Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah. READ MORE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan