Pilih Warna ke pilih Bulu Zambry Oiii,

Oh! Krai Utara

Share

 Saranan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang "pilih bulu".
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemimpin pembangkang tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka.
"Sebagai contoh, semasa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat... Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyambutnya dengan baik dan tiada desakan untuk mengosongkan kerusi.
"Mereka tidak akan membangkang perkara yang memberi kelebihan dan keuntungan kepada mereka tetapi apabila kena batang hidung sendiri lain pula ceritanya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina Perak di Hotel Impiana di sini hari ini.
Semalam Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata tindakan Zahrain yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lepas dan menjadi anggota Parlimen Bebas, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.
Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru. - BERNAMA
Read More - Pilih Warna ke pilih Bulu Zambry Oiii,

Di manakah Hero yang bernama Zul Nordin sewaktu Kes Rogol Bro Rahim Thamby Chik

Oh! Krai Utara

Share

Marah betul Zul Nordin dengan DAP sekarang ni. Sampai bagi 9 dalil kenapa DAP belot pada Pakatan Rakyat. Dan beliau memberi senarai tersebut dalam blog beliau.

Cuma saya nak tanyanya, kalau dia marah sangat pada DAP dan Lim Guan Eng, dimanakah beliau sewaktu kes rogol Rahim Thamby Chik. Dari maklumat yang saya dapat, di kala itu YB Zul Nordin adalah ahli UMNO Bahagian Bukit Bintang bersama-sama dengan Azalina Othman dan Hamid Albar.

Dan yang kita nampak hanya Lim Guan Eng sahaja yang menerima padah dalam usaha beliau membela mangsa rogol tersebut. Betul tak?

NAK JAWAB ZUL NORDIN PASAL TUDUHAN BELIAU

Antara tuduhan beliau adalah:
“tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;”.

Kenapa Zul Nordin gunakan contoh ni? Dalam isu SELCAT, bukan Tony Pua seorang sahaja yang menentang tindakan Hasan Ali. Semua pimpinan parti melakukan demikian. Ini termasuk YB Khalid Samad, YB Saari Sungip, beberapa pimpinan KeAdilan dan sebagainya. PEndek kata semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat menentang Hasan Ali dalam isu ini. Kenapa hanya senaraikan Tony Pua?
Kalau Tony Pua jahat kenapa DPPPJU memberi ucapan seperti berikut:



Siap buat ceramah lagi jemput Tony Pua:
Videos Posted by Dewan Pemuda Pas Pju 

Zul Nordin sebenarnya dah takda modal. Semua dalil yang beliau bawak tak logic dan tak benar. Semuanya menandakan identity sebenar beliau, yakni seorang BARUA dan AGEN UMNO dalam Pakatan Rakyat.

Semoga Allah SWT membalas pengkhianatan Zul Nordin ini.

Tulang Besi

ps di bawah adalah senarai dalil yang dibawa oleh Zul Nordin. Bacalah perkara mengarut yang beliau telah senaraikan ini.
1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;

2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;

3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;

4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;

5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;

6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;

7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;

8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;

8. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;

9. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;
 sumber
Read More - Di manakah Hero yang bernama Zul Nordin sewaktu Kes Rogol Bro Rahim Thamby Chik

Kelantan Tak Adakan Sambutan Maulud

Oh! Krai Utara

Share
Sinar Harian - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan. 

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. 

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. 

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam. 

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan. 

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar. 

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya. 

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum. 

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur. 

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina. 

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya. 

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam. 

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam. 

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi. 

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya.
Read More - Kelantan Tak Adakan Sambutan Maulud

Scorpene tak boleh terbang

Oh! Krai Utara

Share

Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya
Read More - Scorpene tak boleh terbang

Kerja demo putar belit kenyataan je ke?

Oh! Krai Utara

Share
Jangan putar belit kenyataan Tok Guru: Pemuda Pas 

Dewan Pemuda Pas Kelantan menggesa semua pihak tidak memutarbelitkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhasrat untuk duduk bersama dengan UMNO bagi membincang isu berkaitan agama Islam. 

Ketuanya, Abdul Latif Abd Rahman berkata, kenyataan Nik Aziz mengenai cadangan tersebut adalah bertitik tolak dari seminar kalimah Allah yang dihadiri oleh beberapa pemimpin agama. 

“Cadangan ini dikeluarkan bertitik tolak sekiranya Pas boleh mengadakan dialog dengan Kristian, Hindu dan Budha, maka tidak salah jika Pas turut berdialog dengan UMNO atas dasar agama. 

“Saranan Tok Guru berkisar kepada kenapa UMNO menolak Islam sebagai cara hidup termasuk dalam sistem bernegara dan di mana kesilapan Pas dalam memperjuangkan Islam. Ia tidak sama sekali dengan cadangan kerajaan perpaduan yang telah ditutup,” katanya semalam. 

Baru-baru ini, Nik Aziz meminta agar persengketaan antara Pas dan UMNO selama 50 tahun dihentikan dan kedua-dua parti itu duduk bersama bagi membincang masalah berkaitan agama. 

Cadangan itu, menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra serta ada yang mengaitkan ia adalah strategi politik Menteri Besar Kelantan itu bagi menutup kepincangan yang melanda parti tersebut. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan pemuda UMNO yang menyarankan Nik Aziz membuat pertemuan dengan DAP terlebih dahulu, Abdul Latif berkata, cadangan tersebut dilihat angkuh dan tidak mencerminkan bahawa Pergerakan Pemuda parti itu tidak berminat untuk membuat perbincangan. 

“Persoalannya bilakah DAP secara terang terangan menolak Islam sebagaimana yang didakwa Anuar? Bagaimana pula dengan Gerakan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang secara terang-terangan mengangkat sepanduk menentang hudud. 

“UMNO sememangnya tidak berminat untuk berbincang untuk kebaikan agama. Apa yang mereka inginkan hanyalah menangguk keuntungan politik dari kenyataan Tok Guru tersebut,” katanya. sumber
Read More - Kerja demo putar belit kenyataan je ke?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...