Selasa, 8 September 2009

Bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia KOTA BAHARU- Mantan Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur pukul 5.50 pagi ini akibat masalah pernafasan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu Jumaat lepas. Anak ketiganya, Dr Idora Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad dan lima orang anaknya. Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor hari ini. lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan