17 minit 17 saat:UMNO AKAN JAWAB BEGINI!!

Oh! Krai Utara

Share
PENGANUT UMNO AKAN JAWAB BEGINI!!



KL Jan 17 2010. SETIAP 17 minit 17 saat, lahir seorang anak haram atau anak luar nikah di Malaysia. 83.3 kes terdapat setiap hari dan purata bulanan berjumlah 2,500 kes.

Hal ini dilihat melalui statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003). Dan 30,978 dari 70,430 (44%) bayi yang tidak sah taraf itu, adalah anak orang Islam.

Lihat, laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyebutkan terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Komen blog ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini, kerja siapa dan siapa bertanggung jawab? Jawabnya ialah Kerajaan BN dengan pakej pentadbiran dan perundangannya yang tidak Islamik. (IH)

JAWAPAN DARI PENGANUT BN
ini semua adalah salah remaja yang tidak tau kontrol bila nak pancut...
sepatutnya mereka cepat2 cabut bila rasa nak terpancut...
ini tak, mereka seolah2 lalai dengan keseronokan bila melakukan hubungan sex...
kami pemuda umno mendesak kerajaan melaksanakan pendidikan sex untuk semua kanak2 dan remaja bermula masa mereka mula menyusu tetek mak masing2...
Read More - 17 minit 17 saat:UMNO AKAN JAWAB BEGINI!!

Pasti Al-Islah Kampung Lobou tempa sejarah: 11 pelajar bukan Islam

Oh! Krai Utara

Share
SEPANGGAR, 17 Jan: Pasti Al-Islah Kampung Lobou menempa sejarah istimewa penubuhannya apabila 11 daripada 20 orang pelajar yang mendaftar adalah bukan Islam.

Pasti yang baru sahaja ditubuhkan itu diberi nama Al-Islah sempena nama surau yang bersebelahan.

Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abd Majid yang telah merasmikan penubuhan Pasti itu semalam, melahirkan rasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam kepada institusi di bawah Dewan Pemuda PAS itu.

"Ini satu bukti orang bukan Islam meyakini sistem pendidikan Pasti dan juga membuktikan kehadiran Islam adalah untuk semua manusia," kata beliau.

Di dalam ucapannya, turut berhasrat supaya murid-murid bukan Islam yang belajar di Pasti boleh aktif mengikuti aktiviti-aktiviti Pasti seperti pertandingan sukan dan ihtifal.

Sebelum majlis perasmian dimulakan, Azrin telah menyampaikan kuliah Maghrib yang bertajuk "Hijrah Membawa Keluarga Bahagia".

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Mudir Pasti, Miyasir dan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salahuddin dan Zulkarnain, setiausaha kerja Pasti Wilayah Persekutuan.

Azrin juga menyertai majlis dialog bersama ibu bapa pelajar Pasti Papar.

Harakahdaily.net/-
Read More - Pasti Al-Islah Kampung Lobou tempa sejarah: 11 pelajar bukan Islam

masalah istana: Kami tidak berpihak

Oh! Krai Utara

Share
Peringatan menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung ketaatan kepada Pemangku Raja tidak bermaksud kerajaan negeri menyebelahi mana-mana pihak antara dua putera Sultan yang dilaporkan sedang bermasalah.

"Kenyataan itu dibuat secara umum. Apabila pemangku dipilih secara perlembagaan, kita mesti berikan ketaatan," kata timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakob.



Beliau menjelaskan sama ada kenyataan Nik Aziz semalam bermaksud kerajaan pimpinan PAS itu menyokong tindakan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang menggugurkan adindanya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini. Tindakan tersebut kini dicabar di mahkamah.

Dalam sidang media semalam, Nik Aziz dilaporkan berkata, kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris telah bertindak sehabis baik untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Ketika dihubungi, Ahmad menyebut ringkas, tujuan kenyataan menteri besar tersebut dibuat "berhubung keadaan akhir-akhir ini".

Beliau juga menafikan kerajaan negeri tersepit akibat perselisihan terbuka dua putera Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang gering dan mendapatkan rawatan di Singapura.

"Tidak ada tersepit apa," kata Ahmad kepada Malaysiakini petang semalam.

Ditanya sama ada berlakunya pergeseran antara kerajaan negeri dan Tengku Muhammad Fakhry, antaranya apabila beliau mempertikaikan kenyataan Nik Aziz sebelum ini berhubung rawatan untuk bapanya, Ahmad menjawab:

"Itu di luar daripada (bidang kuasa) kita. Itu beliau punya pasal. Kita tidak tahu perkara itu."


Kemelut dalam istana Kelantan mula muncul apabila Tengku Temenggong mempertikaikan di mahkamah kenyataan media istana berhubung krisis rumahtangganya dengan Manohara Odelia Pinot, yang kini melarikan diri di Jakarta.

Ia semakin ketara apabila Tengku Muhammad Faris, yang memangku tugas Sultan Kelantan, membuat beberapa rombakan dalam MPN, termasuk menggugurkan Tengku Temenggong daripada MPN melalui satu surat setiausaha majlis itu, September lalu.

Selepas itu, Tengku Muhammad Fakhry juga mendakwa mendapat perkenan ayahandanya untuk bertindak bagi pihak baginda sultan.

Perkara itu bagaimanapun disangkal Pejabat Sultan Kelantan yang menjelaskan hanya Tengku Muhammad Faris Petra berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan ayahandanya di negeri itu.

Dalam masa yang sama, pentadbiran Nik Aziz dipertikaikan oleh Tengku Muhammad Fakhry apabila berhasrat membawa pulang sultan Kelantan untuk mendapatkan rawatan di dalam negara.

Menteri besar mengumumkan laporan panel perubatan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri berkaitan tahap kesihatan tuanku sultan.

Tengku Muhammad Fakhry Petra bagaimanapun mendakwa bahawa panel enam anggota itu tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan ke atas baginda.

Beliau juga dilaporkan berkata laporan seumpama itu juga tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana ia hak peribadi baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, satu perhimpunan besar diadakan di Kota Bharu petang tadi melibatkan ribuan orang bagi menyatakan kesetiaan rakyat Kelantan kepada Tengku Muhammad Faris Petra.www.malaysiakini.com
Read More - masalah istana: Kami tidak berpihak

SPR Kelantan,1.4 juta layak mengundi

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kelantan mensasarkan seramai 1.4 juta rakyat di negeri ini yang layak mengundi, selain menggesa 240,000 rakyat yang melewati usia 21 tahun supaya mendaftar sebagai pengundi. 

Pengarah SPR Kelantan, Ab Rahim Md Salleh berkata, sekarang ini, terdapat 761,000 orang yang mendaftar pemilih dan lebih banyak langkah akan dijalankan bagi menggalakkan rakyat di Kelantan mengundi. 

“Pada tahun ini, saya mengharapkan warganegara Malaysia yang ada di Kelantan seboleh-bolehnya mendaftar nama mereka dengan SPR bagi memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab apabila sampai hari mengundi nanti. 

“Usaha mendaftar pemilih ini hanya memerlukan kad pengenalan dan mengambil proses tiga minit sahaja untuk berdaftar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di pejabatnya. 

Beliau berkata, rakyat di negeri ini dinasihatkan berbuat demikian supaya bakal pemilih mendaftar dengan segera untuk mengelak daripada gagal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. 

Menurutnya, proses pendaftaran juga membenarkan mana-mana orang yang mendaftar dengan penolong pendaftaran yang dilantik SPR mestilah mengambil semula salinan Borang A (pendaftaran pemilih) dan menyimpannya sehingga nama dipamerkan mengikut tempoh tiga bulan sekali di pejabat tanah dan jajahan serta pejabat pos di kawasan masing-masing. 

Ab Rahim berkata, kebiasaannya penolong pendaftar akan membuat semakan bagi pemilih yang didaftar olehnya. 

Pada tahun ini, kata beliau, walaupun peruntukan menurun berbanding tahun lalu, namun usaha mendaftar pemilih akan dipergiatkan dengan menjalankan program ‘outreach’ untuk tujuan pendaftaran dengan mengadakan program ‘smart partnership’. 

Di bawah program berkenaan, katanya, SPR turut mengadakan aktiviti di luar pejabat termasuk menyediakan kaunter pendaftaran bergerak dan membuka kaunter di Pasaraya Tesco di Kelantan bagi memudahkan rakyat mendaftar semasa membeli-belah.

Read More - SPR Kelantan,1.4 juta layak mengundi

Update: Pemangku Imamkan Solat Hajat Untuk Sultan Kelantan?

Oh! Krai Utara

Share



Krai Utara - Pemangku Sultan, Yang Maha Mulia tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan bagi memohon agar Allah SWT menyembuhkan kegeringan yang menimpa ayahandanya.


Solat Hajat tersebut telah diadakan di Stadium sultan Muhammad IV, selepas sahaja solat maghrib dengan dihadiri rakyat jelata yang kemudiannya diikuti dengan bacaan surah yasin.


Sementara itu satu tazkirah telah disampaikan oleh tuan guru menteri besar setelah selesai membaca surah yasin. Tuan guru juga dipetik berkata, inilah pertama kali beliau melihat seorang raja mengimamkan solat dalam seumur hidupnya selama 80 tahun ini.


Saya bersama penghulu tanpa mukim dun mengkebang, encik mahussin, penghulu rpt mengkebang en. hussin taib dari kuala krai.


sementara itu rombongan ketua jajahan kuala krai dan penggawa daerah Batu Mengkebang telah tiba lebih awal.


kelihatan tuk guru, ustaz mohd amar, ustaz zulkifli yaacob dan yang lain-lain. berita menyusul kemudian...


gambar tu cilok kat muslimeen united.

Read More - Update: Pemangku Imamkan Solat Hajat Untuk Sultan Kelantan?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...