Lelaki UMNO memang Hebat Buat Seks!

Oh! Krai Utara

Share

Hebat “Lelaki Ini”

isteri lelaki iniIsteri 4, pernah meniduri dengan wanita lain 10 orang, pernah melakukan hubungan seks luar tabii, tidak memberikan nafkah kepada isteri ke4 dan anak-anak sejak Disember 2008, juga pernah memukul, menampar dan menendang sebanyak 7 hingga 8 kali isteri ke4 nya.(gambar sebelah ialah isteri ke4 "lelaki ini")

Siapa “Lelaki Ini” ?, 
Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor.
Read More - Lelaki UMNO memang Hebat Buat Seks!

Naib Presiden PAS: Kerajaan tak perlu jual Pesawat MIG29N

Oh! Krai Utara

Share
oleh Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr M bahawa kerajaan tak perlu jual MIG29 dan beli pesawat baru. Saya sebenar memang mempunyai maklumat dan pandangan yang sama dengan Tun, tetapi saya sebenarnya sengaja simpan dulu masaalah ini untuk dibangkitkan pada sidang Parlimen bulan march 2010 akan datang. Olih kerana Tun dah bangkit persoalan ini saya terpanggil untuk menyetujui pandangan Tun.
Saya mempersoalkan kenyataan Datuk Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang menyatakan kerajaan belum muktamadkan lagi sama ada nak meneruskan atau tidak khidmat MIG29.sedangkan pd 28 okt 2009 baru2 ini beliua menyatakan di dewan raayat bahawa perkidmatan pesawat tempur MIG29 akan di tamat tahun depan(2010).
Tiba-tiba bila Tun menegur dan mengkritik keputusan tesebut Datuk Zahid berkata belum muktamad lagi. Ini menunjukkan kerajaan tidak ada pendirian yang jelas membuat keputusan begitu gopoh atau kenyataan Datuk Zahid sekadar nak meredakan kemarahan Tun. Bila reda dia jual semula. Hakikat mereka sedang menyembunyikan keputusan kerajan yang sememang nak jual pesawat tersebut dan beli pesawat baru, macam mereka menyembunyikan kehilangan enjin pesawat F5E selama 3 tahun baru rakyat tau mungkin dalam tempoh tersebut mereka telah berjaya menyembunyikan maklumat atau dokumen-dokumen dan juga fakta tertentu yang mungkin melibatkan keterlibatan pihak atasan TUDM dan Kementah dan ahli-ahli politik.
Kembali pada MIG29, kenapa perlu beli baru apakah tak bolih kita ‘upgrade’kan semua injin MIG 29 seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia untuk ‘upgrade’kan semua MIG milik India. Perjanjian tersebut telah membenarkan Hindustan Aeroautics Pte Ltd iaitu syarikat pertahanan/penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.
Ini bermakna India bukan sahaja dapat melanjutkan kegunaan pesawat tempur MIG mereka malah syarikat tempatan mereka mendapat teknologi baru dan juga pengalaman yang sangat berharga untuk negare India. Begitu juga kerajaan Poland yang merupakan anggota NATO yang memusuhi Rusia dan mempunyai 32 pesawat MIG29 yang dijangka dapat menggunakannya sehingga 2012-2015. Poland juga sedang mengambil langkah yang sama. Seperti mana India untuk ‘upgrade’kan pesawat MIG29 milik mereka. Begitu juga dengan Jet pengebom UK English Electric Canberra yang diguna sejak dari tahun 1950 hingga perang Teluk yang pertama setelah melalui beberapa siri uprade dilaksanakan bersesuaian dengan umur dan rolenya.
Kenapa MIG29N milik Malaysia yang belum capai usia 20 tahun tiba-tiba nak diganti dengan pesawa lain yang baru. Betullah kata Tun penjualan dan pembelian pesawat milik kerajaan mampu memberi keuntungan besar kepada orang tengah untuk kepentingan orang politik yang berkuasa seperti mana pembelian kapal selam dan pesawat Sukoi.
Malaysia perlu diselamatkan. Tahun 2009 mencatat peristiwa-peristiwa korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang memalukan dan merugikan rakyat dan negara. Saya mencadangkan perlu diwujudkan satu jawatankuasa pertahanan negara dibawah parlimen untuk meneliti perkara yang bekaitan dengan industri pertahanan termasuk soal jual beli pesawat, kapal laut/selam dan peralatan persenjataan ketenteraan.
Ini akan menjadikan setiap keputusan dibuat secara telus dan beritegriti.
Read More - Naib Presiden PAS: Kerajaan tak perlu jual Pesawat MIG29N

Kegilaan mengeluarkan Fatwa

Oh! Krai Utara

Share

Fenomena Berani Berfatwa

by Abu Umair
Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti.
Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasa, ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.
Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat!!!
Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah yang termaktub dalam Surah Al-A’raf:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)
Jika kita menyedari kenapa dalam ayat di atas, dosa bertutur tentang Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.
Malang apabila ada kalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik. Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab. Walhal para salaf bertolak-tolak dan mengelak daripada memberi fatwa.
Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.
Golongan salaf merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram. Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.
Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”.
Kita juga hairan kenapa para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf apabila berdepan dengan hukum Allah, tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam berfatwa.
Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.
Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.
Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.
Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.
Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.
Demikian cermat dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah. Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.
Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf, dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’. Tetapi tidak pula merasa malu dan segan kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.
Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa adalah tanda bahawa Tuhan tidak memberi taufiq kepada seseorang. Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.
Ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.
Maka berhati-hatilah dalam berbicara pasal hukum-hakam. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia. - abuumair1.wordpress.com
Read More - Kegilaan mengeluarkan Fatwa

‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”

Oh! Krai Utara

Share


Dari pagi tadi asyik dapat SMS dan panggilan telefon dari sahabat-sahabat Kelantan tentang kemunculan banner misteri yang mendakwa ‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”. Nama Ariffahmi terpampang jelas dengan tujuh tuduhan dilontarkan seperti dalam gambar dibawah.
Saya tidak mahu berbicara panjang soal Ariffahmi sebab kes beliau sedang disiasat oleh SPRM dan beliau juga sudah mengumumkan akan meletakkan jawatan pada bulan Mac ini. Bagi saya semuanya yang berkaitan dengan Ariffahmi sudah selesai kecuali kes SPRM beliau yang belum dibuktikan lagi. Maklumlah yang menuduhnya adalah orang Umno, maka pening juga SPRM nak reka bukti untuk kaitkan dengan beliau dan Tok Guru Nik Aziz.

Seluruh rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia yang sayangkan Tok Guru pasti kesal melihat banner ini. Jelas banner ini menyerang Tok Guru secara langsung dan mahu menunjukan beliau adalah seorang pemimpin yang bodoh, senang ditipu dan mementingkan kroni.
Adakah Tok Guru seorang yang bodoh sehingga tidak tahu intan dan permata. Beliau memilih Ariffahmi sebagai CEO PMBK setelah berbincang dengan beberapa exco kanan termasuk YB Husam yang kita segani dan juga penasihat undang-undang Kerajaan Negeri. Adakah mereka semua bodoh-bodoh juga!
Bodohkah Tok Guru kerana memilih Ariffahmi sebagai menantu? saya sebagai seorang ayah yang ada anak perempuan pun tidak akan menyerahkan anak saya kepada orang-orang yang tidak diketahui latar belakangnya. Apa lagi kalau dia seorang penipu. Saya akan selidik dulu siapa dia dan saya yakin Tok Guru dan abang-abang Nik Amalina sudah menyiasat semua ini. Yang pasti, bukan senang nak jadi menantu Tok Guru.
Saya juga tertanya-tanya, benarkah Ariffahmi bukan Engineer (Ir). Seorang teman yang juga Ir, sudah menyemak perkara ini tidak lama dulu dah mengesahkan memang beliau adalahMember of Institution of Engineers Malaysia (MIEM) yang berdaftar. Kalau saya yang percaya mungkin ramai yang pertikaikan, itu tak mengapa. Tapi kalau Tok Guru yang percaya, orang yang ada ilmu takkanlah dia percaya buta-buta kalau tak da bukti. Kalau tak benar, sudah pasti Tok Guru sudah menegur beliau kerana itu juga boleh memburukan imej Tok Guru.
Pada saya, salah Ariffahmi adalah kerana dia menantu Tok Guru. Itulah kesilapan beliau yang hakikatnya sudah tersurat oleh takdir Allah. Ramai nak jadi menantu Tok Guru tapi dia yang dapat, jadi tidak mustahil ramai orang yang dengki.
Ok. Cukup pasal Ariffahmi. Saya sebenarnya kesal dengan orang yang menyebarkan banner ini. Secara tersirat, saya melihat banner ini segaja disebarkan bagi memburukkan imej Tok Guru. Secara tersurat, memang nampak macam nak kenakan Ariffahmi. Tapi bila fikir balik, beliau sudah tiada kepentingan.
Ada juga yang kaitkan banner ini dengan penulisan YB Husam yang menegur amalan kroni dalam kalangan pemimpin-pemimpin di Malaysia. Mereka mengambil kesempatan atas teguran terbuka Husam untuk mengenakan Tok Guru.
Melihat kepada reka bentuk dan jenis banner yang digunakan (tarpolin), saya yakin. Ini adalah kerja-kerja terancang yang tidak dibuat bersendirian. Dalang disebalik kerja-kerja memburukan imej Tok Guru ini adalah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak kerana saya difahamkan banner ini disebarkan dibanyak kawasan di Kelantan bermula di Kota Bharu.


Gambar-gambar  ini diambil dari blog-http://jiwokelate.wordpress.com/
Saya juga terkejut bila membaca komen di blog Jiwo Kelate tentang hal banner ini-”Hai susah sangatkah nak selesai isu ini. Ketika Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar cadang letak jawatan segera tidak diendahkan …. ha ni lah padahnya”-Nampak macam marah Bro Wan Johari. Saya malas nak ambil pusing, sebab mungkin beliau ada masalah peribadi dengan Ariffahmi.
Tapi saya agak kesal bila beliau menulis dalam entri bertajuk Wan Nik Setpol TokGuru MB;
“Ingat Wan Nik, Jagalah molek Tok Guru tu. Tok Guru, Bila nak buang oghe notis bereti serta merta, bila nak buang anak menantu kena notis tiga bulan. Double standard eh bukan double standard, Baso dia dah TokGuru.
Bukan Anual Bakri sore jah kena berhenti serta merta (24 jam), kawe pun kena juga (bukan bawah TokGuru direct tapi kira bawah kerajaan negeri jugaklah), ambo kena tahun 1994 lagi. Memang Tok Guru ‘baso tak adil mana, bab ni. Maaf la weh, amba kata gitu. Muga ambo ada pengalaman juga. Amba tak perugi duit kerajaan Kelantan RM50 juta pun. Aaah cerita lain kalilah, member-member Bloger ajak makan pulak.”
Saya ingat orang luar jer serang Tok Guru. Saya tak kisah kalau orang nak serang Ariffahmi, tapi kalau sampai keluar banner nak pertikai kredibiliti Tok Guru dan sindir Tok Guru dalam Blog, saya rasa itu tak jantan.
Saya tak fikir Wan Johari ada kena mengena dengan banner tu, tapi kalau komen-komennya sebegitu tidak mustahil ada orang fikir macam itu.
Pada saya, mungkin yang sebar banner tu adalah puak-puak Umno yang mabuk todi sampai lupa yang Tok Guru tu Ulama’ yang banyak ilmu dan bertindak ikut akal bukan nafsu. Kalau bukan puak-puak Umno, mungkin juga fraksi mereka yang tak puas hati dengan Tok Guru kerana dipecat dari PMBK tetapi masih ada ramai kawan dalam PAS yang melindunginya.
Siapa pun dalang disebalik ini semua, memang orang itu patut dilaknat oleh ahli-ahli PAS yang sayangkan Tok Guru. Kalau nak marah pada Ariffahmi, marahlah. Saya dan orang PAS tak peduli, tapi jangan serang Tok Guru curi-curi macam nie. Ini memang kerja orang penakut. Kalau nak Tok Guru letak jawatan, cakap terus terang. Jangan pukul menantu, sindir Tok Guru.
Saya berharap agar mereka yang menganggap diri mereka sebagai Blogger PAS tidak menyusahkan Tok Guru. Hormatilah beliau sebagai Mursyidul Am PAS. Jangan bertindak  ’overboard’ hingga memudaratkan imej Tok Guru dan parti keseluruhannya. Jika Umno menyerang Tok Guru dan PAS melalui isu ini, ternyata anda telah memberikan kerjasama yang baik pada mereka dan memudahkan kerja-kerja cybertrooper Umno menyerang parti. Maka secara tidak langsung anda juga dianggap pengkhianat atau musuh dalam selimut. Dan paling glamer skali, orang akan mula memikir bahawa andalah fraksi Umno yang sebenarnya kerana memberikan banyak peluru untuk Umno menyerang PAS. Jadi saya berharap, hentikanlah kebodohan itu sebelum anda menjadi kuda tungganggan cybertrooper Umno. - sumber
Read More - ‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”

Didik anak jangan pinggir agama, YB Abe Uji

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Golongan ibu bapa diseru agar tidak mengambil ringan kepentingan ilmu agama dalam menunaikan tanggungjawab menjaga dan memberikan pendidikan sempurna kepada anak. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, sebagai amanah Allah yang bukan sahaja perlu dijaga dengan baik, anak juga wajib diberikan pendidikan yang sempurna terutama ilmu agama. 

Bahkan katanya, ilmu agama juga adalah cara terbaik bagi ibu bapa yang mencari keberkatan dalam usaha mereka menjaga dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. 

”Sebagai ibu bapa, kita kena pastikan anak dijaga dengan baik dan diberikan pendidikan sempurna kerana kalau betul-betul nak jaga anak, kita mesti beri ilmu pengetahuan kepada mereka. 

”Tapi jangan pula lupa pada ilmu agama kerana kita nak anak-anak ini nanti bukan sahaja menjadi orang yang ‘cerdik’ (berjaya) di dunia tetapi juga ‘cerdik’ di akhirat,” katanya pada majlis penyampaian baju sekolah di Markaz Majlis Tindakan DUN (MTD) Manek Urai, dekat sini. 

Hadir sama Setiausaha Kerja Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai, Zamri Jusoh, Setiausaha MTD Manek Urai, Mohd Sapardi Yusof dan kesemua 29 Ketua Pas Cawangan daripada sembilan peti undi dalam DUN itu. 

Pada majlis itu, sebanyak 174 pelajar terutama daripada keluarga miskin di cawangan berkenaan menerima sumbangan baju sekolah yang disampaikan Mohd Fauzi selaku Pengarah MTD Manek Urai. 

Mengulas sumbangan itu, beliau ketika ditemui Sinar Harian berkata, walaupun tidak seberapa, bantuan sekadar ingin meringankan beban yang ditanggung ibu bapa menjelang sesi baru persekolahan terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah. 

Katanya, program itu juga bukan sekadar majlis penyampaian sumbangan tetapi lebih kepada hasratnya untuk bertemu muka dan beramah mesra dengan rakyat Manek Urai. 

”Kalau setakat nak beri beg sekolah ini, saya boleh kirim kepada ketua cawangan dan penghulu mukim tetapi saya buat juga majlis ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan rakyat,” kata Mohd Fauzi.
Read More - Didik anak jangan pinggir agama, YB Abe Uji

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...