Tolong Support Sikit Bro...

Oh! Krai Utara

Share

Memandangkan Dato' Seri Anwar, Dato' Seri Haji Hadi
& Dato' Seri Wan Azizah akan datang ke Jerantut pada Bulan Feb.2010 ini maka PAS Kawasan Jerantut amat berterima kasih dan menghargai sebarang sumbangan sebagai persiapan menyambut kedatangan 3 pemimpin tersebut. Sila baca di bawah...


KATA-KATA ALUAN YDP PAS JERANTUT
(lihat gambar-gambar di bawah)


DR. HAMZAH JAAFFAR

Saya bagi pihak PAS Kawasan Jerantut dengan ini mohon rayuan daripada muslimin dan muslimat agar dapat kiranya meng'infaq' kepada PAS KAWASAN JERANTUT sekadar yang termampu untuk tujuan menyempurnakan pembinaan Kompleks Imam Al Syafie' (KIAS) khususnya sebagai persediaan Program Konvensyen Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20.2.2010 dan Program Lawatan Presiden & Pimpinan PAS Pusat Ke Negeri Pahang pada 27.2.2010 nanti. Sempena 2 program besar itu maka KIAS akan menyambut 3 tokoh politik negara iaitu DS Anwar Ibrahim, DS Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Wan Azizah.

Justeru itu, saya mendoakan agar Allah swt panjangkan umur penderma dalam ketaatan dan murahkan serta limpahkan rezekinya. Amin.

Email Dr. Hamzah Jaaffar :alamhajar@yahoo.com.my

Blog Dr. Hamzah Jaaffar : http://
aksidakwah.blogspot.com



SELAMAT DATANG KE JERANTUT 




KUNJUNGAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG & DATO' SERI WAN AZIZAH KE JERANTUT

Insya Allah, Kompleks Imam Al Syafie' (KIAS) yang terletak lebih kurang 6 km dari bandar Jerantut, akan menerima kedatangan 3 pemimpin besar dalam politik Malaysia sepanjang Bulan Febuari 2010 ini. Kedatangan 3 pemimpin ini adalah untuk 2 tujuan yang berlainan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Jerantut pada 20 Febuari 2010 untuk menyampaikan ceramahnya sempena Konvensyen Peneroka Kebangsaan yang akan diadakan di Kompleks Imam Al Syafie' (KIAS), Temin, Jerantut. Konvensyen ini dianjurkan oleh PKR dan dijangka akan dihadiri lebih kurang 1500 peneroka seluruh negara. Ianya akan dirasmikan oleh Dato' Seri Wan Azizah, Presiden PKR.

Saudara Mazlan Aliman, Presiden ANAK (Generasi Kedua Peneroka FELDA) / AJK PAS Pusat turut diundang untuk menyampaikan pembentangan kertas kerjanya dalam konvensyen tersebut.





Di sebelah malamnya pula, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS bersama beberapa orang pimpinan PR yang lain.

Manakala pada 27 Febuari 2010 pula, KIAS akan dikunjungi oleh Presiden dan beberapa pimpinan PAS Pusat dalam program lawatan kerja Presiden ke Negeri Pahang.



KEPERLUAN BANTUAN SEGERA UNTUK PERSIAPAN KONVENSYEN

KOMPLEKS IMAM AL SYAFIE' (KIAS) adalah sebuah pusat tarbiyah dan aktiviti PAS Jerantut. Pada dasarnya KIAS telah siap dibina dengan kos sebanyak lebih kurang RM600,000.00 dan mempunyai kemudahan seperti berikut :


Pemandangan KIAS dari arah jalan Jerantut-Temerloh



Di sinilah tempat yang akan didirikan canopy yang memerlukan
kipas air/berwap demi keselesaan peserta konvensyen.

1. Dewan Besar 100 x 60 kaki

Dewan besar bahagian tengah

Dewan besar bahagian tepi sebelah kanan

2. Pejabat Pentadbiran


Pejabat pentadbiran di hujung dewan seminar
3. Bilik Mesyuarat



4. Pejabat Dewan Pemuda

5. Pejabat Dewan Muslimat

6. Bilik VIP


Bilik gerakan, Pej. Dewan Muslimat, Pej. Dewan Pemuda dan Bilik VIP
7. Dewan Seminar.


Dewan seminar di tingkat atas, sejajar dengan pejabat pentadbiran
8. Kedai Muslimat

9. Tempat Memasak


Semua bilik dan dewan di atas dilengkapi dengan hawa dingin kecuali bilik masak. KIAS juga menyediakan 11 bilik air untuk kemudahan ketika mengadakan program.

Alhamdulillah, sejak Tahun 2007, KIAS telah digunakan sepenuhnya dengan mengadakan program tetap setiap minggu pada Hari Isnin dari jam 6 petang - 9 malam. Program dipenuhi dengan kuliah pada jam 6 petang, berbuka puasa berjamaah, zikir munajat, tazkirah, taujihat dan solat hajat dan diakhiri dengan Solat Isya'.


Suasana setiap Hari Isnin. Jamaah sedang bersedia berbuka puasa.

Perkarangan KIAS dipenuhi kereta setiap Isnin bermula jam 6 petang - 9 malam

Selain daripada itu, KIAS menjadi tumpuan mengadakan program-program yang besar yang mana bukan sahaja digunakan oleh PAS Jerantut selaku pemiliknya bahkan ianya turut dimanfaatkan oleh PAS Pahang apabila mengadakan program yang melibatkan peserta yang ramai. KIAS sehingga kini mampu menampung seramai lebih kurang 800 orang peserta dalam satu masa.

Pimpinan PAS Pahang bergambar kenangan bersama Presiden

semasa Konvensyen Tarbiyah 2009

Sebahagian peserta Konvensyen Tarbiyah



Ijtimak Pilihanraya Ogos 2008 dirasmikan oleh Dato' Husam

Sebahagian peserta Ijtimak Pilihanraya


Namun pada 20 Febuari 2010 ini, KIAS akan menerima tetamu dari seluruh negara seramai lebih kurang 1500 orang. Jumlah ini memaksa PAS Jerantut menyediakan canopy di luar bangunan KIAS bagi menampung peserta yang pastinya akan melimpah keluar. Keadaan ini tentu tidak selesa kerana peserta akan berada dalam suasana yang agak panas.

Pemandangan dari arah depan pintu masuk KIAS ke arah jalanraya


Justeru itu, PAS Jerantut mengharapkan bantuan kewangan untuk membeli Kipas Air/Berwap yang akan dapat memberi keselesaan kepada peserta konvensyen.
Dalam masa yang sama, PAS Jerantut terpaksa mencari sumber kewangan bagimeng'upgrade'kan PA System serta memasang tiles/mozek di bahagian tepi bangunan.

Kawasan tepi sebelah kanan KIAS ini akan di 'tiles/mozek'kan untuk lebih bersih.

Keseluruhan dana yang diperlukan ialah lebih kurang RM35,000 dan dirumuskan seperti berikut :

1. 15 kipas air/berwap (anggaran RM1500 setiap satu) - RM22500.00

2. Simen dan tiles bahagian tepi bangunan - RM 7500.00

3. 'Upgrade' PA System - RM 5000.00

Akhirnya kami menyeru dan merayu agar dapat kiranya muslimin dan muslimat menghulurkan infaq kepada PAS KAWASAN JERANTUT bagi tujuan tersebut di atas. Infaq boleh disalurkan terus ke dalam Akaun Bank Islam No. Akaun 06055010000818 atas nama PAS KAWASAN JERANTUT.

Seandainya ...

.... terdapat seramai 700 orang menyumbang sebanyak RM50 seorang maka KIAS akan dapat menyediakan suasana yang agak selesa untuk peserta konvensyen.

.... terdapat lebihan sumbangan maka PAS Kawasan Jerantut akan gunakan lebihan sumbangan itu untuk melengkapkan pembangunan tambahan KIAS atau untuk aktiviti amal kebajikan.

Sesungguhnya, peneroka felda adalah penyelamat kepada nyawa UMNO/BN. Sebenarnya peneroka felda perlu disedarkan bahawa hidup mereka lebih sejahtera dan selesa jika berada di bawah Pakatan Rakyat. Semuga konvensyen ini dapat menyedarkan mereka sekaligus memecahkan kebuntuan PR.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi YDP PAS Kawasan Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Sdr. Dr. Hamzah Jaaffar HP 019-3802737.

Sekian terima kasih.
Read More - Tolong Support Sikit Bro...

Apakah kerana warna kulitnya dan dot dot dot ?

Oh! Krai Utara

Share

Mungkin kerana warna kulitnya, agamanya, bahasa ibundanya dan ketegasannya untuk membasmi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, Lim Guan Eng menjadi mangsa kecaman dan ancaman hebat dari kumpulan-kumpulan yang mengaku wira Melayu. Lebih teruk lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menjadi sasaran segelintir pemimpin politik parti komponen Pakatan Rakyat.
Tuduhan yang paling berat terhadapnya ditujukan dari seorang “sahabat” Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa dakwaan Guan Eng adalah “diktator, cauvinis dan berfikiran komunis”. Tetapi benarkah Guan Eng seorang pemimpin yang begitu kejam dan zalim sekali?
Dalam wawancara Guan Eng bersama Harakah baru-baru ini, beliau berkongsi pandangan tentang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjadikan rakyat negeri berdaya saing, dengan mengemukakan contoh perubahan sikap masyarakat di negara komunis China:
“Dulu di negeri China pada tahun 60-an dan 70-an, ekonominya begitu mundur sekali. Rakyat hidup merana tanpa bantuan. Malah ekonomi China dianggap sebagai pesakit Asia. Kenapa? Kerana dasar kerajaan komunis tak boleh jalan. Dasar di mana semua akan makan satu mangkuk nasi. Tak kira kerja kuat atau tak kerja, semua akan dapat satu mangkuk nasi. Yang kerja lapan jam, dapat satu mangkuk. Yang kerja lapan minit pun satu mangkuk. Siapa nak bertungkus lumus? Siapa nak kerja rajin dan tekun? Sebab itu orang China waktu itu malas berkerja. Adakah malas kerana mereka sendiri malas? Bukan. Tapi kerana dasar subsidi membuatkan mereka malas. Tapi kita bukan buat dengan serentaklah. Tapi kita mesti ada dasar baik supaya mereka dapat berdaya saing. Bila mereka ikut dasar yang maju, menggalakkan mereka berdaya saing, saya rasa itu adalah sesuatu yang paling baik untuk orang Melayu dan juga negara Malaysia
Read More - Apakah kerana warna kulitnya dan dot dot dot ?

Tuk Guru Kesal Blog Jatuhkan Air mukanya!

Oh! Krai Utara

Share

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.
(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)
Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.


Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.


“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.


Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.


Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.
Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Read More - Tuk Guru Kesal Blog Jatuhkan Air mukanya!

Wang Ihsan: Pemuda Pas Kelantan buat laporan SPRM terhadap Mustapa Mohamad

Oh! Krai Utara

Share
Pemuda Pas buat laporan SPRM 



KOTA BHARU - Pemuda Pas melalui Ketuanya, Abd Latif Abd Rahman semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap kenyataan Pengerusi Perhubungan Barisan Negeri (BN), Datuk Mustapa Muhamed berkenaan pemberian wang ihsan. 

Laporan yang dibuat melalui Exconya, Mohammad Abdul Rasyid Yah yang juga seorang peguam meminta agar SPRM mengadakan siasatan segera sebagai-mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

“Saya percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dan tidak pernah diberikan kuasa oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan perbincangan tersebut dengan Perdana Menteri. 

“Tindakan tersebut boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan terhadap penyaluran wang tersebut,” katanya sebelum menyampaikan aduan tersebut di pejabat SPRM di sini, semalam. 

Laporan akhbar ini pada 1 Februari lalu menyebut bahawa UMNO Kelantan akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan. 

Mustapa berkata, pi-haknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri. 

Terdahulu, Abdul Latif berkata, laporan itu dilakukan bertujuan supaya SPRM membuat siasatan memandangkan usaha tersebut dikhuatiri berlakunya penyelewengan dari hasil royalti. 

Katanya, sekiranya agensi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) satu badan yang tidak sah untuk menerima royalti minyak setelah ia ditubuhkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 1990, apa lagi untuk menggunakan saluran UMNO dan BN. 

“Tindakan ini seme-mangnya di luar bidang kuasa UMNO Kelantan yang sepatutnya diberikan haknya pada kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terse-but. 
Katanya, beliau akan meneliti laporan yang dibuat sebelum tindakan susulan diambil.sumber sinar harian
Read More - Wang Ihsan: Pemuda Pas Kelantan buat laporan SPRM terhadap Mustapa Mohamad

sumbangan untuk orang susah

Oh! Krai Utara

Share

Dalam kesenangan yang kita nikmati janganlah lupa kepada orang-orang yang susah.baru baru ini pemuda masjid abu bakar assiddiq telah memperlihatkan sikap cakno mereka terhadap golongan tersebut.

Saudara pengerusi pemuda masjid kampung tanjung kala semasa ditemuberbual oleh saya berkata, pemuda masjid adalah satu wadah perjuangan yang ditubuhkan dikalangan pemuda yang mengimarahkan masjid abu bakar assiddiq bagi menjaga kepentingan dan kebajikan jamaah masjid yang terdiri dari mereka yang susah atau di timpa kesusahan.

walaupun bilangan pemuda masjid kampung ini masih kecil tetapi mereka telah sehati untuk mencari satu jalan keluar bagi menunjukkan jalan kehidupan islam yang sebenar dengan kemampuan yang terbatas.

berpegang dengan prinsip berbuat baiklah walaupun ia sekadar bersedekah dengan sebutir beras, mereka berusaha mencari dana bagi mencapai usaha meramaikan para jemaah kemasjid kampung tersebut.

berbalik kepada sumbangan yang telah disampaikan, walaupun nilainya hanyalah empat puluh empat ringgit sahaja, namun ianya bakal eringankan bebanan saudara rosmadi yang merupakan jemaah tegar walaupun beliau sedang menderitai sakit tuberculosis (TB).

sumbangan tersebut telah disampaikan oleh imam muda mukim kuala pertang sambil diperhatikan oleh saudara nik asri nik man yang merupakan wakil pemuda masjid merangkap setiausaha pas cawangan tanjung kala.-kraiutara

Read More - sumbangan untuk orang susah

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...