Sabtu, 19 Jun 2010

Oh! Politik :.Datuk Zaid Suruh Najib perlu lepaskan Felda, Najib tak pandai urus Felda.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.



Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.
Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.  READ MORE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan