Selasa, 11 Ogos 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock:'Serpihan tulang dalam stokin Teoh'

mengikut laporan malaysia kini Pakar pathologi yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapat setiausaha politik itu mengalami pelbagai kecederaan, khususnya di bahagian kanan badannya. Dr Khairul Azman Ibrahim juga berkata serpihan tulang ditemui di dalam sebelah stokin yang dipakai di kaki kanannya. azlanKhairul, bertugas di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, berkata beliau menjalankan bedah siasat Teoh pada 17 Julai, sehari selepas mayat Teoh ditemui di tingkat 5 Plaza Masalam, sehari selepas dibawa untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Membacakan laporan bedah siasatnya, Khairul hari ini berkata mayat Teoh mengalami calar-calar dan kesan keretakan. Khairul memberikan keterangan di inkues kematian Teoh di depan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam yang masuk hari kelima.-malaysia kini

1 ulasan:

  1. UMNO is the real PENGKHIANAT MALAYSIA!!!

    and if I can I'll repeat this 1000000x

    UMNO PENGKHIANAT MALAYSIA!!!

    UMNO rip all of Malaysia resources for their own self gain...

    UMNO is selfish and only care for their own...

    BalasPadam