenapa, hanya Musa Hassan sendiri yang mengetahuinya
Read More - KedahLanie..!!: Apa Peliknya Kalau Kontrak Musa Ditamat Awal!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...