Konsert Hiburan Alternatif 2010 ; Kumpulan Saujana & Kumpulan Dikir Hijrah
Oh! Krai Utara
Kumpulan Saujana & Kumpulan Dikir Hijra
h
bertempat di Dataran Sri Guchil (Bazar Ramadhan)
pada 12 mac 2010 hari Jumaat pukul 9.00 malam.
Semua dijemput hadir... masuk percuma...!!!
(Anjuran: Pemuda PAS Kuala Krai & Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan)
Tolong Ambil Zul Nodin Kalau Rasa Tak NAK Jadi PM, Encik Najib
Oh! Krai Utara

Gerakan kepada Najib:Jangan terima Zulkifli Noordin
Perdana Menteri Najib Razak dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diibaratkan sebagai "memasukkan pasir ke dalam mangkuk", seandainya UMNO menerima Zulkifli Noordin, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang dipecat PKR, sebagai anggotanya. Demikianlah umpama yang diibaratkan oleh Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan.Menurut Teng Hock Nan (gambar kiri), Zulkifli Noordin terkenal dengan pendiriannya yang ektrem dalam isu agama, malah sering menunjukkan tingkahlaku dan mengeluarkan hujah-hujah rasis yang melampau. Lantaran daripada itu, Zulikifli Noordin dipecat oleh PKR yang melabel dirinya parti berbilang kaum.
"Perkara yang sama berlaku kepada BN, terutamanya Najib yang menyarankan '1Malaysia' selepas menyandang jawatan PM. Parti komponen BN kini sedang berusaha ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni, adil dan saksama. Oleh itu, BN dan UMNO tidak boleh menerima ektremis perkauman seperti Zulkifli Noordin," katanya.lagi di sini
Oiii oiii Diam laa Mohsin nak jawab ni,
Oh! Krai Utara
Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bersedia tampil ke hadapan bagi mendedahkan “perkara sebenar" yang berlaku dalam PKR sehingga mendorong beliau keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Read More - Oiii oiii Diam laa Mohsin nak jawab ni,
“Saya sedia untuk ditemubual minggu hadapan,” katanya ringkas melalui satu SMS hari ini.
Mohsin berkata demikian ketika diminta mengulas usaha ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang yang mahu menganjurkan solat hajat supaya Allah menurunkan hukuman terhadapnya kerana didakwa khianat pada perjuangan. baca sini bro
Mahkamah Sah Sultan tak pernah Fail Cerai
Oh! Krai Utara
|
Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan, hari ini mengesahkan bahawa kes perceraian talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya, Che Puan Elia Suhana Ahmad, bukan difailkan sendiri oleh baginda.
Ketua Pendaftarnya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata kes itu difailkan oleh seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang bertindak sebagai plaintif.
Katanya dari segi prosedur, pendaftaran itu sah dan pihak pendaftar mahkamah boleh menerima permohonan memfailkan kes perceraian itu tanpa mengira siapakah individu berkenaan.
"Soal keputusan sama ada perceraian itu sah atau tidak mengikut undang-undang Islam, bergantung kepada keputusan Mahkamah yang akan mendengar kes berkenaan.
"Saya hanya boleh mengesahkan menerima permohonan untuk mendaftar kes penceraian antara Sultan Kelantan dengan isteri keduanya, Che Puan Elia... berdasarkan dokumen dan fail yang ada pada saya... itu saja," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, hari ini, lapor Bernama.
baca lagi di sini
2 Pelajar Cemerlang 15A dari Negeri Pakatan Rakyat, Negeri BN macam mana?
Oh! Krai Utara
KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammadi Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.
Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).
Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.
“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.
“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.
Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.
“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.




