Oh! Sama sama ganas tetapi enggan di samakan dengan Khabib

Oh! Krai Utara

Share

 LAS VEGAS - Bagi sebahagian petarung, dibandingkan dengan juara kelas ringan UFC tak terkalahkan Khabib Nurmagomedov mungkin mereka mahu menerima. Tapi, tidak bagi Khamzat Chimaev. Petarung UFC kelas menengah itu enggan disamakan dengan Khabib kerana ingin melakar sejarahnya sendiri.



Petarung Sweden kelahiran Chechnya, Rusia, 1 Mei 1994, itu baru saja tampil mengesankan di UFC Vegas 11 melawan petarung asal AS, Gerald Meerschaer, di Las Vegas, Nevada, Sabtu (19/9/2020). Chimaev yang menang KO dengan satu pukulan yang menghancurkan, hanya mengambil masa 17 saat memasuki babak pertama. 



Itu kemenangan ketiganya di UFC dalam dua bulan terakhir, sekaligus meneruskan rekod tak terkalahkan sembilan perlawanan. Pada Julai, Chimaev mengalahkan Rhys McKee (TKO di round pertama) dan John Phillips (submission round kedua).



Dengan prestasi yang diraihnya, Chimaev mengatakan dia memiliki sesuatu untuk dibuktikan di UFC Vegas 11, dan enggan disamakan dengan Khabib meski sama-sama ganas saat bertarung dan belum terkalahkan.



"Ya karena semua orang berkata, 'Anda adalah Khabib, Khabib No. 2', seperti itu. Tapi, saya Khamzat," kata Chimaev setelah kemenangannya di siang media pasca-pertarungan UFC Vegas 11. “Saya boleh melumpuhkan orang. Hancurkan orang. Segalanya. Saya memiliki segalanya."



Setelah mengalahkan tiga petarung dalam dua bulan, Chimaev siap untuk menguji dirinya sendiri menghadapi lawan terbaik yang diajukan UFC padanya, Walaupun bukan dari kelasnya.


“Saya siap sedia untuk semua petarung,” kata Chimaev. “Seperti yang saya katakan kepada Dana (White- presiden UFC), jika Anda memberi saya Demian Maia (kelas welter), saya siap untuknya. Jika mereka memberi saya Brock Lesnar (kelas berat), saya juga siap untuknya.”

Seperti di petik dari sindonews


Read More - Oh! Sama sama ganas tetapi enggan di samakan dengan Khabib

Oh! Trump klaim Russia curi maklumat pentadbiran Obama cipta misil hypersonic

Oh! Krai Utara

Share

WASHINGTON - Presiden Amerika Serikat (AS), Donald Trump mengatakan, Rusia  menciptakan misil hipersoniknya setelah "mencuri" informasi tentang teknologi tersebut dari pemerintahan Barack Obama. Tapi, Trump menyebut AS memiliki rudal yang lebih canggih dibanding dengan rudal Rusia.


"Mereka (Rusia) memiliki misil, misil super-duper-hipersonik, ini dapat terbang lima kali lebih cepat dari misil biasa. Kami memiliki satu yang terbang lebih cepat, lebih cepat dari itu," ucap Trump.

"Rusia mendapat informasi itu dari pemerintahan Obama, Rusia mencuri informasi itu. Anda tahu itu, Anda tahu itu. Rusia mendapat informasi itu dan kemudian mereka membangunnya," sambungnya, seperti dipetik Tass pada Minggu (20/9/2020).


Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelumnya mengatakan bahwa sekarang Moskow memiliki senjata hipersonik dan mengatakan tidak ada gunanya negara lain mengeluarkan begitu banyak uang untuk menghalangi Rusia. Dia mencatat bahwa untuk pertama kalinya sejarah Rusia telah melampaui negara lain dalam hal pengembangan senjata canggih.


Rejimen misil pertama sistem misil jelajah hipersonik Avangard mulai beroperasi di Rusia pada akhir 2019. Selain itu, Rusia terus menguji senjata mutakhir lainnya, termasuk misil jelajah anti-kapal hipersonik Tsirkon dan sistem misil strategi Sarmat.


Sementara itu, kebelakangan ini, para penjawat senior AS mengakui bahwa negaranya sedang berusaha mengejar kemajuan Rusia dan China dalam pembangunan senjata hipersonik.


Menteri Pertahanan AS, Mark Esper menyatakan pada 7 Desember 2019, bahwa negaranya sedang merencana pengejaran dan pelaburan setiap dolar Sebaik mungkin untuk mendapatkan kemajuan dalam senjata hipersonik.


Read More - Oh! Trump klaim Russia curi maklumat pentadbiran Obama cipta misil hypersonic

Lama tak menulis... Assalamualaikum

Oh! Krai Utara

Share
Assalamualaikum wbt, lama benar gua tak update blog gua ni dih, bersawang berkulat habis doh dih. Maklum la, lama dah tak terlibat secara langsung dalam politik ni, tambah tambah gua pon bukan ada idea mana nak menulis ni.

Sampai satu masa blog ni pon takleh nak access. Hat ni bulih type ni, ha la ni pon baru perasan bulih login kot Google akaun dih.

Ni pon saja2 menulis ja, saja nak royak, gua ada lagi, nak menulis ja tak berapa nak dan. Maklum, kan gua ni kuli batak ja kerja. 

Okay, setakat tu dulu gua tulis na. Semoga sihat belaka na. I love you all. 

Cairnhotel
Kuala Lumpur
Jumaat
18 September 2020
Read More - Lama tak menulis... Assalamualaikum

Raja Nazrih Suruh Baca Quran dan belajar dari quran....betul ke?

Oh! Krai Utara

Share
Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan reda Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.

"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.

"Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini.

Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan.

Titah baginda ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan oleh majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah.

"Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, anak-anak didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya. Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran," titah baginda.

Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil.

"Jika mutiara berharga yang terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah pengajaran dan pembelajaran al-Quran perlu mengatasi peringkat ritualisme, merentasi tahap bacaan dan hafalan selain menegaskan aspek-aspek pemahaman, penghayatan, apresiasi dan aplikasi.

"Pengajian dan pembelajaran al-Quran tidak harus terhenti selepas tamat membaca 30 juzuk, tetapi hendaklah disemaikan budaya mempelajari al-Quran sepanjang waktu, sepanjang hayat," titah baginda.

Titah baginda pemahaman dan penghayatan kepada inti pati al-Quran diharap dapat melahirkan muslimin dan muslimat sejati yang dapat membawa ummah dannegara sentiasa dilimpahi keredaan dan rahmat Ilahi. - Bernama

sumber
Read More - Raja Nazrih Suruh Baca Quran dan belajar dari quran....betul ke?

Rayuan Derma Bagi Pembinaan Asrama Pelajar

Oh! Krai Utara

Share

Asrama Baru

Pembinaan Asrama Pelajar Lelaki 4 tingkat (cadangan asal : 3 tingkat) masih berjalan dan pada 29 Mei 2013 kerja-kerja plaster dinding dan mengecat sedang giat dijalankan. Kami amat memerlukan sumbangan daripada tuan/puan semua. Sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang bagi pembinaan asrama tersebut, boleh lah disalurkan melalui akaun bank :-

Nama Akaun: MADRASAH MUHAMMADIAH
No. Akaun : 03-072-01-011983-9 (Bank Islam Malaysia Berhad).
No. Akaun : 5530-2961-0334 (Maybank).
SILA MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI EMAIL ( pondoksgdurian@gmail.com) , disamping pembinaan asrama, kami sedang menjalankan projek menambun tanah kubur, mengadakan saluran air (longkang) dan pembinaan pagar di antara kawasan muslimin dengan muslimat.
Atau hubungi:
Abu Anas (09-9664161). JazakumulLahu khairan kathira
jika anda juga berminat untuk menyiarkan laman ini di blog atau laman sesawang anda, amatlah di alu-alukan.
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan semua
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR 
   
      
 09 Dis 2012 - kerja-kerja menaikkan bata (atap) sedang dijalankan
  
29 Mei 2013 : Kerja-kerja plaster dinding dan mengecat sedang giat dijalankan
  
29 Mei 2013 : Bilik air dan dapur yang akan dipasang mozek
Read More - Rayuan Derma Bagi Pembinaan Asrama Pelajar

Polis tiga negara tangkap penjenayah berkaitan kecurian berlian 50 juta dolar

Oh! Krai Utara

Share

Brussels - Polis dari tiga negara, yakni Belgium, Perancis dan Swiss melakukan penangkapan massal terhadap para pelaku pencurian berlian spektakuler senilai US$ 50 juta   . Jumlah penangkapan   31 orang. Mereka ditangkap dari ketiga negara tersebut terkait kes ini.Pencurian berlian ini terjadi lebih kurang  3 bulan lalu di Lapangan Terbang Zaventem, Belgium. Penyiasatan yang dilakukan terhadap kes ini berkesudahan pada operasi lintas negara dan kemudian dilakukan penangkapan massal yang dilakukan Selasa (7/5) dan Rabu (8/5) ini.Salah seorang pelaku utama pencuri berlian ini ditangkap di Perancis. Sedangkan 6 orang pelaku lainnya, yang merupakan anggota satu geng dengan pelaku utama, ditangkap oleh Polis Swiss. Dalam penangkapan tersebut, berhasil disita sejumlah berlian yang dicuri."Penyelidikan kes ini mengarah ke operasi polis  besar-besaran," ujar juru cakap kantor pendakwaraya Brussels, Jean-Marc Meilleur, seperti dilansir AFP, Rabu (8/5/2013).Dalam operasi penggerebekan yang dilakukan Rabu (8/5) pagi, Polis Belgium berhasil membekuk 24 tersangka. Mereka juga berhasil menyita sejumlah wang tunai dalam jumlah besar. Operasi tersebut disebut besar-besaran kerana melibatkan sekitar 200 personel.Pencurian berlian yang terjadi pada 18 Februari lalu, disebut sebagai salah satu pencurian berlian terbesar oleh Antwerp World Diamond Centre (AWDC). Berlian tersebut diambil secara diam-diam oleh 8 orang pelaku, yang merangsek masuk ke dalam landasan Lapangan Terbang.Para pelaku membuka paksa pintu kargo sebuah pesawat Swiss yang hendak berlepas dari landasan dan kemudian merampas berlian tersebut.

Read More - Polis tiga negara tangkap penjenayah berkaitan kecurian berlian 50 juta dolar

Oh! Artis: Siti Saleha....lesbian dalam pembikinan?

Oh! Krai Utara

Share

Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata.“Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik”“Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin”“Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh.Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat.“Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha.Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki.“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi. Rotikaya

Read More - Oh! Artis: Siti Saleha....lesbian dalam pembikinan?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...