Najib Razak mengumumkan keputusan Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini yang bersetuju untuk mencari punca kematian mendiang teoh melalui tiga kaedah seperti dilaporkan oleh
malaysia kini:
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan