Update! Rayuan Derma Untuk Menyiapkan Bangunan Asrama Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian : Kertas Kerja Pondok Sungai Durian
Oh! Krai Utara
PROPOSAL
PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR (Lelaki)
Madrasah Muhammadiah
Pondok Sungai Durian
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
e-mail: mmpsd@yahoo.com
website: www.pondoksgdurian.com
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ |
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)
The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain growing seven ears with a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is All-Embracing, All- Knowing.
“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).
PENGENALAN PONDOK SUNGAI DURIAN
Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian juga dikenali dengan Pondok Haji Abdul Rahman oleh penduduk setempat. Ia diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kg. Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Pada asalnya pondok ini mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai, pada tahun 1957. Tetapi pada 1958 ianya terpaksa dipindahkan kerana lokasi tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi dengan bertambahnya bilangan pelajar. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 66 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Kawasan yang dahulunya hanya 4 ekar, kini telah bertambah kepada 12 ekar hasil pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.
Sekembalinya Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman ke Rahmatullah, pentadbiran dan pengurusan pondok diteruskan oleh adiknya Haji Ismail dan isteri Almarhum, Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Daud bersama anak-anak Almarhum. Sehingga sekarang terdapat lebih kurang 250 orang pelajar lelaki dan perempuan serta 350 orang dewasa dan warga emas.
SISTEM PENGAJIAN
Pondok Sungai Durian merupakan salah satu pusat pengajian pondok yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua-dua aliran ini adalah cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman sendiri, walaupun cara ini berbeza dari sistem pondok yang sedia ada. Tujuan Beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan memperbaharui pusat pengajian pondok. Sistem pondok trandisional merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam oleh para ulama' terkemuka sama ada dalam bahasa jawi dan arab manakala sistem sekolah (moden) pula menggabungkan sukatan Pondok Sungai Durian sendiri dengan sukatan Yayasan Islam Kelantan.
Secara umumnya, sistem pengajian di Pondok Sungai Durian terbahagi kepada 4 tahap mengikut tahap kemampuan pelajar iaitu:
1) Kelas Rendah
2) Kelas Peralihan
3) Kelas Menengah
4) Kelas Umum
INFRASTRUKTUR
Di antara kemudahan asas dan infrastruktur PSD ialah:
1.Masjid.
Masjid ini baru sahaja siap pembesaran dan pembinaan semulanya pada tahun 2008. Ia boleh menampung pada satu masa seramai 3,000 orang jemaah. Ia merupakan pusat ilmu dan tempat ibadat di PSD. Masjid tersebut juga menjadi tempat solat Jumaat bagi penduduk Mukim Sungai Durian dan sekitarnya.
2.Bangunan Madrasah (sekolah).
Terdapat dua buah bangunan sekolah tiga tingkat. Salah satunya untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan.
3.Bangunan Madrasah lama
Bangunan ini telah dijadikan pejabat, perpustakaan dan dewan makan. Juga terdapat musalla lama sebagai tempat aktiviti pelajar.
4.Penempatan pelajar
Pelajar lelaki tinggal di pondok-pondok kecil dan beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.
Begitu juga pelajar perempuan, mereka ditempatkan di beberapa buah pondok serta beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.
Manakala orang-orang tua pula mendiami pondok-pondok secara berkongsi atau sendirian.
KEWANGAN
PSD tidak mempunyai sumber pendapatan atau kewangan yang tetap sebagaimana pusat-pusat pengajian lain. Oleh itu derma ikhlas, bantuan dan sumbangan kewangan dari mana-mana pihak amatlah diperlukan bagi menguruskan pentadbiran pondok dengan lebih tersusun dan cekap lagi.
CADANGAN PROJEK
Membina sebuah asrama tiga tingkat yang melengkapi keperluan semasa dan memberi keselesaan kepada para pelajar. Ini kerana beberapa faktor berikut:
Memandangkan keadaan pondok-pondok yang sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta asrama yang ada pula tidak lengkap dan serba kekurangan.
