Teoh dicekik sebelum jatuh - Dr Shahidan Md Noor

Oh! Krai Utara

Share
Malaysia kini Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor hari ini disoal bertubi-tubi oleh dua peguam berhubung terdapat kemungkinan Teoh Beng Hock dicekik atau dijerut sebelum jatuh daripada Plaza Masalam pada 16 Julai tahun lalu.

Beliau disoal oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dan peguam yang dilantik kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar sama ada terdapat kemungkinan itu bagi merungkai misteri seputar kematiaannya, sehari sebelum perkahwinannya.

Menjawab soalan Gobind yang juga ahli parlimen Puchong, Dr Shahidan bersetuju bahawa Teoh kemungkinan beliau dicekik atau diseksa sebelum jatuh dari tingkat 14 plaza tersebut.

"Senario itu kemungkinan boleh berlaku, tetapi kebarangkaliannya rendah," katanya, yang melakukan pembedahan kali kedua pada 22 November lalu.

Shahidan diminta oleh Malik dan Gobind supaya menjelaskan kesan tanda merah (yang tercalar di leher Teoh dari kiri kekanan) selepas ditunjukkan sekeping gambar daripada bedah siasat yang pertama. Kesan itu jelas seperti yang dinyatakan dalam laporannya.

Read More - Teoh dicekik sebelum jatuh - Dr Shahidan Md Noor

ADUN Umno tarik balik sokongan usul isu royalti

Oh! Krai Utara

Share
Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily - bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.


Read More - ADUN Umno tarik balik sokongan usul isu royalti

Isu Royalti: Sidang DUN lulus sebulat suara agar Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi

Oh! Krai Utara

Share

Kelab Greenboc

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi.
Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.
Bagi pihak BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata “sokong” ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.
Speaker, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
Sebelum itu beliau menanyakan sokongan terhadap usul tersebut.
Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).
Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.
Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.
Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.
Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.
“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”
Abdullah berkata, sebanyak 13 negeri di negara ini telah menandatangani penyerahan hak pada 1975 dan 1976 kepada Petronas bagi membolehkan carigali minyak dijalankan tanpa mengambil kira jarak kedudukan lokasi minyak.
Oleh itu katanya, mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagai balasan terhadap penyerahan kepunyaan dan hak-hak kuasa dan keistimewaan itu, Petronas hendaklah membuat bayaran tunai kepada negeri.
Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).
Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.
Zulkifli Mamat (PAS–Pulai Chondong) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut berkata, biar pun beliau menyokong penuh usul tersebut namun cukup sedih apabila ada pihak gagal memahami perjanjian yang dibuat pada 1975.
“Saya cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.
“Sedangkan semangat atau moral perjanjian itu Petronas perlu membayar wang tunai kepada negeri berdasar kepada petroleum yang dijumpai di negeri terbabit,” ujarnnya.
Menurutnya, suatu kezaliman telah berlaku di mana kerajaan pusat lebih mengutamakan politik apabila cuba menafikan hak yang sepatutnya diperolehi kerajaan Kelantan.
Kata beliau, amat mudah untuk memahami semangat perjanjian tersebut, di mana Pak Mat dan Pak Leh di kampung pun diyakini boleh faham.
Beliau berkata, tuntutan royalti sebenarnya tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab mereka seperti terkandung dalam perjanjian.

Beliau juga mencadanngkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula setiap perjanjian dengan mana-mana pihak dalam tempoh 10 tahun sekali.
Zulkifli juga berhujah sekiranya kuasa carigali diberi kepada syarikat asing Kelantan mampu menikmati royalti sehingga 25 peratus.
“Perkara itu pernah berlaku di mana Sarawak sebelum ada PDA telah menandatangani perjanjian dengan Shell, di mana syarikat tersebut memberi royalti antara 8 hingga 12 peratus kepada negeri berkenaan,” tambahnya.
Read More - Isu Royalti: Sidang DUN lulus sebulat suara agar Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi

Kematian Syafiah Humairah tamparan hebat kepada Kerajaan dan rakyat

Oh! Krai Utara

Share


Kematian Syafiah Humairah tamparan hebat kepada Kerajaan dan rakyat

Parti-Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa kesal dan dukacita diatas kematian seorang anak kecil yang tidak berdosa, Syafiah Humairah Sahari. PAS melihat kematiannya adalah tamparan hebat kepada Kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat dinegara ini.
PAS yakin, majoriti rakyat dinegara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung dikhalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya. PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini.
PAS juga menyeru kepada Kerajaan untuk menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah. Usha murni membina masyarakat bukan tergantung kepada satu Kementerian ini sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat dinegara ini.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan harus membantu untuk memberikan input-input positif dalam masyarakat dan bukannya melambakkan masyarakat dengan dunia hiburan sahaja. Kajian terhadap kehidupan dan cara fikir rakyat perlu dibuat secara kerap dan tidak hanya bergantung pada kempen-kempen budi bahasa yang mengahbiskan duit rakyat dengan begitu banyak pelancaran dan konsert.
Kes Syafia ini juga menuntut agar rakyat kembali kepada cara hidup Islam dan menjadikan keluarga sebagai nadi kekuatan bagi setiap anggotanya. Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat. PAS yakin bahawa ramai lagi anak-anak malang yang hidup dalam suasana seperti Syafia dan perlukan perhatian masyarakat.
Oleh itu PAS berharap agar rakyat dan Kerajaan keluruhannya bekerjasama bagi memulihkan sistem masyarakat yang kian terdedah kepada keganasan ini. Tidak guna jika negara ini maju dan menjadi global player tetapi dalam masa yang sama kita hilang identiti sosial untuk diwariskan pada generasi akan datang. PAS yakin, hanya Islam yang mampu berikan kesejahteraan dan perlindungan bagi setiap insan.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read More - Kematian Syafiah Humairah tamparan hebat kepada Kerajaan dan rakyat

Alhamdulilah Adik Najib pon ada dalam 40 terkaya diMalaysia

Oh! Krai Utara

Share

Nazir Razak 40 terkaya diMalaysia, CIMB sapa punya

Baru baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.


Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Read More - Alhamdulilah Adik Najib pon ada dalam 40 terkaya diMalaysia

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...