KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian.
Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai timbalan Mursyidul Am.
Kesemua pelantikan itu ialah untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Presiden Pas itu turut menyifatkan, pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi kerana beliau tidak mahukan jawatan itu sebaliknya dikekalkan jawatan.-SH
Syukur alhamdulillah...mudah-mudahan Allah permudahkan lagi urusan PAS khususnya dan PR amnya dalam menuju ke putrajaya insyaallah.
BalasPadam