Nik Aziz tak setuju kahwin bawah umur

Oh! Krai Utara

Share

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.
Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata. 

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya. 

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu," katanya.


Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi. 

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini. 

Nik Aziz berkata beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu. - Bernama
Read More - Nik Aziz tak setuju kahwin bawah umur

Pilhanraya PBT: Jerat Yang Terpasang Untuk Saudara Najib ku Sayang

Oh! Krai Utara

Share



THE CORRIDORS OF POWER 

Raja Petra Kamarudin

Sebenarnya, pelaksanaan pilihan raya PBT adalah berbahaya bagi kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Anda benar-benar tak tahu hasil pilihan raya itu nanti. Anda membaling dadu dan berharap bahawa nombor yang diperoleh memenuhi kehendak anda. Tapi siapa yang mampu mengawal balingan buah dadu?

Sedarkah anda bahawa sejak 8 Mac 2008, Pakatan Rakyat begitu lembab dari segi pelaksanaan pilihan raya PBT? Sebenarnya, saya tak salahkan mereka, pun. Kita ambil contoh Kelantan. Apa akan jadi jika PBT di Kelantan (yang dikuasai PAS) dikuasai UMNO? Kacaulah jadinya dek kerana PBT tak mengikut arahan kerajaan negeri. UMNO dapat memperalatkan PBT bagi mensabotaj PAS dan menjatuhkan kerajaan negeri.

Inilah yang menjadi kebimbangan Pakatan Rakyat, dan inilah sebabnya mereka sangat berhati-hati dalam dua tahun kebelakangan ni. Perkara ni seterusnya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Gerakan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan, blogger dan sebagainya mengeluh tentang betapa Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin. Ini (pilihan raya PBT) adalah salah satu janji yang dibuat Pakatan Rakyat pada pilihan raya Mac 2008, yang mana ia masih belum ditunaikan sehingga sekarang.

Akhirnya, Pakatan Rakyat tak boleh lagi bertangguh. Suka ataupun tidak, mereka terpaksa mengumumkan pelaksanaan pilihan raya PBT. Tapi ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat secara sendirian. Pelaksanaan pilihan raya PBT bukannya macam nak adakan jualan hujung minggu. Ia melibatkan hal undang-undang yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pihak yang mempunyai kuasa bagi melaksanakan pilihan raya PBT adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Misalnya, Pakatan Rakyat boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat kelulusan daripada Sultan (ataupun Gabenor bagi negeri-negeri yang tidak bersultan). Tapi selepas tu, mereka perlu memaklumkan kepada SPR Majlis bahawa DUN telah dibubarkan (ataupun kerusi tertentu kini kosong), dan terserahlah kepada SPR untuk memutuskan masa pilihan raya akan diadakan.

Hakikat yang sama terpakai bagi pilihan raya PBT. SPR adalah pihak yang mempunyai kuasa bagi menguruskan pilihan raya itu. Tapi ia hanya boleh dilakukan jika terdapat peruntukan undang-undang bagi melaksanakannya. Kalau tak, maka undang-undang baru perlu diperkenalkan, yang membolehkan dan memperuntukkan pelaksanaan pilihan raya PBT.

Inilah masalah yang akan dihadapi Pakatan Rakyat. Parlimen dikawal oleh Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Rakyat. Barisan Nasional tak mahu pilihan raya PBT diadakan atas sebab yang sama yang menghantui PAS. Jadi, usaha ini (pengenalan undang-undang baru) pasti akan dihalang di Parlimen.

Mari kita ambil Perak pula sebagai contoh. Katakanlah mereka mengadakan pilihan raya PBT di Perak, yakni sebuah negeri Barisan Nasional. Katakan pula Pakatan Rakyat menguasai semua ataupun sebahagian besar PBT. Bolehkah anda bayangkan betapa peningnya Barisan Nasional nanti? Perak akan menuju ke arah yang bertentangan dengan arahan kerajaan negeri. Dalam keadaan itu, Pakatan Rakyatlah yang menguasai Perak, dan bukannya Barisan Nasional.

Selain tu, Barisan Nasional tak boleh mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja. Jika pilihan raya PBT diadakan, maka ia perlu melibatkan seluruh negara. Apakah natijahnya kalau hanya empat negeri Pakatan Rakyat yang mengadakan pilihan raya PBT, sedangkan negeri-negeri Barisan Nasional tak berbuat demikian? Kalau begitu, maka pada pilihan raya akan datang, para pengundi di negeri-negeri itu akan mengundi Pakatan Rakyat supaya mereka juga dapat mengadakan pilihan raya PBT.

