Rabu, 17 Jun 2009

Demo bantah presiden Ahmadinejad korbankan tujuh nyawa

TEHRAN: Tujuh terbunuh apabila pondok kawalan tentera diserang berhampiran tapak perhimpunan yang bermula sehari lalu di sini bagi membantah pemilihan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad, pengumuman yang dibuat radio Payam, hari ini.

“Beberapa samseng mahu menyerang pondok kawalan tentera dan melakukan vandalisme terhadap harta awam di sekitar kawasan Azadi Square,” kata radio berkenaan dengan merujuk kepada tapak perhimpunan itu diadakan semalam.

“Malangnya, tujuh terbunuh dan beberapa cedera berikutan kejadian itu,” katanya lagi. / AF

Tiada ulasan:

Catat Ulasan