POLIS SIASAT NAJIB DI PARIS

Oh! Krai Utara

Share


MAK TAK BERANI LAGI SHOPPING DI PARIS - SEDIH MAK

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Najib Razak ( oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan. Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib. Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau. Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu. Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya . Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM. Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…… ABISLAAA PELUANG BIK MAMA NAK SHOOPING DI PARIS….PUNAN NAK RASA MAKANAN DI CHEZ MAXIM……NAK GI LONDON JAMIN TAK BOLEH. - Tukar Tiub
Read More - POLIS SIASAT NAJIB DI PARIS

Ayat-Ayat Cinta dari kitab The Shit No2 oleh Barry Wain

Oh! Krai Utara

Share

Oleh usinwafer 

"Petikan dari petikan "ayat-ayat cinta"Barry Wain buat Mahathir yg tertulis didalam bukunya "THE SHIT No 2 a.k.a MALAYSIAN MAVERICK" dan ianya diterjemahkan serta dipetik oleh MerdekaReview..


Sememangnya, apa yang menarik adalah skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir (gambar kanan). Di bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas "cakap tak serupa bikin". Beliau melaungkan slogan "bersih, cekap dan amanah", tetapi pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.




Pada tahun 1980-an, semasa kejatuhan harga timah di dunia, Mahathir memberi lampu hijau kepada syarikat "dua ringgit" Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke pasaran, supaya melambungkan harga timah. Ia berakhir dengan kegagalan. Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31 Mac 2008, Mahathir mengakui bahawa "saya tidak masak dengannya ketika itu, saya tidak faham."


Malah, skandal Bank Bumiputera lebih membeliakkan mata. Untuk bail out syarikat yang menjadi lambang perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah menyuntik wang secara langsung dan tidak langsung, sebagai cubaan untuk membantunya melalui Petronas, tetapi akhirnya gagal.


Menurut Malaysian Maverick, Bank Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi. Pada tahun 1983, UMNO telah meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina ibu pejabatnya di PWTC. Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan hutang ini. Sehingga Julai 1988, UMNO telah berhutang dengan Bank Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk faedahnya. Malah pada tahun 1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank Bumiputera berhak untuk mengambil alih PWTC yang dicagarkan.


Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin ketika ditemuramah Barry Wain berkata, UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan Bank Bumiputera untuk membayar pampasan RM126 juta.


Bab keenam yang bertajuk, "Skandal, Skandal apa?", menyatakan bahawa tiga juta ringgit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya. Menurut Malaysian Maverick, skandal seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa bahawa negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas.


usinkata; Ini baru secalit taik dari Kepala Taik..bau dia ngan "mengaum" semalaysia..
Kalau lah buku "he Shit No2" nie "lepas" dari "gari"..sure bau dia menggegarkan semalaysia..
Tapi tak mengapa..ini wartawan picisan saja..buat apa nak heran..tul x Tun M...


Rasanya mungknkah Tun M akan kata macam nie didalam hati..
"kusangka panas hingga ke malam..rupanya hujan dihujung senja.."


Org tua-tua dah pesan kat kita...
Buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali...-http://apadianie.blogspot.com
Read More - Ayat-Ayat Cinta dari kitab The Shit No2 oleh Barry Wain

Facinating Eco Park in Kuala Krai, Kelantan

Oh! Krai Utara

Share



If you post to me a question "Harry where in Malaysia is the Hotspot for Swiftlet Farming?"

My true answer at the moment is Kuala Krai, Kelantan.

Main reasons being there are lots of birds and not many birdhouses yet.

The town is not that big as compared to Kota Bahru and I was made to understand that there are a few BHs in town are harvesting at least 30 kilograms a month. Most of them are practising harvesting after the baby birds matured and leave the nests.

The harvesting technique encourage the multiplication of its population on every season. This will benefit all those new BHs built in the same area.

I have this observations that the swiftlet in Kelantan in general are larger in size, due to lots of food, and they tend to produce larger size nests. If you use proper technique the nests are cleaned with very little feathers.

