YB Ustaz Latiff seratai Lawatan Ke Majlis Tindakan DUN Guchil

Oh! Krai Utara

Share

Pas Kawasan Kuala Krai telah mengadakan lawatan kerja ke Mtd Guchil pada 23 Januari. Majlis bermula dengan sembahyang maghrib dan Insya berjemaah. YDP Ustaz Haji Abdul Latif sempat menyampaikan kuliah maghrib. Lawatan tersebut juga sempena dengan penyampaian watikah perlantikan AJK MTD Guchil bagi tahun 2010.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.



Read More - YB Ustaz Latiff seratai Lawatan Ke Majlis Tindakan DUN Guchil

Dewan Pemuda Pas Kelantan cabar UMNO

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Kelantan mencabar Pemuda UMNO negeri mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya fakta yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang berkenaan isu royalti minyak adalah salah. 



Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda UMNO patut membuktikan bahawa mereka tidak bercakap kosong dan membuat kecaman di dada akhbar seperti mana yang berlaku kebelakangan ini. 

“Pemuda UMNO harus buktikan bahawa mereka tidak bercakap kosong dengan menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li sekali gus menafikan Pemuda UMNO hanya ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi,” katanya. 

Abdul Latif turut menyarankan agar Ku Li mengambil tindakan keluar dari UMNO dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang terbukti istiqamah dan komited dalam memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat. 

Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata, pihaknya bercadang agar Gerakan Bertindak Royalti Rakyat (Gegar) menganjurkan satu perhimpunan yang lebih besar di Kuala Lumpur yang melibatkan Ku Li dan pemimpin PR. 

Di ALOR SETAR, Dewan Pemuda Pas Kedah membidas UMNO yang hanya berdiam diri terhadap tindakan Ku Li. 

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, sikap berdiam diri itu membuktikan parti itu adalah pengecut untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap anggotanya. 

“Saya hairan kenapa UMNO tidak merujuk Tengku Razaleigh kepada Lembaga Disiplin parti itu memandangkan pandangan beliau dalam isu royalti minyak tidak berpihak kepada UMNO,” katanya. 

Ahmad berkata, UMNO seharusnya mencontohi pimpinan Pakatan Rakyat yang menghadapkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan Ahli Parlimen Bayan Bayu, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim kepada Lembaga Disiplin, ekoran lantang mengkritik anggota parti sendiri. 
Read More - Dewan Pemuda Pas Kelantan cabar UMNO

Wanita Dan Pemuda Umno Gua Musang Kecewa Dengan Tengku Razaleigh

Oh! Krai Utara

Share

Sayap Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah kerana berceramah di atas pentas kerajaan negeri pimpinan PAS berhubung isu royalti petroleum di Kelantan baru-baru ini.
Kedua-dua pergerakan itu menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh memberi impak yang tidak baik kepada Umno amnya selain mengeruhkan lagi keadaan.
Ketua Wanita bahagian Datuk Wan Hazani Mohd Nor berkata kenyataan yang dibuat bekas pengerusi Petronas itu juga bertentangan dengan apa yang pernah beliau nyatakan semasa isu serupa berlaku di Terengganu. "Ku Li (Tengku Razaleigh) tidak menceritakan keadaan sebenar isu tersebut seperti apa yang dinyatakan berhubung isu yang sama di Terengganu pada 10 tahun lalu. "Kami kecewa dengan apa yang dilakukan Ku Li dan masih belum terlambat buat pemimpin kami perbetulkan keadaan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Sementara itu pada satu majlis di Kuala Krai, Pemuda Umno Kelantan mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) memanggil Tengku Razaleigh bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beliau semasa ceramah itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Setiausahanya Bazlan Baharuddin berkata Tengku Razaleigh wajar menjelaskan tujuan beliau menyertai kerajaan negeri mendesak kerajaan persekutuan agar memberikan royalti minyak kepada Kelantan.
"Memang barisan Pemuda berasa kecewa kerana pemimpin kami sanggup berbuat demikan tetapi apapun kami mahu penjelasan Ku Li," kata Bazlan yang juga Ketua Pemuda Umno Gua Musang.
Seorang veteran Umno bahagian itu Sharif Mahmood, 58, berkata tindakan Tengku Razalegh itu menjadi bualan bagi anggota Umno dan penduduk di sini. "Ku Li yang kami sanjung ini sepatutnya menjadi orang tengah untuk menjernihkan keadaan dan bukannya seperti minyak yang membakar api," katanya. Sharif berkata anggota parti bahagian itu kini tertunggu-tunggu penjelasan Tengku Razaleigh mengenai perkara tersebut.
Bagi seorang pemilik kedai makan di Chiku 2 di sini, Abas Solihin, 42, dia nyata kecewa dengan apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu. "Kami terkejut Ku (Li) sanggup diperkudakan pihak lain dan sebagai pemimpin yang kami hormati, janganlah kecewakan kami lagi," katanya.
Dalam ceramah anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar)dan kerajaan negeri di Kota Baharu baru-baru ini, Tengku Razaleigh antara lain berkata Kelantan berhak mendapat royalti minyak itu.
Kenyataan Tengku Razaleigh itu menimbulkan kontroversi memandangkan semasa menjelaskan isu serupa di Terengganu kira-kira 10 tahun lalu, beliau berkata negeri tersebut dan Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak tersebut.-BERNAMA
Read More - Wanita Dan Pemuda Umno Gua Musang Kecewa Dengan Tengku Razaleigh

Gambar-gambar terpilih: Solat Hajat

Oh! Krai Utara

Share Read More - Gambar-gambar terpilih: Solat Hajat

Laungan 'reformasi' bergema lagi di mahkamah

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.

Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anak-anak tiba di perkarangan mahkamah dengan disambut ratusan orang termasuk para pemimpin PKR, PAS dan DAP.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tiba kira-kira jam 9.15 pagi sejurus selepas Anwar masuk ke dalam mahkamah.

Sejak jam 9 pagi tadi lagi, lebih dua ribu rakyat bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir kelihatan mengangkat beberapa sepanduk bertulis Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2, Bebas Anwar dan Rakyat Bersatu Tolak Fitnah Terhadap Anwar, sambil melaungkan reformasi’ iaitu suatu slogan keramat seperti era Reformasi 1998 lalu.

Mengisi pentas bantah, Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli menyeru rakyat yang hadir supaya bersedia menempuhi gelombang reformasi kedua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mengulangi ucapan yang pernah ditegaskan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, "bukan kerana dia Anwar, sesiapa pun yang difitnah, Islam menyeru kita menentang kezaliman".

Sebelum itu, Ketua Strategik PKR, Tian Chua menganggap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dialami Anwar mengulangi drama fitnah pada tahun 1997 lalu.

"Kita harap rakyat sekali kagi akan bangkit sama seperti 'drama 1997' lalu," jelasnya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu tidak menolak kemungkinan bahawa perbicaraan kes Anwar yang bermula pada hari ini akan mencetuskan kesedaran rakyat dan reformasi kali yang kedua.

"Kita telah menyaksikan suatu kes dakwaan fitnah ke atas Anwar yang sudah tentu akan membangkitkan gelombang kesedaran rakyat kedua," jelasnya di lobi mahkamah.

Sejam kemudian, kelihatan Anwar keluar dari kandang perbicaraan lalu menuju ke anjung bantahan.

"Saya masih mempertikai motif polis memanggil isteri saya untuk memberi keterangan beberapa hari lalu, sedangkan dakwaan sudah berlangsung hari ini," kata Anwar.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada rakyat kerana sudi menyertai 'Gelombang Reformasi ke-2' bersama-samanya, sebagaimana waktu beliau disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan liwat yang berunsur fitnah.

Jelasnya lagi, perbicaraan kesnya akan bersambung pada jam 2.30 petang ini.

Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.

Harakahdaily/-
Read More - Laungan 'reformasi' bergema lagi di mahkamah

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...