Bilangan penempatan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini.
Kedudukannya yang berteraburan dan tidak tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran / disiplin mengadakan kawalan disipilin ke atas pelajar
Kawalan dari sudut keselamatan.
Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.
ANGGARAN KOS
Mengikut anggaran kos bagi pembinaan bangunan asrama 3 tingkat sepanjang 105 kaki. Jumlah keluasan keseluruhan ialah 11,133 kaki. (3,711 kaki x 3 tingkat).
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan melalui akaun berikut:
Nama : Madrasah Muhammadiah
No. Akaun : 03-072-01-011983-9.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Kuala Krai)
Kerjasama dari semua pihak, kami didahului dengan ucapan terima kasih.
PENASIHAT PROJEK
Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-6955960
PENGERUSI PROJEK
Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-9441881
SETIAUSAHA PROJEK
Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-9565665
BENDAHARI PROJEK
Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul Rahman
H/P: 013-9337257
LAKARAN PELAN
Bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader kemukakan permohonan batal perintah mahkamah
Oh! Krai Utara
Bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk membatalkan perintah mahkamah itu pada 21 Dis lalu agar dia dan isteri keduanya tinggal berasingan kerana pernikahan mereka diragui.
Alasan yang dinyatakan dalam permohonan yang difailkan menerusi peguam Syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan, ialah beliau dan Ilyani Mohd Noor, 30, telah bernikah semula mengikut hukum syarak di Kampung Bangsal Wakseng, Yarang, Pattani, Thailand pada 22 Dis lepas.
Mustafa Kamal memberitahu Hakim Syarie, Mohd Yusoff Awang, bahawa bagi menyokong permohonan bantahan awal dan pembatalan perintah mufakarah yang dikeluarkan terhadap defendan, beliau memfailkan beberapa afidavit sokongan sebagai bukti terdiri daripada salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pattani, pas sempadan milik Rosli Allani dan pasport antarabangsa milik Ilyani yang tertera cop imigresen berhubung kenyataan keluar masuk pasangan itu di sempadan negara.
“Berdasarkan beberapa fakta dan pernyataan itu, saya dengan rendah diri memohon mahkamah membenarkan semua perintah sebagaimana permohonan ini bagi mengelak reputasi kedua-dua defendan terus diaibkan di mata masyarakat,” kata Mustafa Kamal.
Pada prosiding hari ini Rosli Allani dan pasangannya tidak hadir manakala bapa Ilyani, Mohd Noor Che Man, 58, hadir bersama peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin.
Mohd Zaki pula membantah permohonan yang difailkan oleh Rosli Allani itu.
Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, Mohd Yusoff menetapkan 17 Jan ini untuk mengumumkan keputusan terhadap permohonan itu, dan sehingga tarikh itu, perintah mufarakah yang dikeluarkan terhadap pasangan terbabit dikekalkan.
Pada 21 Dis lalu, mahkamah yang sama telah mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan (bermufaraqah) kerana terdapat keraguan pada kesahihan pernikahan mereka di sebuah masjid di Selangor pada 26 Dis 2008. — Bernama
RM800 Juta : Dosa UMNO
Oh! Krai Utara
Oleh : Nazman Che Iberahim
Akhbar dan media yang pro-UMNO, ataupun yang sememangnya hidup di atas modal dan saham UMNO, dengan riuh mengkhabarkan berita tentang wang dalam jumlah besar yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Kelantan kepada satu syarikat pembalakan Singapura, Timbermine Sdn Bhd kelmarin.
Akhbar dan media yang pro-UMNO, ataupun yang sememangnya hidup di atas modal dan saham UMNO, dengan riuh mengkhabarkan berita tentang wang dalam jumlah besar yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Kelantan kepada satu syarikat pembalakan Singapura, Timbermine Sdn Bhd kelmarin.
RM800 juta bukan sedikit adik kakak sekalian. Biar saya tulis dalam bentuk begini, 800, 000, 000.00. Banyak kosong bermakna besarlah angkanya.
Perjanjian dibuat pada zaman pemerintahan UMNO di Kelantan pada era MB UMNO, Datuk Mohamed Nasir dahulu. Mohamed Nasir pada tahun 1975 membatalkan perjanjian dengan syarikat tersebut, namun hanya pada tahun 2004 tindakan saman dibuat oleh mereka ke atas Kerajaan Kelantan.
UMNO selalu suka tinggal tahi pada PAS untuk dicuci. Lihat sahaja selepas PAS ambil alih kerajaan negeri pada tahun 1990, UMNO tinggalkan hutang sebanyak RM718 juta kepada PAS Kelantan.
RM 800 juta adalah juga dosa-dosa UMNO.
Keputusan Mahkamah diatur?
Saya tidak tolak kemungkinan keputusan mahkamah ini dirancang oleh UMNO-Barisan Nasional. Mahkamah dan para hakim yang korup adalah salah satu daripada tongkat hidup UMNO. Perkara ini hanyalah satu senjata untuk memberi 'ruang' berfikir secara rasional kepada rakyat Kelantan akan kewajaran menerima wang ehsan berbanding wang royalti.
Kelantan sedang dalam usaha menuntut RM 1000 juta/ 1 billion daripada Dato' Najib. Maka sekiranya RM800 juta tidak dapat dirayu jumlahnya, ataupun tindakan rayuan seperti yang disebut oleh Dato' Husam semalam tidak berjaya, maka sudah pasti nilai RM800 juta akan menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Kelantan.
Congaknya, RM1000 juta (royalti) - RM 800 (saman Timbermine), maka yang tinggal hanya RM200 juta sahaja untuk rakyat. Maka, adalah lebih baik sekiranya RM1000 juta ini dimasukkan secara sepenuhnya ke kantung JPP, atas nama 'pembangunan dan kebajikan' rakyat. Secara menyeluruh dan melata kebajikan untuk rakyat (baca: kroni).
Secara rasional, rakyat mungkin akan berfikir, "ah, lebih baik dapat wang ehsan, kalu royalti, mungkin tinggal sedikit sahaja untuk rakyat selepas ditolak dengan saman balak tu".
Adapun, lebih malang lagi sekiranya duit wang ehsan tetap mengalir masuk ke poket JPP dan kerajaan negeri pula tetap kena bayar syarikat tersebut. Huh, pening!
Hentikan Polemik Dalaman
Saya mewakili DPPK Kuala Krai menyeru semua pimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan supaya menolak ke tepi semua permasalahan dalaman kita kerana letihnya berdada dengan musuh boleh dikatakan kurang berbanding gusti lengan sesama ahli dan pimpinan jemaah sendiri.
Ayuh tumpukan kepada perkara yang lebih penting untuk membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan dan ingatlah sentiasa matlamat kita untuk menawan Putrajaya bagi menyebar-luaskan dakwah Islam di negara ini. Sering kita sebutkan bahawa PRU-13, UMNO BN akan berkubur, akan tetapi kita sendiri semakin diseliputi masalah dalaman dan pergeseran sesama sendiri hingga terlalai akan matlamat perubahan untuk membina satu Malaysia baru yang lebih gagah dan terbinanya biah solehah.
Jangan yang dikejar tidak kesampaian, yang di dalam genggaman dirampas orang!
Tolak Ansur demi Masa Depan Islam
Biar semua daripada kita menyumbang kepada pembangunan negeri dan keutuhan kerajaan PAS. Tidak kira ulama, yang ada panggilan 'ustaz', yang bernama professional, yang ada kombinasi kedua-duanya, mahupun rakyat marhaen sekalian, biar ada sumbangan kepada Islam dan kebajikan rakyat. Janganlah hanya pandai berceramah dan selesa dengan title tertentu, tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan ummah. Tuntutan ekonomi semasa harus seiring dengan dekatnya rasa hormat rakyat kepada kerajaan Islam.
