Saksi: Manohara Tidak Pernah Didera.
Oh! Krai Utara
KOTA BAHARU: Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Ahad diberitahu wanita itu tidak pernah didera suaminya itu.
Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar berkata adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.
"Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya," kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.
Beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta beliau melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra, katanya sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.
Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya. lagi ke sini
0 ulasan:
Catat Ulasan