PUTRAJAYA –
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang ialah 17 Ogos ini, manakala pengundian 25 Ogos jika ada pertandingan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Speaker DUN Pulau Pinang 3 Ogos lalu, tiga hari selepas penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit jantung dan bersetuju bahawa kekosongan kerusi DUN berkenaan berkuat kuasa 1 Ogos. seterusnya
sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan