Apakah Hukum Sambut Valentine

Oh! Krai Utara

Share
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tarikh 14hb Februarimerupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine -sumber cina islam
Read More - Apakah Hukum Sambut Valentine

Kesan Kemenangan Zambry Kepada Politik Perak menurut A Kadir Jasin

Oh! Krai Utara

Share
PERINTAH Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan negeri berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan ini menamatkan harapan bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas Pasir Panjang) untuk mendapatkan semula jawatannya.

Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).

Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:

“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”

Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-

1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;

2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;

3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;

4. Isu moral akan selesai hanya apabila hal ini dirujuk kepada pengundi;

5. Rujukan kepada pengundi ini mungkin berlaku apabila pilihan raya umum diadakan atau lebih awal dalam bentuk pilihan raya negeri;

6. Masalah Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) keluar parti atau lompat parti memerlukan pemikiran dan tindakan lanjut;

7. Penyelamat keadaan adalah tiga Adun yang keluar parti itu tidak menyertai BN. Mereka kini Adun Bebas dan memberi sokongan kepada BN;

8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan

9. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.
Read More - Kesan Kemenangan Zambry Kepada Politik Perak menurut A Kadir Jasin

Dr Abd Basit : forum untuk tunjuk hebat!

Oh! Krai Utara

Share


Wawancara Utusan dengan Dr Abd Basit Abd rahman



Henti forum untuk tunjuk hebat



MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbincangan wahhabi ini, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia disimpulkan sebagai sesat?



DR. BASIT: Dalam membincangkan bab ini, kita perlu membezakan antara fiqh dan akidah.


Dalam bab fiqh, golongan wahhabi pada asasnya berpegang kepada mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali). Sebab itu, antara negara yang menyebar luaskan kitab fahaman ini adalah Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah yang telah ditahqiq (disemak dan dibetulkan kesilapannya cetak) secara ilmiah oleh Dr. Abdul Muhsin Al-Turki (Setiausaha Agong Rabitah Alam Islami). Dan hampir semua kitab-kitab besar mazhab Hambali itu sudah pun dicetak dan dibahagi secara percuma juga dijual.bukan hanya kitab fiqh, termasuk juga bidang hadis seperti musnad imam ahmad yang telah dicetak sebanyak 50 jilid 

dalam negaranya sendiri, dustur (perlembagaan) negara ialah al- kitab dan as-sunah. pada asasnya, amalan mereka adalah bersandarkan mazhab hanbali, namun dalam pengamalan mereka adalah mengambil hukum berdasarkan dalil-dalil yang rajih (kuat dan terpilih). Tarjih dibuat dalam menerima pandangan-pandangan, tujuannya untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati dari segi syarak (rajih)

Dari segi akidah pula, yang selalu disebut adalah mengikut mazhab salafus saleh. Cuma perbezaannya dalam masalah ini adalah antara manhaj dan peribadi.

Manhaj salaf (tiga kurun terawal antaranya Imam Ahmad) secara umum, mungkin pandangan ulama yang mutakhir wujud tau terdapat perbezaan dalam menerima dan menghuraikan pandangan golongan salaf. Bila ada kesilapan/kekeliruan pegangan kita adalah bersandarkan kepada ulama salaf yang terdahulu.

Semasa bermulanya dakwah/gerakan yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab di Najdi itu keadaan masyarakatnya dipenuhi dengan beberapa amalan khurafat. Oleh itu, boleh jadi pendekatan beliau itu sesuai ketika itu.

Hari ini, keadaan sudah berubah, suasana dan keadaan aman, masyarakat juga semakin berilmu, jadi pendekatan baru harus digunakan secara berhikmah.

Untuk mengatakan wahhabi itu sesat atau tidak, elok kita rujuk kepada kenyataan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.






MEGA: Berpandukan hadis bermaksud agama itu mudah, adakah bersandarkan hadis ini mewajarkan kita memudahkan banyak hal dalam agama termasuk bab berniat dan pengajian akidah?



DR. BASIT: Hadis itu bermaksud: Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka. (riwayat al-Bukhari)


Memang agama Islam itu mudah. Tetapi yang salah itu adalah mempermudahkan agama. Dalam bab fiqh misalnya, banyak pandangan dalam kitab-kitab yang perlu diteliti atau dikaji semula.

Sebabnya, ada pandangan yang bersifat uruf (keadaan setempat/ semasa) kerana ada pandangan lain yang lebih baik dan sesuai. Contohnya dalam bab thaharah (bersuci), pembahagian air, sebab adakalanya terlalu menekankan perkara tersebut kita boleh jadi was was.

Dalam bab akidah, kita kena lihat realiti. Waqi' (keadaan) umat Islam di negara kita amnya lebih kepada mendengar, pasang telinga daripada mengaji kitab.

Bila hanya mendengar, maka pengajiannya juga harus dibuat secara mudah dengan menyebut masalah, nas dan dalil yang lebih senang difahami. Ia tidak masuk perbahasan falsafah.

Bagi pelajar yang mengkhusus dalam bab akidah tidak ada masalah untuk menjurus perbahasan bab mantiq dan falsafah. Semua ini adalah cabang ilmu sekali gus menjadikan ilmu-ilmu yang menajamkan minda dalam bab perbahasan dan kaedah untuk memahami uslub kitab Turath (peninggalan ulama silam).


MEGA: Apakah jalan penyelesaian dalam 'krisis' ASWJ dan wahhabi yang jelas merugikan masyarakat ini?



DR. BASIT: Untuk menyelesaikannya memang sukar, sudah lama khilaf itu berlaku, masing-masing mendakwa dialah yang benar. Untuk mencari titik persamaan kita mesti kembali kepada kurun-kurun terawal sebelum negara Islam diserang fahaman muktazilah. (Muktazilah adalah golongan yang menggunakan akal lebih daripada dalil).


Penafsiran agama ini sepatutnya dikembalikan kepada asal iaitu dengan rujukan utama al-Quran dan hadis kemudian pandangan para sahabat dan tabi'in sebagaimana hadis di atas tadi.

Dalam hal ini, saya teringat kata-kata Imam Malek yang masyhur iaitu: "ORANG YANG TERKEMUDIAN DARIPADA UMAT INI SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT DIPERBAIKI, KECUALI DENGAN CARA YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAIKI ORANG PADA ZAMAN PERMULAANNYA".

Bila merujuk pandangan mutakhir yang sudah ada perbahasan falsafah, perpecahan sudah berlaku. Bukan kita nak kata ulama mutakhir tidak boleh diterima tetapi asas perbincangan mestilah kepada ulama terdahulu. Pandangan mutaakhirin diterima sebagai sokongan.


MEGA: Dalam agama diharuskan perbezaan pendapat. Tetapi apakah garis panduan yang perlu dipatuhi dalam bab ini?



DR. BASIT: Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat sehinggalah ke hari ini.


Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I'tisom 2/191 menyebut: "Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiah. Pertama kali ia berlaku pada zaman khulafah ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain."

Antara garis panduan dalam berbeza pendapat adalah meletakkan niat yang baik. Berbincang untuk mencari kebenaran. Sebab itu kata ulama, sebelum berbincang hendaklah kita kosongkan dahulu pemikiran, bukan datang dengan resolusi yang sudah tersedia.

Kedua, tumpukan kepada isu. Kalau isunya tahlil, hendaklah dibincangkan secara terperinci adakah ia tidak boleh, bercanggah atau dibolehkan dalam Islam dengan dalil dan sandaran.

Ketiga, bukan semua yang khilaf itu boleh dijadikan dalil. Ijtihad adalah bagi perkara yang tidak ada dalil tetapi bagi khilaf yang ada dalil kuat, maka kita kena wajib kembali kepada dalil. Seperti dalam surah al-Hasyr ayat 7.

Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada peribadi tokoh tanpa dalil atau khilaf yang tidak muktabar. Sebabnya, dalam Islam tidak ada pemujaan kepada tokoh.


MEGA: Barangkali, pokok permasalahan ini adalah kerana kita tidak didedahkan dengan amalan pelbagai mazhab. Mungkinkah sudah tiba masanya, kita lebih terbuka terhadap perbezaan mazhab?



DR. BASIT: Memang sistem pengajian kita di kolej dan universiti perlu diperluaskan. Ia perlu mendedahkan pelajar kepada perbahasan dalam empat mazhab yang muktabar.


Kalau kita lihat sejarah, ulama besar dalam mazhab pun di peringkat awal sudah berlaku perpecahan. Imam Abu Hanifah misalnya berpecah dengan pengikut setianya iaitu Imam Abu Yusuf dan Muhamad Ibnu al-Hasan.

Imam Syafie pun berbeza pandangan dengan sahabatnya al-Muzani. Tetapi ia tidaklah menimbulkan tuduhan yang Muzani derhaka kepada gurunya.

Dalam kajian tesis Ph.D, saya mengkaji tokoh bernama Abu Said al-Istakhri r.h yang meninggal dunia pada tahun 328H. Beliau mendapat gelaran ashabul wujuh iaitu ulama Syafie yang ada pandangan sendiri.

Daripada 240 masalah yang dikumpul 150 daripadanya menyalahi pandangan mazhab Syafie. Selepas dibuat perbandingan terdapat beberapa pandangan beliau yang lebih hampir kepada al-sunnah (dalil).

Ulama kontemporari, Dr. Yusuf Qaradawi dan Dr. Wahbah Zuhaily juga berbeza pandangan dalam bab fiqh tetapi mereka masih berpandukan ulama terdahulu. Apabila tarjih (pilih) mereka memilih pandangan yang kuat sesuai dengan masa berdasarkan dalil atau maqasid.


MEGA: Kita juga disuruh berlaku adil dalam menghukum. Namun dalam suasana perbezaan pandangan yang berlaku kini, wajarkah dilabel sesuatu pihak itu sesat?



DR. BASIT: Kita tak boleh paksa orang ikut kita, jadi kena kembali kepada ayat Allah yang menyuruh berlaku adil. Jangan sesekali hukum secara borong orang ini sesat, bidaah atau sebagainya.


Sepatutnya, kita menyebut kebaikan mereka dan senaraikan di mana perbezaan kita dengan mereka. Sebabnya majoriti umat yang ada hari ini berada dalam keadaan tidak mendalami ilmu agama bahkan ada yang langsung tidak menghiraukan agama.

Jadi, tumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk mengembalikan mereka ke landasan yang lurus. Kepakaran dan tenaga yang ada jangan dihabiskan dengan forum atau seminar untuk menunjukkan kekuatan ilmu dan menyesatkan orang lain.

Kita kena terima hakikat bukan mudah hendak menyatukan manusia. Negara yang ramai ulama bermazhab Hanbali pun bukan semuanya bersatu dalam mazhab itu. Deminian juga yang menjadi satu mazhab sebagai asas perundangan, rakyatnya berpegang dengan pelbagai mazhab Islam. Oleh itu, tumpuan kepada titik persamaan, berlapang dada (al-tasamuh) dalam perkara khilaf. Amat rugi apabila para pendakwah yang kita nampak mereka ikhlas berjuang menyebarkan ajaran Islam telah disempitkan ruang dakwah mereka dengan tuduhan/tohmahan (jumud, taasub, pemecahbelah dan lain-lain)

Yang penting masing-masing berpegang kepada dua tunggak utama iaitu al-Quran dan hadis. Ingatlah firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 59.


Read More - Dr Abd Basit : forum untuk tunjuk hebat!

Gambar Akiviti ADUN Mengkebang

Oh! Krai Utara

Share

Sumbangan kepada pasukan seni silat bermin bersatu pasir kelang, upacara diadakan di pusat khidmat masyarakat adun mengkebang.Gambar: guru silat -muhammad alias ismail diperhatikan oleh penghulu mukim - pasir kelang haji adam bin mohamad dan wakil peserta - mohd fakrul hakim





Solat hajat dan majlis anugerah pelajar cemerlang (PMR 9A) serta sumbangan pakaian seragam sekolah kepada pelajar baru sekolah menengah agama (arab) as saadah mengkebang 
80 orang.



Berucap di dalam program memperkasa Jabatan Amal Kelantan yang berlangsung di Madu, Machang.


Anggota unit amal tekun mendengar ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kelantan



Menyampaikan ucapan dalam satu majlis anugerah pelajar cemerlang anjuran Pasti Negeri Kelantan


bergambar beramai ramai sempena majlis penyampaian watikah dan majlis angkat sumpah penghulu di balai islam. Penghulu dalam parlimen kuala krai bergambar bersama ketua jajahan kuala krai, ahli parlimen dan adun.




YB Ustaz Abdul Latiff menyerahkan watikah pelantikan kepada pengarah Majlis Tindakan DUN Guchil.



YB menyampaikan sumbangan untuk program pengajian kitab kilat anjuran AJK masjid Sungai Pas



YB Ustaz menyampaikan syarahan sempena perasmian pengajian kitab kilat di masjid mukim sungai pas.


Read More - Gambar Akiviti ADUN Mengkebang

Penyewa dajal

Oh! Krai Utara

Share

AMPANG: “Disebabkan penyewa saya yang terpaksa menanggung bebannya,” kata Jaafar Abdul Aziz, 69, pemilik rumah teres setingkat di Ampang Jaya, dekat sini, yang menanggung akibat apabila diminta membayar bil elektrik rumah sewa miliknya berjumlah hampir RM10,000.
TERTUNGGAK
...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
TERTUNGGAK ...Jaafar menunjukkan bil elektrik hampir RM10,000 lebih yang tidak mampu dilangsaikan.
Menurut Jaafar, bil elektrik terakhir pada November lalu RM9,650.05 dan sekarang dijangka semakin bertambah.
Katanya, rumah yang disewakan sejak lebih 10 tahun lalu kini dipotong bekalan elektrik sejak Ogos tahun lalu selepas penyewa berpindah empat bulan sebelum itu. baca lagi di my metro
Read More - Penyewa dajal

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...