BAKAR GEREJA MASUK SYURGA!:Tengku Osman

Oh! Krai Utara

Share



Kenapa admin UMNO Baru Facebook group tidak membuat laporan polis? Bukankah ini jelas menghasut? Adakah kerana yang menyiarkannya ahli UMNO maka dibiarkan begitu saja?

Image telah disiarkan didalam UMNO Baru Facebook group oleh seseorang yang menggunakan nama Tengku Osman dan laporan Polis juga telah dibuat..Tidakkah image ini jelas menghasut??







Siapa Tengku Osman?








Laporan polis oleh Pat Lu, salah seorang administrators “We support the use of the name ALLAH by all Malaysians“,



Policereport 1

Policereport 2


Kalau orang UMNO buat... tak apa...

Artikel penuh sila baca di 
sini
Read More - BAKAR GEREJA MASUK SYURGA!:Tengku Osman

SELCAT: Adun BN bijak gunakan ruang samar untuk Seleweng wang rakyat sejak 50 tahun lalu

Oh! Krai Utara

Share

Panelis Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terkejut dengan penemuan sesi Selcat yang berlangsung hari ini.

Hasil soal-jawab dan penelitian dokumen kepenggunaan sumber oleh Dun- dun seluruh Selangor, Selcat mendapati Adun-Adun BN menggunakan ruang samar dalam peraturan dan tatacara urustadbir untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

“Saya rasa dari segi pembayaran kepada YB Dun Morib iaitu YB Hasiman Sidom pada ketika itu saya rasa bukan satu perkara yang luar biasa, sebab duit itu dimasukkan dalam akaun wakil rakyat berkenaan, jadi maknanya dalam Pekeliling Perbendaharaan pun tidak mengatakan bahawa tidak boleh dibayar kepada akaun wakil rakyat berkenaan itu satu, yang keduanya sama ada perkara pelik atau tidak bukanlah perkara yang pelik sebab memang perkara ini berlaku sejak sebelum ini pun memang berlaku, walaupun sekarang pun kita masih bayar kepada wakil rakyat penyandang pada ketika ini,” katanya.



lagi
Read More - SELCAT: Adun BN bijak gunakan ruang samar untuk Seleweng wang rakyat sejak 50 tahun lalu

Jangan Kelantan Termakan Wang Ehsan Tak Berkat!!!

Oh! Krai Utara

Share

Projek Runtuh Di Terengganu Bukti Wang Ehsan Tidak Berkat, Kelantan Jangan Terima


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.
Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.
BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.
Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma ‘wang ehsan’ tidak pernah wujud. Hanya terma ‘wang royalti’ sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan ‘terma ‘wang ehsan’ seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.
PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.
Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.
Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.
Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.
Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.
PAS berharap momento tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.
PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penarangan PAS Pusat

Read More - Jangan Kelantan Termakan Wang Ehsan Tak Berkat!!!

Terima Kasih kepada wartawan Harakah kerana gelar Pemuda PAS “Anjing” - Herman Samsudeen

Oh! Krai Utara

Share

Saya mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada Wartawan Harakahdaily yang mengelarkan Pemuda PAS sebagai “anjing Polis” kerana membuat kenyataan akhbar untuk mendesak Polis menyiasat Aduka Taruna.
Pemuda PAS Johor dipanggil “Anjing” kerana mahu Polis siasat Aduka yang menghina Almarhum Sultan Johor. Pemuda PAS Wilayah dipanggil “Anjing” kerana sokong kenyataan Pemuda PAS Johor dan mahu Aduka disiasat oleh Jakim juga kerana pernah menghina Isteri Rasulullah, Aisyah dan Imam Syafei.
Wartawan berkenaan mengakui yang beliau simpati dan kenal pada Aduka. Dia menghubungi saya dan memberitahu bahawa Aduka sedang tertekan sekarang setelah Pemuda PAS buat kenyataan minta dia disiasat.
Saya kata ada sebab kita buat kenyataan itu, bukan pasal Kes hina Almarhum Sultan sahaja. Saya minta dia rujuk pada kenyataan asal yang bertajuk “Minta Maaf Tidak Cukup, Aduka Taruna Perlu Disiasat Polis” dan Jakim
Ingatkan bila membaca kenyataan itu dia faham, rupanya dia konar ke tempat lain pula. Dia persoalkan kenapa Pemuda PAS tak buat kenyataan masa dia hina Isteri Nabi dulu, kenapa sekarang?
Bila saya kata, kita baru dapat maklumat tentang artikel itu melalui seorang rakan Facebook lain, dia konar lagi…
Kali ini tuduh Pemuda PAS buat kenyataan itu pasal dendam. Ya! Pemuda PAS Wilayah dikatakan berdendam pada Aduka yang selama ini giat memprojekkan kempen PAS Reform yang mahu Presiden PAS sekarang dijatuhkan…
Saya pun tak terfikir bab tu, sebab selama ini tak singgah pun kat Blog Aduka. Lagipun kita tak ambil pusing tentang kempen Aduka tu, sebab dia bukan ahli PAS. Lagipun kita kita sudah lali dengan kempen-kempen orang luar yang nak pecah belahkan PAS nie, bukan Umno jer yang buat.
Bila kita kata bukan sebab dendam, pagi ini dia tuduh kita “Firaun” pula. Hai teringat kisah Zulkifli panggil Khalid Samad “Firaun kecil” sebab tak sependapat dengannya.
Wartawan yang suka berhujah ini akhirnya mengunakan modal hujah Almarhum Ust Fadzil iaitu “Kaset lawan kasetlah”. Hujah ini Almarhum Ust Fadzil kemukakan bila KDN sibuk nak rampas kaset-kaset ceramah PAS kerana tidak tahan dengan kebangkitan rakyat yang dapat maklumat dari kaset-kaset ceramah PAS.
Maka, bila wartawan Harakahdaily nie nak guna hujah kaset lawan kaset, saya hanya boleh komen kat blog dia…
“Ada masa kaset lawan kaset..tapi sekarang ana pakai DVD dan broadband dah…so minta maaf la kalau terkasar bahasa. Kalau ana dan Aduka panjang umur…teringin juga nak minum teh ngan dia dan anta..mana tahu boleh tukar kaset dengan DVD scr santai”
Melihatkan wartawan berkenaan mengakui bahawa beliau sedikit rapat dengan Aduka, saya bertanya
“Di mana, sikap anta yang suka berhujah. Kenapa tidak gunakannya masa Aduka Taruna hina Aisyah & Imam Syafei…
kenapa anta tidak tegur tulisan Aduka Taruna lebih awal…lemah betul persahabatan anta berdua…
Bila sudah diheret begini barulah nak mengamuk…guna akal. Pemuda PAS juga ada hak untuk bersuara dan bertindak bukan anta dan Aduka Taruna sahaja boleh berbahas.”
Maka inilah jawapan standard dia;
““Ana tegur aduka semasa tulisan itu ditulis, tapi ana tak mahu dilihat berdendam dan dilihat seperti ‘anjing polis’. Anta lebih kuat bersahabat dengan siapa?”
Tapi hairan juga, kalau sudah ditegur. Kenapa Aduka masih publishkan artikel itu? maka saya tanya lagi:
“Setiap kali ana tanya, Jawapan standard anta;
“Ana sudah tegur”
tapi sayang, persahabatan anta dgn Aduka Taruna tidak memberikan kebaikan pada dia, malah lebih memburukkan keadaan.
Jika benar anta tegur patut dia buang artikel penghinaan thdp Isteri Nabi dan Imam Syafei..
Dan patut selepas itu dia tidak lagi menulis yg karut marut sampai persenda org yg sudah meninggal dunia..Inikah adab yg anta kongsi dgn dia…”
Jawapan dia macam nie pula:
“Saya jenis call, minta maklum balas dan tegur. Abang Herman sendiri pun, saya call, saya ambil maklum balas dan saya tegur berhubung isu laporan polis tentang aduka…
Kalau Abang tak bersetuju sekalipun, kenapa tak berhujah? Buka al-Baqoroh:194 dan buka juga Hadith Bukhari: No.2804.
Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional.”
Nampaknya dia makin emosional juga. Jadi terpaksalah jawab juga;
“Berhujah guna akal yg waras bukan nak tunjuk hero….jangan macam Umno, guna Al-Quran tapi tunjukan kebodohan.
Propaganda pun kenalah bijak, jangan sampai makan diri…Kerana sikap org mcm antalah sahabat anta Aduka tu jd mcm tu…
Sahabat yg baik akan menyeru sahabatnya berbuat baik. Klu nak propaganda pun buatlah dengan cara yg tidak merugikan diri sendiri.
Anta sebenarnya bkn nak pertahankan dia. Tapi nak pertahankan kegagalan anta dlm bsahabat dgn dia…
Anta patut malu mengaku ahli PAS, sbb takda pyokong PAS yg tega melihat isteri Rasulullah dihina…patutnya bila anta tahu, anta kena tegur…bila dia tak makan saman…anta kena report…ini, anta takat call dan kemudian diam…konon nak cover dia…” begitu pandangan saya.
Dan perbahasan dalam blog wartawan berkenaan, saya tutup dengan teguran berikut:
“kalau Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional…makna jelas nafsu mendahuli akal…
Maka, ana menulis kembali dlm disiplin orang yang rasional…dimana akal mendahului nafsu…
Orang yg berakal tak perlu jd bodoh dan buang akal klu nak lawan org yg tak da akal dan disiplin…”
Memang sukar juga nak fahamkan wartawan Harakah ini.
Sesungguhnya Pemuda PAS jelas sentiasa istiqamah untuk menjaga prinsip. Kita tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang hina Sultan apalagi kalau dia juga menghina Keluarga dan Sahabat Rasulullah serta Ulama’ Mahzab.
Kalau PAS boleh marah sampai berdemo bila kartunis Denmark hina Nabi dan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilder persenda keluarga Baginda, kenapa dalam kes Aduka kita perluappologetic.
Wartawan berkenaan minta saya tarik balik kenyataan itu, dan cadangkan saya tegur dia secara direct memandangkan dia selama ini banyak bantu Pakatan.
Wah! macam nak ‘rasuah jasa’ pulak…kalau Umno yang buat rasanya dia juga akan maki hamun berguni-guni…Tapi sebab Aduka kawan dia, maka cairlah hatinya…
Tapi saya tak tolak mentah-mentah pandangan dia. Saya setuju perlu tegur dulu…tapi sebelum saya keluarkan kenyataan itu saya sudah lihat, bahawa sudah ramai yang posting teguran pada Aduka. Tapi dia masih degil dan angkuh untuk membiarkan posting yang menghina itu disitu.
Semasa saya kirimkan kenyataan itu, kesemua artikel masih ada disitu walaupun wartawan itu sudah tegur juga. Apakah dia hanya akan dengar dan tarik balik bila pemuda PAS tegur….saya tidak fikir begitu, maka saya bincang dengan pimpinan lain, dan akhirnya kenyataan saya itu terus keluar dalam Harakahdaily.
Tapi pelik juga, kalau Wartawan itu beria-ria nak tahan kenyataan itu, kenapa Harakahdaily tempat dia kerja boleh siarkan kenyataan itu. Kenapa tiada pimpinan yang tegur tindakan Pemuda PAS Wilayah dan Johor.
Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak dimana salahnya kenyataan Pemuda PAS Wilayah dan Johor. Kita akui kita lambat respon isu penghinaan Aisyah dan Imam Syafei sebab tidak maklumat. Dan kerana penghinaan kepada Sultan Johorlah banyak maklumat kita dapat tentang kebiadapan Aduka.
Saya setuju dengan satu komentar dalam blog wartawan berkenaan yang mengatakan tindakan Pemuda PAS ini sebagai “better late than never”.
Lagipun, Pemuda PAS Wilayah juga tidak hanya membuat kenyataan terhadap Aduka. Kita konsisten dalam isu hina Sultan Johor ini, sebab itu saya keluarkan kenyataan kedua yang bertajuk “Hina Sultan: Polis Diminta Siasat Cybertrooper Umno dan beberapa Blogger lain“.
Tapi Wartawan ini enggan mengulas Kenyataan kedua ini, tapi masih taksub untuk pertahannnya kegagalannya mentarbiyyah akhlak Aduka, rakan karibnya.
Saya telah lama melihat tingkah wartawan ini, malah seorang komentar blog beliau juga menegur
“Aku banga dengan ZF, jahat , tak malu makan gaji dengan harakahdaily tapi jahat dan tidak mengikut haluan jamaah.
Padan dah kena sergah di presiden hari jumaat baru ni…”
Dengan selamba, wartawan ini jawab;
“Saya test market aja dengan tanya suatu soalan yang berlawanan dengan emosi Presiden. Marah beliau memberi isyarat x sokong pihak tertentu dalam PAS yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah. Motif…”
Begitulah sikapnya, berhujah jadi makanan hariannya. Kebenaran apa yang dicari…saya pun tak tahu. Kalau Presiden PAS pun dia boleh persendakan, siapalah Pemuda PAS yang diibaratkan “Anjing Polis” hanya kerana ingin pertahankan maruah Isteri Rasulullah yang sudah cukup difitnah ketika hidupnya.
Maka, saya akhiri dengan ucapan Terima Kasih pada beliau kerana add value pahala Pemuda PAS hari ini. Saya maafkan tuduhan dan gelaran yang wartawan beri tanpa prasangka…harap perkara ini selesai disini.
Read More - Terima Kasih kepada wartawan Harakah kerana gelar Pemuda PAS “Anjing” - Herman Samsudeen

Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad, Jangan mereka terbuang kalau pemimpin politik sampah tu biarkanlah : Dr Asri

Oh! Krai Utara

Share

Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad






 Saya amat berdukacita apabila membaca krisis antara YB Zulkifli Nordin dan YB Khalid Samad. Kedua-duanya sahabat yang dikasihi. Saya serba salah untuk mengulas. Namun isu ini telah dimainkan oleh media. Saya amat berharap ia menemui penyelesaian yang harmoni. Kedua-duanya pejuang rakyat, dan kedua-duanya mempunyai sumbangan yang tersendiri.

Walaupun bukan lama saya bersahabat dengan Zulkifli Nordin, namun saya dapat memahami sedikit sebanyak hati nuraninya. Perasaan islami dan sayangkan masa depan umat Islam dalam jiwanya amat tebal. Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengannya, namun saya tetap menghormati jiwanya yang sensitif dan sentiasa berkobar-kobar dalam membela agama.
Adapun YB Khalid Samad baru sahaja saya bersahabat dengan beliau. Pada saya, beliau cuba agar Islam dilihat sebagai agama yang praktikal dan adil untuk semua pihak. Dalam menangani dakwah di Malaysia, apa yang menjadi masalah adalah bukan-muslim gagal melihat keagungan Islam, keadilannya dan kebenaran risalah tersebut sebagai bukti ia benar-benar dari Tuhan Yang Sebenar. Mesej inilah barangkali yang cuba disampaikan.
Kedua-dua tokoh ini kesayangan kita semua. Kita tidak mahu ada antara mereka yang terbuang atau dipinggirkan. Jika hendak terpinggir, biarlah ahli-ahli politik sampah yang kontang idea dan sumbangan yang wujud dalam masyarakat kita. Bukan mereka berdua ini.
Isu nama Allah semua kita sepakat bahawa kemungkinan untuk ia diselewengkan atau menimbulkan ketidakharmonian itu wujud. Cuma kita berbeza dalam menanganinya. Ada yang meminta agar dihalang secara mutlak. Ada yang menyatakan diizinkan, cumanya garis panduan mestilah ditetapkan untuk mengelak kegusaran. Jika garis panduan itu dilaksanakan dengan teliti, maka ketakutan pihak pertama juga mungkin dapat dihilangkan.
Saya mengharapkan kedua sahabat ini tidak bertegang, kerana kita semua masih memerlukan khidmat mereka berdua.
-dr mohd asri zainul abidin, USM.
Read More - Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad, Jangan mereka terbuang kalau pemimpin politik sampah tu biarkanlah : Dr Asri

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...