Cuba bezakan antara kepentingan peribadi, keluarga dan ummah. Apatah lagi jika ianya melibatkan masa depan dan harapan rakyat terhadap parti Islam ini.
Cuba juga lihat dengan mata hati, adakah perbezaan pendapat antara kita disebabkan perkara pokok ataupun hanya kerana perbezaan metod dan pendekatan dalam perjuangan? Kita bertembung dengan UMNO atas dasar perkara yang paling asas dan pokok iaitu kita mahu Islam dan mereka menolak serta memperolok-olokkannya.
Kita sesama sahabat jemaah, hanya berbeza kaedah dan pandangan untuk berjuang. Matlamat tetap sama. Jika kita telah tersilap dan melakukan kesalahan dalam menguruskan parti dan kerajaan Islam, akuilah kesalahan tersebut dan cuba untuk menebusnya dengan cara yang terhormat. Bukannya dengan mengusutkan lagi keadaan dan mengheret sama kerajaan Islam sehingga tumbang bersama-sama dengan karier dan masa depan si 'pesalah'.
Wallahu'alam.
Mari terus berjuang! Kami tetap berada bersama Tok Guru Nik Aziz, bahu-membahu, taat setia, dengan Menteri Besar bagi bumi bertuah Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Terima Kasih YB: 200 penduduk lega jambatan di baiki
Oh! Krai Utara
Jambatan rosak akibat hakisan
KUALA KRAI - Lebih 200 penduduk terutama dari Kampung Mial dalam Mukim Kuala Pertang dekat sini, berdepan kesukaran selepas jambatan yang menjadi laluan utama mereka keluar masuk rosak teruk akibat hakisan ketika banjir, baru-baru ini.
Penghulu Mukim itu, Abdul Wahab Rahim berkata, walaupun banjir di kawasan itu cepat surut dan tidak bertakung lama seperti kawasan lain, rempuhan arus deras ketika banjir menyebabkan ‘kepala’ jambatan konkrit berkenaan rosak dan tidak boleh dilalui penduduk.
Menurutnya, selain masyarakat di Kampung Mial, jambatan itu juga penting sebagai laluan keluar masuk untuk penduduk dari beberapa kampung lain seperti Kuala Pertang, Tanjung Kala dan Chenulang.
“Jambatan ini rosak ketika banjir (gelombang) pertama lagi dan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar masuk kerana perlu melalui jalan lain yang lebih jauh,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Penghulu Adi berkata demikian ketika ditemui pada aktiviti gotong-royong membaiki kerosakan pada jambatan itu di Kampung Mial dekat sini, semalam.
Beliau berkata, prihatin dengan masalah yang timbul ekoran masalah itu, dia membuat permohonan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman untuk membaiki kerosakan tersebut.
Abdul Wahab berkata, sebanyak RM10,000 diluluskan Abdul Latiff bagi perbelanjaan membina sangkar batu sebagai tembok pengadang dan pelantaian konkrit baru pada bahagian jalan yang terhakis.
“Mewakili penduduk Mukim Kuala Pertang, saya mengucapkan terima kasih kepada Abdul Latiff kerana mengambil berat terhadap masalah yang kami hadapi bila jambatan ini rosak terutama kesukaran untuk berulang-alik ke tempat bekerja.
“Saya juga harap usaha membaiki jambatan ini dapat bertahan lama kerana kawasan ini sering ditenggelami air setiap kali hujan lebat,” katanya.
Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara
Oh! Krai Utara
| http://cetusan-hati.blogspot.com/ |
| Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu. Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan. Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan. Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak. Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas. Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko. Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya. Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi. Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja. Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat. Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang. Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur. Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan. Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini. |