Lim Guan Eng telah mengambil langkah yang begitu bijak dan saya memang angkat topi padanya. Dia merenung Najib dan Najib yang berkedip terlebih dahulu. Khalid Ibrahim juga telah membuat pengumuman yang serupa. Ustaz Azizan dan Tok Guru Nik Aziz juga harus mengumumkan bahawa Kedah dan Kelantan akan mengikut jejak langkah kedua-dua negeri itu. Ini pasti memerangkap UMNO.

Jika Najib bersetuju untuk mengadakan pilihan raya PBT, habislah dia. Banyak negeri akan terlepas dari genggaman Barisan Nasional. Sebaliknya, kalau Najib tak bersetuju, maka akibat lain pula menantinya. Pakatan Rakyat akan memperoleh kelebihan kerana mereka tidak hanya dianggap lebih demokratik, tetapi juga lebih progresif.

Seperti yang saya katakan tadi, Lim Guan Eng telah mengambil langkah yang bijak. Barisan Nasional kini dah masuk ke dalam jeratnya. Guan Eng, saudaralah wira kami! Hidup Guan Eng!


Translated by Jason from original artical published here.

Read More - Pilhanraya PBT: Jerat Yang Terpasang Untuk Saudara Najib ku Sayang

Khalid Ibrahim Guna Duit Hutang Talam untuk....

Oh! Krai Utara

Share
RM50 Juta Hutang Talam Jadi Dana Mikro Kredit

Dari TV Selangor
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Kerajaan Selangor akan menggunakan hasil kutipan hutang dari Talam Corporation bagi membangunkan program Pimpinan Mikrokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di Selangor.
Kutipan hutang bernilai 50 juta ringgit itu akan dijadikan dana permulaan bagi memastikan semua masyarakat miskin di negeri ini dibela tanpa mengambil kira faktor kaum, agama mahupun kepartian.
Program itu akan dilancar dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.

Bercakap dalam majlis penyerahan watikah kepada ketua kampung di Selangor, Menteri Besar di Stadiyum Malawati, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program itu akan dilaksanakan mengikut perbankan Islam.
Program mikrokredit itu berkonsepkan Qardhul Hassan iaitu sistem yang digunapakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Gramen Bank yang telah Berjaya membantu golongan miskin di negara ini.

“Kita mengenal pasti lebih dari RM50 juta dikutip dari Talam Corporation dan kutipan itu akan disalur melalui MBI dan digunakan untuk program mikrokredit yang dilaksanakan mengikut perbankan Islam,” katanya.
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

Sebelum ini, kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam berjumlah RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Read More - Khalid Ibrahim Guna Duit Hutang Talam untuk....

MCA tidak hirau sensetiviti UMNO

Oh! Krai Utara

Share
MCA meletakkan Islam sebagai tebusan untuk kuatkan parti

oleh MUMMY ROKIAH

Di antara lima resolusi MCA yang diluluskan didalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 ialah meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Nampaknya di dalam suasana porak-peranda dalam Parti MCA ternyata mereka mengambil kesempatan meletakkan hukum Islam khasnya dan Islam amnya sebagai tebusan untuk memperkuatkan parti mereka.
Mereka tidak lagi menghiraukan sensitiviti rakan mereka UMNO di dalam Barisan Nasional. Apakah selama ini wanita yang beragama Islam dalam Negara ini dizalimi tanpa peri kemanusiaan? Atau apakah selama ini wanita Islam didiskriminasikan?

Persoalannya apakah UMNO akan beralah di dalam soal ini demi untuk memperkuatkan rakan mereka MCA dalam BN.
http://mummyrokiah.blogspot.com
Read More - MCA tidak hirau sensetiviti UMNO

Menteri KAGAT kata Nik Aziz Rendahkan Mufti

Oh! Krai Utara

Share
Kenyataan Nik Aziz Rendahkan Mufti - Jamil Khir


ROMPIN, 8 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai agen UMNO adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.



Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.


"Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen UMNO? lagi di bernama



Read More - Menteri KAGAT kata Nik Aziz Rendahkan Mufti

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...