Kronologi Krisis Politik Kerajaan Perak

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini membuat keputusan berhubung siapakah antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.
17 Mac 2008: - Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
1 Februari 2009: - Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR itu nafi meletakkan jawatan.
3 Februari 2009: - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.
4 Februari 2009: - Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menyokong BN. BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.
5 Februari 2009: - Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.
6 Februari 2009: - Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008. - BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.
13 Februari 2009: - Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
6 Mac 2009: - Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.
23 Mac 2009: - Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.
3 April 2009: - Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.
11 Mei 2009: - Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
12 Mei 2009: - Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
22 Mei 2009: - Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.
19 Jun 2009: - Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.
5 November 2009: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.
9 Februari 2010: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan. - BERNAMA
Read More - Kronologi Krisis Politik Kerajaan Perak

Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon

Oh! Krai Utara

Share

BESAR tanggungjawab untuk bergelar ikon kerana masyarakat memandang ikon itu merupakan satu ikutan, inspirasi dan semangat yang positif.
Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.
Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.
“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy. baca lagi 
Read More - Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon

Angpau untuk Warga emas kaum Cina DUN Guchil

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI - Warga emas kaum Cina yang bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi bersama-sama diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria dalam satu majllis agihan angpau dekat sini, semalam. 

Tuan Zamri Ariff berkata, majlis tersebut yang diadakan setiap tahun khusus untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada warga emas dalam suasana masyarakat pelbagai kaum. 

Menurutnya, walaupun dalam pelbagai kemelut yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab yang mengapi-apikan isu perkauman, semua itu tidak boleh diambil kira dan semua anggota masyarakat perlu bersatu padu. 

“Walaupun sebelum ini negara digemparkan dengan pelbagai isu perkauman dan sebagainya, kita di Kelantan yang sentiasa aman dan hidup bersatu padu. 

“Kita perlu hargai apa yang kita ada di negeri ini dan tidak perlu menghiraukan pergolakan dan perselisihan yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab untuk meruntuhkan perpaduan kaum di negara ini,” katanya. 

Beliau berkata, kehidupan pelbagai kaum yang sentiasa aman di Kelantan ini termasuk kaum Cina, India, dan minoriti Siam tidak perlu tergugat dengan pelbagai isu berkaitan sebaliknya harus saling percaya dan bersatu. 

Katanya, keamanan yang ada di Kelantan ini perlu dipertahankan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai aktiviti bersama termasuk meraikan hari kebesaran masing-masing. 

“Walaupun saya seorang wakil rakyat berbangsa Melayu tetapi saya juga adalah wakil rakyat kaum Cina dan India di Kuala Krai ini kerana mereka semua pelbagai kaum yang memilih saya. 

“Justeru apabila terdapat keraian kaum lain juga kita perlu sama-sama raikannya sebagai tanda persahabatan di antara semua kaum,” katanya. 

Hadir sama pada majlis agihan angpau tersebut ialah isteri Tuan Zamri Ariff iaitu Tengku Zainab Tuan Lah, Penghulu Tanpa Mukim Kaum Cina, Teo Kok Eng dan Pengerusi Persatuan Buddha Yik Sing Kong, Kong Kok Hwa. sumber
Read More - Angpau untuk Warga emas kaum Cina DUN Guchil

Akulah Menteri Besar Perak Yang Sah!

Oh! Krai Utara

Share


Zambry Kadir sudah menang 5-0. Lima Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara bahawa Dr Zambry adalah MB Perak yang sah mengikut undang-undang. Di luar mahkamah, kekecohan berlaku apabila kedua-dua penyokong MB Mahkamah dan MB Rakyat saling menyorak antara satu sama lain.

Satu Malaysia di godam. Lepas nih. Tak perlu lagi buang masa untuk mengundi. Tak perlu lagi ceramah dan rapat umum. Cukup saja dengan dibawa ke Mahkamah. Pilihanraya tidak diperlukan lagi di Malaysia. KOOL. End sumber
Read More - Akulah Menteri Besar Perak Yang Sah!

Woiii Anuar Lu memang laa... Sapa suroh lu parking sini? Yahudi Betulll

Oh! Krai Utara

Share

Anwar...!!! Nak Kena Pelempang...!!!

Anwar Ibrahim ni memang nak kena pelempang maut..., dah la.. menghuru-harakan Malaysia, agen amerika dan yahudi... apa lagi yang dia nak...? Ini lu orang cuba tengok apa yang dah Anwar Ibrahim lakukan.

Wooiittttt... Anwar Ibrahim... tolong jawap.. kenapa lu luluskan perkara di bawah ini...? baca lagi di sini
Read More - Woiii Anuar Lu memang laa... Sapa suroh lu parking sini? Yahudi Betulll

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...