Wakil PR serah Sumbangan untuk mangsa kebakaran

Oh! Krai Utara

Share
GUCHIL – Sumbangan berterusan dihulurkan kepada mangsa kebakaran yang berlaku dekat Guchil 6, Khamis lalu bagi membantu mereka menampung keperluan harian apabila semuanya musnah dalam kejadian yang berlaku kira- kira jam 4.30 pagi itu. 

Melalui Tabung Serambi Mekah, Pejabat Jajahan Kuala Krai juga turun padang menghulurkan bantuan kepada semua sembilan mangsa terlibat dekat sini semalam. 

Pegawai Jajahan Kuala Krai, Adnan Husin berkata, bantuan di bawah Tabung Serambi Mekah itu adalah bantuan segera untuk semua mangsa terlibat. 

“Kami amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa semua mangsa ini dan dengan itu bantuan segera ini diberikan untuk membantu mereka menguruskan segala keperluan masing-masing. 

“Semua mangsa menerima bantuan sebanyak RM500 setiap seorang bagi meringankan beban mereka yang kehilangan tempat tinggal dan yang terjejas sumber pendapatannya akibat kebakaran ini,” katanya kepada Sinar Harian sema-lam. 

Bantuan itu disampaikan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Tengku Khairul Anam Tuan Zamri yang mewakili ADUN Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria. 

Tengku Khairul berkata, beliau berharap semua mangsa dapat bersabar menghadapi ujian tersebut dan perlu bersyukur sekurang-kurangnya tiada kemalangan jiwa yang berlaku. 

“Saya mewakili ADUN Guchil berharap semua mangsa dapat bersabar menghadapi ujian ini yang menuntut ketabahan hati yang tinggi. 

“Dengan sumbangan yang diberikan ini saya harap ia dapat digunakan untuk membeli keperluan segera memandangkan mereka semua kehilangan tempat tinggal dan bagi peniaga pula kehilangan sumber pendapatan mereka,” katanya. 

Sementara itu, seorang mangsa, Zainun Hussin berkata, beliau amat berterima kasih kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dan wakil rakyat yang prihatin turun padang bersama Pe-gawai Jajahan Kuala Krai, Adnan Husin menghulurkan sumbangan kepada mereka. 

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang tampil memberikan bantuan segera kepada kami yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku. 

“Kami pasrah dengan ujian ini dan berharap agar kami dapat mencari tempat tinggal baru dan perlu memulakan hidup baru dengan segera,” katanya. 

Hadir sama pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdul-lah. 

Dalam kebakaran kira-kira jam 4.30 Khamis lalu, lima unit rumah kedai, sebuah pasar raya dan dua rumah kediaman musnah yang menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang. 

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Kuala Krai dan Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Machang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal kebakaran.-SH
Read More - Wakil PR serah Sumbangan untuk mangsa kebakaran

Azean Irdawaty Tidak Percaya Anaknya Terlibat Dengan Sindiket Dadah!

Oh! Krai Utara

Share


Seniwati Veteran, Azean Irdawaty Tidak Percaya Anaknya Benjy Terlibat Dengan Sindiket Dadah!


KUALA LUMPUR, 12 Mac [8.00 pm] - Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. "Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya. Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.



Benjy Kemungkinan Dihukum Mati Mandatori



Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan. “Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” Tambah pelakon filemTalentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. “Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. “Lagipun Kak Yan ‘Google’ (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.



[Melihat kepada penjelasan oleh Azean Irdawaty ini, terbukti biarpun dia adalah seorang pelakon terkenal namun dia gagal untuk membaca lakonan si anaknya sendiri. Jika benar bagai dikata yang anaknya senantiasa pokai dan menghadapi masalah kewangan, kenapakah Benjy mampu untuk tinggal di sebuah kondominium mewah itu agaknya. Apakah pelakon itu tidak pernah pergi ke rumah anaknya atau sengaja terkejut dengan apa yang berlaku. itu Malah, ujian klinikal juga telah membuktikan anaknya itu positif dadah. Bukan semua orang yang terlibat dadah kurus kering seperti yang diperkatakan, malah ramai juga yang kelihatan sihat dan tidak ada tanda-tanda terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu sebenarnya].


Read More - Azean Irdawaty Tidak Percaya Anaknya Terlibat Dengan Sindiket Dadah!

Mahkamah lepaskan bekas ketua JSJ komersial:Datuk Ramli Yusuff

Oh! Krai Utara

Share


ramli yusuff asset declare case 120310 04
Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.

Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.
Jawatan terakhir Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) dan beliau menyertai PDRM pada 1979.
Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini.
Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.

Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.baca lagi
Read More - Mahkamah lepaskan bekas ketua JSJ komersial:Datuk Ramli Yusuff

KERUGIAN TIDAK BERKAHWIN BAGI WANITA

Oh! Krai Utara

Share
tigosotigo.blogspot.com
Dewasa ini, kita dapati semakin ramai kaum wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.


Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.


Jikalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas.


Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ianya umpama talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk menyalakan lampu.


Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak ingin berkahwin dianggap jelek, menyerupai para pendeta Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.


Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah SWT pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah tatkala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.


Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya: "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab Baginda: "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."


Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Sekiranya suami redha dengan perlakuan seseorang isteri itu, maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan seorang suami.


Wallahua'lam.
Read More - KERUGIAN TIDAK BERKAHWIN BAGI WANITA

Ibrahim Ali, ali baba kah dia?

Oh! Krai Utara

Share
Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan. Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

Diantara Ali Dan Baba


Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.
Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat. Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya 

Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba. Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah. Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil..
Read More - Ibrahim Ali, ali baba kah dia?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...