The Ecopark I refer to is the Krai Eco Park located about 4 kilometers away from the main town (old and new). Actually it is sandwiched in between two swiftlets walet centrals.

Tested with the birdcall sound and the respond was marvellous. There were at least 1000 birds responded.

The best was when we observed these birds flocking around a bunch of wood logs that were stored on a piece of land beside the project. At any one time there were at least 500 birds.

From noon till late evening these birds keep flying around it and upon inspection we found out that these pile of logs were producing a kind of beetles, as big as a grain of rice, and were attracting these walet.

Beside providing a BH for you to invest in, they also provide ever ready birds in the same area.

I suggested to the sale person to relocate the logs to another location just beside the construction area. This might attract more people to buy the few units left.

Some interesting points about the project are:

1) The number of units is not that many, about 61 units only.

2) The project is located between two walet centrals.

3) The project is located in the hottest swiftlet area in Malaysia, currently.

4) The project is developed by a listed company who have a firmed joint venture partner with Kelantan State Development Board, a state owned investment arm.

5) The developer have purchased nearly all the raw materials that were required by the total project. The reason being, to avoid unneccesary price ascalations especially on those steel bars.

6) The project have been approved by the state goverment and this will resolve lisence issue matters.

7) This is the first project that I know off where outsiders can buy and own property in Kelantan State.

8) Each unit will be 3 stories and price varies from 438K to 1.5 million subject to the total square meters of each unit.

9) There are only 61 units and 30 have been sold. 31 unit left and 18 are for Bumiputras.

10) The cost is exclusive of all the internals and sound systems but can be negotiated when purchase is to be done.

11) Since the state have approved, the BH shall be built in accordance to swiftlet BH features from day one. Not like those in other states where you built to meet the certificate of fitness and after receiving those approval you then need to hack those walls and floors to make it to a BH.

12) Financial package are available if required.

13) The best are those swiftlets flying around the wood logs. I sincerely believed that this is the only project that not only provide you with BH but birds too.

14) According to their sales records most of the buyers are from Kelantan. A few from Kuala Krai itself.

I fully recommend for you to consider in buying at least one unit and the best is to buy in group.

Get four to five of your best friends and invest into a unit. Once filled up with nests get a buyer to buy over. I am very sure you will get back your investment within less then 2 years.

Be aware that you do need to put some effort in ensuring that your BH do attract those birds in.

One more interesting thing to add is the availability of cheap flight to Kota Bahru from Subang old airport.

I tried and it was marvellous. A small plane and just one hour I reached Subang .....

If you do have any other questions on the project please drop a line or call me for my sincere clarifications. Write to harryswiftlet@yahoo.com or call my mobile phone at 017 755 1318.
























Read More - Facinating Eco Park in Kuala Krai, Kelantan

Nik Aziz 2010:Tahukah mereka Hilang Dalam Kebenaran

Oh! Krai Utara

Share


Nik Aziz 2010
Hilang Dalam Kebenaran



KOTA BHARU, 6 Jan: Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik. Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut. “Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik. "Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah. Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’. Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat. ”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya.Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan. Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka. "Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam. “Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.
"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya. Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.
Read More - Nik Aziz 2010:Tahukah mereka Hilang Dalam Kebenaran

Malaysian Maverick:Mahathir Populat Di Singapura

Oh! Krai Utara

Share
Malaysian Maverick: “Buku dalam tahanan” laris di Singapura


Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam “tahanan” Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.

Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia “terjatuh” ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.
Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini,MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.
Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Roadmemberitahu wartawan MerdekaReview melalui telefon, bahawa buku berjudulMalaysian Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu. Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya. Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.
Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya. Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan jumlah jualanMalaysian Maverick atas alasan “maklumat sulit komersial”.
Pengedar: Menambah tempahan 1,000 naskah
Menurut statistik daripada pengedar buku, Palgrave Macmillan, sejumlah 1,700 naskah buku berjudul Malaysian Maverick diedarkan di Singapura. Menurut respon daripada kedai buku di “akar umbi”, stok buku ini telah habis dijual, maka mereka mengambil keputusan untuk menambah tempahan sebanyak 1,000 naskah. Namun demikian, disebabkan stok ini dihantar dengan pengangkutan laut, maka ia perlu menunggu sehingga Februari untuk diedarkan ke pasaran.

Pada hakikatnya, sejumlah 800 naskahMalaysian Maverick telah tiba di kastam Malaysia pada awal Disember 2009. Namun, buku baru ini “ditahan” kesemuanya oleh kastam atas alasan untuk diperiksa KDN. Buku ini masih dalam “tahanan” di pejabat Pelabuhan Klang, dan gagal masuk ke pasaran buku Malaysia.

Barry Wain adalah editor The Wall Street Journal, kini sebagai pengkaji di Institute of Southeast Asian Studies. Dalam buku setebal 363 muka surat ini, Barry Wain telah mengulas pentadbiran PM keempat, Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Selain itu, Barry Wain juga mengulas pengalaman Mahathir dalam pengajian, dan pengalamannya ketika berkecimpung dalam politik dalam bab kedua. Selain daripada maklumat yang dikumpulnya, Barry Wain juga menemuramah sahabat Mahathir, termasuk Allahyarham Tunku Abdullah Tunku Abdul Rahman.
Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menafikan apa yang ditulis oleh Barry Wain, setelah isu ini menjadi kontroversi. Malah, Mahathir mencabar KDN untuk memberi laluan agar buku ini diedarkan di pasaran, supaya beliau boleh menyaman penulisnya, dan beberapa orang lain yang “memfitnah” beliau, lantas membersihkan nama untuk dirinya.【Baca blog Mahathir: MALAYSIAN MAVERICK
Mahathir dipujuk minum arak?
Mahathir muncul sebagai ahli parlimen buat kali pertama pada tahun 1964. Beliau tinggal di rumah Tunku Abdullah semasa parlimen bersidang. Bekas putera Negeri Sembilan ini membawa Mahathir untuk berlegar di Royal Selangor Club, “memujuknya untuk menari dan mimum arak” (persuading him to dance and have a glass of white wine).
Barry Wain memetik Tunku Abdullah untuk berkata, “I brought him down to my level,…otherwise it would have been boring.” (Saya menurunkannya ke tahap seperti saya, kalau tidak bosanlah.)
Sememangnya, apa yang menarik adalah skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir (gambar kanan). Di bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas “cakap tak serupa bikin”. Beliau melaungkan slogan “bersih, cekap dan amanah”, tetapi pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.
Pada tahun 1980-an, semasa kejatuhan harga timah di dunia, Mahathir memberi lampu hijau kepada syarikat “dua ringgit” Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke pasaran, supaya melambungkan harga timah. Ia berakhir dengan kegagalan. Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31 Mac 2008, Mahathir mengakui bahawa “saya tidak masak dengannya ketika itu, saya tidak faham.”
Malah, skandal Bank Bumiputera lebih membeliakkan mata. Untuk bail outsyarikat yang menjadi lambang perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah menyuntik wang secara langsung dan tidak langsung, sebagai cubaan untuk membantunya melalui Petronas, tetapi akhirnya gagal.
Menurut Malaysian Maverick, Bank Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi. Pada tahun 1983, UMNO telah meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina ibu pejabatnya di PWTC. Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan hutang ini. Sehingga Julai 1988, UMNO telah berhutang dengan Bank Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk faedahnya. Malah pada tahun 1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank Bumiputera berhak untuk mengambil alih PWTC yang dicagarkan.
Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin ketika ditemuramah Barry Wain berkata, UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan Bank Bumiputera untuk membayar pampasan RM126 juta.
Bab keenam yang bertajuk, “Skandal, Skandal apa?”, menyatakan bahawa tiga juta ringgit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya. Menurut Malaysian Maverick, skandal seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa bahawa negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas.
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Read More - Malaysian Maverick:Mahathir Populat Di Singapura

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...