Perlis dapat mb baru....

Oh! Krai Utara

Share

ADUN Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, pagi SelasaARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Azlan Man mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini pada Selasa.Azlan, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pukul 10 pagi.Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azlan yang merupakan calon muka baru memenangi kerusi DUN Pauh dengan menewaskan calon PAS Idris Yaacob.Azlan menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada PRU-13.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.Azlan juga pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.* Sumber mStar Online

Read More - Perlis dapat mb baru....

Oh artis : Diana danielle di taja seseorang.....

Oh! Krai Utara

Share

Kalau anda mempunyai masa untuk peduli akan dunia hiburan tempatan semalam ketika sibuknya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13), anda pasti terbaca tulisan tentang Diana Danielle ini di Berita Harian.Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan Bpop semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang katanya kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang. Baca lagi di rotikaya

Read More - Oh artis : Diana danielle di taja seseorang.....

BN mansuh akujanji makan free,

Oh! Krai Utara

Share

BN batal janji makan percuma

Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13. Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan."Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama

Read More - BN mansuh akujanji makan free,

Pokok pon menjerit....fuh!

Oh! Krai Utara

Share

Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering."Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.  Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline.

Read More - Pokok pon menjerit....fuh!

SPR kamu telah berjaya!!!

Oh! Krai Utara

Share

Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRUAedi AsriKUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam tadi..Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Read More - SPR kamu telah berjaya!!!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...