Sabtu, 17 Julai 2010

Oh Artis:Que Haidar Bersara Kerana Gosip Linda Cemburu..

Que Haidar bersama isterinya, Linda Jasmine dan anak-anak mereka.
HASRAT pelakon Que Haidar untuk berhenti berlakon bukanlah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.
Sebaliknya, Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri kerana mengutamakan ahli keluarga serta bisnes yang telah dirancangkan.
Katanya, keputusan itu juga tidak bermakna dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia lakonan.
"Isteri saya tidak cemburu. Itu semata-mata adalah gosip liar," katanya kepada MStar Online. READ MORE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan