Isnin, 14 September 2009

DUN Bagan Pinang: Penamaan calon 3 Okt, hari mengundi 11 Ok

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan 3 Oktober. Tarikh diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khas di sini sebentar tadi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pagi Isnin berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian secara pos akan dilakukan secara telus. "Tidak mungkin akan ada penipuan dalam pengundian pos memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan semasa proses pengundian," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan